2010 Bersama Kita

Published by JB under on 12/31/2009 08:41:00 PM
Dalam kita menerima kedatangan 2010 janganlah pula kita lupa akan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita misalnya:

Solat Gerhana 1 Januari

(dipetik daripada posting saudara AZRUL ZAINI http://mujahidnusantara85.blogspot.com/2009/12/solat-gerhana-1-januari.html)



Marilah kita imarahkan peristiwa yang menakjubkan ini! Jumhur ulama bahawa melakukan solat gerhana adalah sunat muakkad, iaitu meninggalkannya adalah makruh.

Selepas solat Subuh, akan diadakan pembacaan sanad dan pengijazahan baki hadith musalsal pada Hari Asyura (10 Muharram 1431H / 27 Disember 2009) Ahad lepas.

Berjasa Kepada Masyarakat

Selamat Menyambut Hari Natal

Published by JB under on 12/24/2009 01:28:00 PM
Kepada semua, Guru-guru, kenalan, rakan-taulan, bekas pelajar,
nembiak los yang beragama Kristian..
diucapkan Selamat Menyambut Perayaan Krismas 2009..

25 Disember 2009

Selamat MAAL HIJRAH 1431

Published by JB under on 12/17/2009 09:44:00 AM

Kepada rakan-rakan yang beragama Islam diucapkan Selamat Menyambut Ketibaan 1431 Hijrah di mana kita diseru agar menghayati makna sebenar "HIJRAH". Kita juga diseru agar memperbanyakkan ibadah serta mengisi sambutan Maal Hijrah dengan doa, sembahyang berjemaah dan sebagainya.


16 Disember dalam ingatan kami...

Published by JB under on 12/16/2009 03:12:00 PM
Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Azrul bin Jaini yang bermurah hati membenarkan catatan beliau (Bisikan Tanjung Lobang (1), Bisikan Tanjung Lobang (2) Analisis Bisikan Tanjung Lobang) digunakan sebagai bahan rujukan tambahan.

16 Disember... adalah merupakan hari yang amat bermakna bagi keluarga kami.

Salah satu sebabnya ialah peristiwa berdarah 16 Disember 1941 yang menimpa ahli keluarga kami masih segar diingatan ayah. Ayah akan menceritakan kepada kami berkenaan dengan pengalaman beliau sewaktu Jepun mendarat di Tanjong Lobang.

Setiap kali ayah bercerita berkenaan dengan kisah Jepun dan Metali bin Usang... aku hanya mampu berdoa di samping titisan air mata jatuh satu persatu tanpa disedari.. Mungkin juga disebabkan peranan aku yang mencatat setiap cerita demi cerita berkenaan pengalaman ini sehinggakan aku terasa berada dalam suasana tersebut.

Siapakah Metali bin Usang?

2009 melangkah pergi, 2010 akan tiba...

Published by JB under on 11/30/2009 11:51:00 AM
Hari ini dah 30 November 2009, tinggal sebulan lagik kita nak melangkah ke tahun 2010. Nampaknya hari berganti bulan kemudian berganti tahun tanpa kita rasa. Yang dapat kita rasa hanyalah memangkah kalendar. Kalau di opis catat atas almanak dan diari tugas harian.

Yang dapat kita rasakan, dolok marek kita berenang dalam parit depan los bujang rumah Pak Onong, ngail ikan puyu dalam parit rah padang Machinda. Turun dan balit jalan kaki ke sekolah Syed Othman limpas rumah dak Kamal, Noraini Rajiee. Beli ais kumpal kedei surong mak Moss, main bol di padang Machinda. Melastik asuk apek dan lain-lainnya masih segar dalam ingatan.

Senyum juak dibuatnya apabila teringat masa-masa di sekolah menengah. Banyak kisahnya... jadi atelit sekolah, jadi ketua pelajar dan banyak lagik. Antaranya di sitok juaklah aku berjumpa dengan .. yang akhirnya menjadi isteriku sekarang. Kisah dukanya apabila rakan sekelas yang merupakan rakan dari darjah 1 hingga tingkatan 3 meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di simpang jalan besar menuju ke SMKDP. Rakan-rakan sekelas dari Melaya balit ke Semenanjung mengikut orang tua bertugas di sana dan kita menamatkan tingkatan 5.

Kolej Tun Datu Taunku Haji Bujang Miri (1984-1985). Di sitok juak ada ceritanya tersendiri. Upper Six Art I (USAI)memang terkenal dengan nakalnya tapi ramai juak yang dapat masok 'U' termasoklah aku sendiri. Sama juak dari sukan, kelab drama, talentime sehinggalah rakan meneteskan air mata selepas STPM, bermakna kita telah dewasa dan akan menentukan sama ada kita dapat peluang melanjutkan pelajaran atau melangkah ke alam pekerjaan.

Aku adalah salah seorangnya yang akhirnya mendapat tawaran masok ke UKM. Gembiranya tidak terhingga. Al maklumlah nak masok U zaman ya bagaikan mimpi kerana terpaksa melepasi STPM. Di UKM mengambil masa 4 tahun (sesi 1986/87 - 1990/91). Akhirnya membawa pulang IJazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian).

Tahun 2000, merupakan catatan paling sedih dalam kehidupanku apabila ibu yang banyak memberi teguran, nasihat, semangat dan tak kurang juga menyediakan makanan yang digemari telah kembali ke Rahmatullah setelah sakit selama 1 minggu. AL- FATIHAH buatmu ibu, semoga rohmu dicucuri rahmat dan bersama para kekasih Allah. Sehingga kini meskipun telah hampir 10 tahun meninggalkanku, aku masih dapat dengan jelas membayangkan wajah ibu dan mendengar leterannya supaya aku menjadi seorang anak yang BERJAYA. Terasa sayu di benak hati ini apabila menziarahi pusaranya kerana apa yang ada pada hari ini hanyalah sebuah tanda "batu nisan dan kain putih".

Hari ini, semuanya sudah berubah. Berubah dari segala-galanya. Yang tinggal hanyalah kenangan yang dijadikan catatan sejarah peribadi yang diingat dan diceritakan semula kepada anak-anak. Sedaya upaya dicatatkan dalam blog mengikut kemajuan teknologi, kemudiannya dicatat untuk dijadikan buku buat tatapan generasi akan datang.


'2010'

Apa yang berlaku belum tau lagi... Kita cuma merancang dan perancangan sebenarnya ialah ketentuan ILLAHI, Maha Pencipta dan Maha Mengetahui...

Selamat Menyambut Aidil Adha

Published by JB under on 11/25/2009 08:58:00 PM

Selamat Berjumpa Cikgu.... Setelah 25 Tahun

Published by JB under on 11/16/2009 10:29:00 AM
Agak lamak juak aku op, sik nulis apa-apa catatan dalam blog tok..
Tiba-tiba ajak semangat tok kembali... salah satu faktor penyebabnya ialah... (ceritanya ada di dibah tok)..

25 tahun yang lepas, zaman persekolahan maksudku...

eh, bagus aku tukar jak awal ceritanya... emo gilak bunyinya.

Syukur rasanya kerana kita pada masa tok kerana kita dapat menikmati kemajuan teknologi internet. Aku baruk jak cuba berjinak-jinak dengan FACEBOOK.. mula-mulanya sik berminat gilak tapi ndiat dak anak-anak tok bercerita tentang facebook maka akupun turut juak nak tauk apakah facebook ya? Setelah mencobanya Alhamdulillah setakat tok sebahagian besar yang udah di Add As Friend adalah terdiri daripada bekas anak pelajar SMK Luak (sewaktu aku menjadi guru dolok), rakan di Kamsis F, Rahim Kajai UKM (senior, sama tahun dan junior), anak-anak buah (Muiz, Muim, Anor, Amirul)..
Yang paling bermakna bagi aku ialah bekas cikgu aku dolok.. meskipun sik mengajar aku tapi pernah mengajar di Sekolah Menengah Kerajaan Dato Permaisuri Miri sekitar tahun 1984-86. Guru tok pernah menjadi guru kelas isteriku pada tahun 1985 (kelak aku perkenalkan siapakah orangnya) Ceritanya cam tok.. bagaimana aku boleh berhubung balit dengan cikgu tok?

Mula-mulanya... aku mencarik rakan-rakan seperjuangan yang pernah mendiami Kamsis F Rahim Kajai di UKM antara tahun 1986/87 - 1990/91, sehinggalah bertemu ngan dak junior aku sehinggalah kepada Daing Nazatul Shima Muncul kembali gambaran wajah seorang insan yang bernama NAZERI HARUN. Rasa-rasanya wajah dan nama tok aku masih ingat tapi di sene..?

Maka kuceritakan kepada isteriku berkenaan dengan guru-gurunya sewaktu di Tingkatan 5E di SMKDP dulu.
Salah seorang nama guru yang disebutnya ialah CIKGU NAZERI HARUN, guru kelas yang mengajar mata pelajaran Sejarah. Akupun menyuruhnya mengenalpasti insan ini melalui rakan Facebook dan isteriku memberi maklum balas "BETUL".

Maka ku ajukan soalan kepada insan ini untuk mendapatkan kepastian dan jawapannya...












Maka setelah 25 tahun, aku dan isteriku mengucapkan Selamat Berjumpa kembali Cikgu NAZERI HARUN walaupun hanya di FACEBOOK...

Foto: Sewaktu berpicnic di Taman Selera Miri, 1985
________________________

Nota: Sila rujuk Nazeri Harun, Mengimbas Kenangan Di SMKDP Miri (1984-1986), MENGGAPAI AWAN MERANTAI ANGIN (http://nazerihn.blogspot.com/2009/11/mengimbau-kenangan-di-smkdp-miri-1984.html).

Hari Raya Dolok-Dolok... 1970an (4)

Published by JB under on 9/29/2009 08:56:00 AM
Cerita Melanggar Rumah Hari Raya Pertama...

Ya Rabbi... bunyinya menakutkan "melanggar rumah". Sik apalah tok istilah urang dolok marek apabila kita menziarahi rumah jiran tetangga pada waktu hari raya. Hari lain sik dapat makei perkataan tok kerana ianya membawa maksud kepada kejadian "eksiden" atau kemalangan. Tapi perkataan tok mulai lenyap macam ya kerana nembiak kinek tok suka makei istilah moden dan trend terkini seperti menziarahi, berkunjung, visiting dan lain-lain lagik.

"Salam melekom!" Eh, Ho Ping Lang dengan adiknya datang (Kita sik heran jika kawan-kawan kita bukan Islam berik salam. memang daknya udah faham dan ada yang mengamalkan berik salam apabila ke rumah meskipun bukan perayaan). Memang kamek orang udah molah plan awal lagik untuk bersama-sama melanggar rumah di los cermin (gelik ati nengarnya) sebelum cuti sekolah dolok. Oleh kerana rumah kamek terletak di ujung jalan, konsider blok/baris pertama dari Machinda Kelab maka rumah kameklah tempat stesen memulakan operasi melanggar rumah bagi kelas darjah 6 taun 1979 Sayed Othman dan lain-lain kawan yang maok ikut

Selain Ho Ping Lang, Louis, Lawrence Ambrose, Zaidi Salleh, Awik pak Meran, Jep dan Lan Bogel, Osman, Usup Keling dan lain-lain lagi udah ada di rumah. Ramei-rameilah kamek orang memulakan dari rumah sidak Hori Hatta, lepas ya ke rumah Sapiah Abang, Keria Wahab dan seluruh rumah orang Islam di los cermin, kadang-kadang sempat juak beraya di kawasan Kampung Wireless dengan Kampung Dagang. Balit akhir sik apa, memang urang tua kita tauk kita pergi melanggar rumah. Antara kenangan atau cerita mengusik jiwa sehingga hari tok (yang masih dapat diingat) ialah;

1. Bagi menandakan jumlah rumah yang udah dilanggar, kita suka ngumpul gula batu. Zaman dolok kita sik ada duit raya. Ada di kalangan warga los cermin suka berik gula batu kadang-kadang dapatlah kita gula batu lollipop kojak (nama tok diambik sempena TV Series KOJAK, di mana hero palaknya botak dan suka ngisap gula batu lollipop) Penoh ajak poket kita urang. Nak dipadah kenyang memang kenyang... kenyang aik lemenet.


Siri TV Terkenal KOJAK yang disiarkan di TV Malaysia sekitar tahun 1978

2. Dalam kita melanggar, peristiwa dikepong asuk Luncas, Gudom, Mangkai memang menjadi lumrah bagi nembiak los, sapa-sapa ajak sik terkecuali bait tua atau mudak. Zaman kinek tok jika asuk tok maseh idup mungkin udah nerimak pangkat Sarjen kerana baktinya menjaga keselamatan. Macam ne pun, kita sik takut kerana Awik pak Meran udah ready lastiknya. Ping Lang memang macam kung fu kerana setiap kali jalan (Pegi dan balit sekolah atau main di padang machinda) mesti ngembak buluh bekas gagang penyapu. Jadi perkara macam tok memang udah lumrah bagi kita. Jangan jak kenak serang hendap asuk apek kelab atau kenak sergah Pak Aji Moh. Tapi waktu hari raya tok nya bagus kerana ndiat kita orang salam sambil mencium tangannya. Kalau sik pecoma kenak sergah. Ya lain cerita...

3. Dalam kita melanggar tok, ada juak keluarga yang betol-betol perihatin dengan nembiak. Ndiatnya nembiak ramei, kita dihidangkannya dengan gelas kecik ajak (kinek tok, gelas jenis tok dipakei oleh jemaah haji yang pulang menunaikan haji di Mekah untuk menghidangkan air zam-zam kepada tetamu). Sekali tegok ajak udah abis, nak tambah katanya sik boleh... Rumah toklah yang selalu di em kita, lain kali kita sik datang lagik. Nok mana yang mulut celupar memang kenak anoklah... Sik apa..

4. Salah sebuah rumah yang selalunya kita sik dapat escape ialah rumah sidak nenek Den Pihil di kampung wireless. Limpas ajak di depan rumah daknya, memang kita kenak singgah. Sik dapat sik singgah kenak teriak. Di rumah tok, kita bukan ajak kenyang tapi kenak paksa makan kuih sampei abis, sik abis sik boleh balit. Cam ya juak aik, sik abis minum sik boleh balit. Di rumah tok kita sik dapat sekejap kerana masa nak balit ditetapkan. Tuan rumah akan madah bila kita boleh balit. Sebabyalah kalau nak ke rumah tok, kita kenak pegi paling las sekali.

5. Ada juak trend dolok marek apabila kita melanggar rumah, tuan rumah suka bertanyak khabar, dari sene?, berapa banyak udah rumah dilanggar?, Anak Sapa?, Anak ke berapa? Sekolah Sene? dan lain-lain lagi soalan sik abis-abis. Rumah toklah yang kita boring kerana soalannya banyak tapi aik lemenetnya sik bertambah. Kerin tekak jawab soalan yang sik abis-abis. Rasa-rasanya macam jawab soalah kuiz.

Sementara geng dak pempuan sik maok sama dengan gen dak laki, kerana gaok katanya. Sidak tok lebih suka jalan dekat-dekat ajak sambil nunggu kamek orang datang ke rumah makan kuih. Makin banyak kuih daknya dimakan main suk. Pandeilah daknya molah kuih.

Apabila PM kita mengumumkan 1 Malaysia, aku rasa kamek orang dolok udah ada konsep satu Malaysia, contohnya Ho Ping Lang, Louis & Lawrence, Zaidi, aku, Jep & Lan Bogel, Usup Keling, Awik Pak Meran dan lain-lain lagik memang berkawan rapat...

Hari Raya Dolok-Dolok... 1970an (3)

Published by JB under on 9/28/2009 02:02:00 PM
Menziarahi Nenek Di Luak...
Dari aku maseh kecik dolok hingga udah berkeluarga kinek tok, aku sik pernah mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama di rumah. Kadang-kadang kawan bertanya dengan kita ada 'open house' ari raya pertama. Selalu jawapannya memang sik ada. 'Open house' bagi kita orang ialah di rumah urang tua kita (mentua di pujut adong atau di Luak). Bukannya sik maok molah, sebenarnya kita masih mengekalkan suasana ari raya dolok marek dan kita cuba menanamkan suasana tok terus dipraktikkan oleh anak-anak kita pada masa akan datang iaitu "mendolokkan menziarahi urang tua".

Seperti tiap-tiap tahun, kita sekeluarga akan beraya ke rumah nenek di Luak. Selepas ajak kita balit dari masjid, kita sekeluarga bersalam-salaman. Gago jak mak pada waktu ya berkemas segala juadah yang dimasaknya malam tadik untuk diembak ke rumah nenek. Kita pun gago juak, bukan gago apa, cuma mencarik kasut baru untuk dipakei ke Luak kelak. Bapak pada waktu ya udah nyetart enjin kereta. Masing-masinglah kamek orang gago dengan hal ke dirik.

Masa perjalanan dari los cermin ke Luak ngambik masa selamak 25-30 menet perjalanan. Bapak pada waktu ya drep dengan kelajuan 50-60 bsj. Agak panas juak dalam keretanya kerana sik ada 'air-cond' seperti kereta kinek tok. Sebab ya lah apabila sampei ajak di Luak memang rubohlah pesen rambut kenak tiup angin. Tapi ya sik menjadi masalah, yang penting kita udah selamat sampei ke destinasi...

"Salam melekom...'' jerit dari dibah..

"Waalaikum Salam," nenek lakipun nyengok dari pintu. "Eh! cucuk aku rupanya," nenek laki keluar sambil menghulur tangan kanannya ke arahku.

Akupun terus nyambut dan mencium tangannya. Tangan sebelah kirik nenek lagik mengusap kepalaku. "Cuk.. belajar kuat-kuat, supaya jadi urang pandei, senang dapat kerja kemudian ari kelak, sehat tubuh badan," nasehat nenek laki untukku. Selepas tangannya, dahinya ku cium. Nenek laki cuma tersenyum ajak tanda rasa gembira.

Selepas aku, baruklah dak abang dan kakak terus bersalaman dengan nenek laki dan ku dengar nasehat yang sama terus terbit dibibir nenek laki untuk cucuk-cucuknya yang lain.

Abok (Seniah) dan Chik (Osman Ali) bersama-sama dengan keluarga masing-masing bergambar dengan nenek laki (Sulaiman bin Aspar)

Aku terus duduk berhadapan dengan nenek perempuan dan mencium kedua-dua tangannya. Dapat kudengar nenek pempuan mengatakan "besar udah cucuk aku tok, doakan sehat, pandei belajar, dimurahkan rezeki dan ......." ku liat nenek pempuan hanya tersenyum apabila kucium dahinya sama seperti nenek laki.

Boleh dikatakan waktu tok suasana agak emotional sikit.. Kadang-kadang ku liat nenek pempuan ngesat aik matanya apabila dan mak dan bapak bersalam-salaman dengannya. Sik lamak lepas ya baruklah dak UDAK (Mat dan keluarganya), NGAH (Maimunah dan keluarganya), ENJANG (Maidin dan keluarganya), CHIK (Osman Ali dan keluarga dari Pujut Padang Kerbau), Abok (SENIAH dan keluarga) dan Pak Pai (Gapar) datang. Maka bersalam-salamanlah kamek orang. Riuh rendah ajak bunyi. Lain lagik suara TV rancangan ari raya melalak sik tentu arah.

Bagi aku... pada waktu ya sik paham gilak erti kesedihan dan sebagainya. Yang kita tauk setiap hari raya suasana happy cam tok lah berlaku. Kita dapat berjumpa dengan dak kazen mazen, minum aik gas dan lepas ya kita bermain di halaman rumah.

Kinek tok masa udah berlalu.., meskipun nenek laki, nenek pempuan, mak dan babak mentua udah meninggalkan kita (kembali kerahmatullah), kita masih lagik mempraktikkannya. Setiap hari raya pertama, selepas kita sekeluarga bersalam-salaman, kita orang terus ke rumah mak mentuaku di Pujut Adong. Selepas dari sia baruklah kamek orang beredar ke Luak. Sebelah petang / malam nya kamek orang akan menziarahi bapak dan mak menakan di Luak atau di pujut.

Kadang-kadang dak member-member pandei merungut kerana 'first day' ari raya selalu ajak sik ada di rumah. Jangan heran, yalah kelaziman kamek sekeluarga apabila menyambut ari raya. Bagi sesetengah urang, hari raya pertama adalah open house bagi daknya, tapi lainlah bagi kamek orang. Kalau sik pegi ke rumah urang tua kita, sik meriahlah suasana raya ya..

"Kepada anak-anakku, ingatlah betapa gembiranya ati urang tua apabila anak-anaknya, cucuk-cucuknya mencium tangan, memohon ampun dan bermaaf-maafan terutama di pagi Syawal. Dan ingatlah juak, erti pengorbanan urang tua terutama ayah dan bonda..."

Hari Raya Dolok-Dolok... 1970an (2)

Published by JB under on 9/23/2009 11:58:00 AM
Cerita Pagi Raya - Hari Pertama Hari Raya

Aku bangun awal pagi tok tek. Bersemangat nak pegi sembayang raya kat masjid Miri. Kenak pegi awal, kalau lambat sik ada tempat. Tiap-tiap taun cam ya. Ndiat mak udah gago di dapor. Manas dagin masak kurma dan kari manok, arum jak baunya. Sempat juak merasa masakan mak.. food test katakan.

Wah, kacaknya baju raya telok belangak rona kunin telur, lengkap dengan kain percak (sapu tangan) yang diikat kat ujungnya supaya duit siling sik mengambor. Lepas mandik terus ajak makei baju raya, songkok diberus dolok supaya sik bedebu. Jam udah nunjok kol 6.30 pagi. Sik lamak lagik ada kawan berik salam kerana udah berjanji nak pegi ke masjid sembayang raya sama-sama.
Ramei-rameilah kita orang berjalan kaki, ada juak dak nembiak los besar, bapak nembiak los dan orang dari charcoal plant berjalan kaki ke masjid miri melintas depan rumah di jalan ungu. Kain sabok di sangkut kat bahu, songkok baru senget jak, macam ulubalang dolok marek ajak rupanya. Selain daripada ya ramei juak yang makei basikal ke masjid. Sik dapat digambarkan kinek tok suasana pagi raya di los cermin.
Sampei ajak di masjid urang udah ramei. Sebelum masuk ke pagar kita udah kenak cukai pintu, "Ting," bunyi duit 20 sen masuk dalam tabong tin milo masjid. Dapatlah 'sticker' dilekat atas songkok. Sementara takbir raya terus berkumandang memuji Illahi sehinggalah waktu sembahyang raya baruknya berenti.
Apabila abis khutbah, rameilah urang keluar balit ke rumah masing-masing. Waktu toklah nembiak kecik berebut-rebut keluar nunggu depan pintu masjid untuk bersalaman dengan urang tua. Nasib bagus dapatlah duit raya 20 sen. Kalau udah rezeki kita boleh ngumpul sehingga RM1 - RM2. Kayalah udah pada waktu ya. Dalam perjalanan balit bolehlah singgah beli ais kumpal, di kedei surong apek tepi simpang nuju ke masjid. Sedap rasanya....

Apabila sampei di rumah kita terus bersalam-salaman sambil bermaaf-maafan dengan mak bapak kita, abang dan kakak kita. Lepas ya bapak madah kita nak menziarahi nenek di Luak. Waktu toklah best, kita boleh jumpa sanak saudara kita di Luak.

Hari Raya Dolok-Dolok... 1970an

Published by JB under on 9/19/2009 10:28:00 PM
BISOK RAYA!, Bisok raya! Ye, Ye....

Riuh jak nembiak los pada waktu ya sama ada di jalan raya ataupun di halaman rumah. Lain lagik berdentam berdentum bunyi meriam kabait. Bunga api berwarna-warni terpancut ke udara. Kelabu jak asapnya. Lain lagik nembiak los kecik berekod-rekod ngembak bunga api ke sitok ke sia. Letap-letup juak bunyi mercun padi di depan rumah.


Nang begasak nak nembiak los pada waktu ya apabila jak pengumuman ari raya disiarkan melalui radio. Waktu tahun 1974 tv masih sik ada, jadi cukuplah nengar radio. Lagu ari raya berkumandang dari rumah-rumah bersebelahan, lagu Fazidah Joned, Saloma, Ahmad Jais, dan P. Ramlee memang sik mis terutama lagu "Dendang Perantau". Takbir sentiasa bergema di selang seli dengan lagu raya. Bagi yang ada radio transistor, sitok sia ajak ngembaknya dalam kocek baju. Memang riuh rendah lah malam ya...
Suasana pada waktu ya bolehlah dikatakan macam pesta, di rumah-rumah sekitar los cermin gago jak tuan rumah masing-masing masang kain tabir. Sik kurang juak nunok lemang, nunok sate, manggang manok dan lain-lain. Rumah dak ali wahab terkeres-keres jak mesin nyiurnya. Ketukan lesong batu boleh didengar dari rumah-rumah jiran bersebelahan gago nutok bawang, cili dan lain-lain agik. Blender pada waktu ya sik ada. Sik kurang juak warga los yang masih las minit molah kuih. Dari rumah kita, kita dapat mencium bau kari, kari kurma, rendang yang dipolah oleh dak mak-mak jiran kita. Sekali sekala nyengok juak ke dapor ndiat apa yang dimasak oleh mak kita. Waktu ya kita toklah yang tukang testnya. Dapatlah merasa masakan kari kurma mak..

Kemeriahan suasana ari raya di los cermin diserlah lagik dengan lampu dan pelita. Berkelap kelip ajak lampu cabik berwarna-warni. Tapi sik lawan rumah dak keria lai.. Udah juak lampunya banyak saiz mentolnya pun besar. Panjangjak berleret warna kunin. Rumah kamek sikit ajak lampunya tapi udah cukup menggembirakan. Sik sah rasanya jika kita sik berjalan-jalan di jeraya meliat lampu. Ramei-rameilah kita pada waktu ya jalan dengan kawan-kawan, ada yang berbasikal sambil berganding (duduk atas handle atau dudok atas palang basikal gentleman).

Tapi jangan heran, sik tidor sampei pagi memang lumrah raya pada waktu ya. Kita nembiak kecik bebas bermain sehingga jam 1-2 pagi. Sik kedak kinek tok, nak nyuroh anak main diluar kita takut. Bermacam-macamlah kemungkinan boleh berlaku. Yang BEST nya, raya dolok marek kita udah merancang blok ne nak dilanggar (diziarah) dolok, baju ne nak dipakei, berapa urang geng kita yang nak jalan sama-sama.


Yalah raya zaman dolok marek...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada rakan-rakan nembiak los, Wahab Udin, Dolt Udin, Kamal, Moss, Elly, Dancy, Aminah Taha, Mail dan lain-lain warga los. Kepada anak buah Suraya Abdul Sani dengan tunangannya, Abdul Muiz, Abdul Muim, Nor Afiqah, Amirul (sekarang berada di New Castle), Amalina, Amaida, Norjannah (KL), Jaki, Epan, dan Baby Betty. Kepada keluargaku.. Rafidah, Inessa, Muhd Ariff dan Muhd Affif.. Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin...

Nembiak Los & Puasa (Bhg 2)

Published by JB under on 9/16/2009 03:53:00 PM
Nembiak Los Berpuasa...

Ya Rabbi, aus rasanya, ndiat kedei surong mak moss tutup bulan puasa tok. Teringat balit ais krem samboi dan ais kumpalnya. Ari tok, Butik marah-marah ajak nyuci parit. Sitok sia ajak aik ludah. Lain agik kertas buk arismatik yang dibuang ke dalam parit. Terkumat-kamit ajak bibirnya...

Ndiat muka cikgu, semuanya agak lesu. Selalunya cikgu sohor ngembak kamek orang main sepak raga, arik tok terlentok ajak di kerusi. Setiap kali subjek bahasa malaysia.. buat kerja sendirik katanya. Apabila subjek lukisan, lukis ajak suka ati pelajar. Waktu toklah kita suka molah kad raya. Bermacam-macam ajak kad raya. Kad raya yang paling keratif akan dilekat di belakang kelas. Suk juak ati ndiat hasil kerja tangan di lekat softboard belakan kelas.

Suasana kelas agak senyap. Part yang paling sakit apabila Mrs Chin guru bahasa Inggeris masuk. Dari awal hingga akhir masanya, kita disuruhnya membaca. Terasa benar kerin tekak. Sapa sik baca kenak diri atas kerusi...

Apabila bell berbunyi, waktu untuk balit sekolah malas ajak kaki nak melangkah keluar. Ne sik, kita terpaksa jalan kaki dari sekolah ke rumah. Udah juak pada waktu ya cuaca panas. Maok sik maok terpaksa juak kita jalan kaki meskipun kaki udah lenguh, penah berpeluh. Sampei-sampei di rumah sunyi sepi ajak. Nilit di dapor sik ada urang. Bukak ajak pintu dapor belakang rumah cuma ada manok. terkebil-kebil ajak mata manok ya ndiat kita mintak makan.

Sik apalah, tidor ajak sampei ke petang...

Nembiak Los & Puasa (Bhg 1)

Published by JB under on 9/08/2009 12:42:00 PM
Puasa Dolok Marek..

Kalau dikenang balit antara puasa kinek tok dengan puasa zaman dolok ada perbezaannya. Perbezaan yang jelas dirasa, kita kinek tok sik gago gilak seperti urang tua kita zaman dolok. Beberapa ari lagik nak menyambut puasa urang tua kita udah gago becarik nyior pakei molah santan, bubor pedas dan lain-lain lagik. Meskipun masih kecik pada waktu ya, kitapun ngekot gago sik tentu arah. Yang ada cuma kegembiraan nak nyambut puasa. Bagi nembiak los daknya gago ready carik tempat untuk main meriam kabait. Sitok sialah kita nangar muncong meriamya di tuju ke machinda kelab.

Seperti kebiasannya kita dapat mencium bau kari, ikan goreng, kurma dan lain-lain lagik. Harum jak baunya sampei ke ruang tamu untuk disediakan oleh mak kita pakei makan saur besok pagi. Waktu tok nembiak boleh demand sikit, manok gorengkah, ikan gorengkah dan lain-lain lagi kerana waktu tok urang tua menjadi lembut ati. Al-Maklumlah pakei daknya narit ati nembiak untuk berpuasa.

Saat yang paling sakit ialah bangun awal waktu pagi, digerak camnepun masih juak sik maok bukak mata (ngantuk). Dari cerita kawan-kawan, ada yang terpaksa diangkat, disiram pakei aik dan bermacam-macam lagik cara untuk nyuruh nembiak bangun. Sebelah pagi tok memang sakit kerana terpaksa pegi ke sekolah. Gagolah nembiak los ngembak tin kosong pakei nyimpan aik lior. Balit dari sekolah acaranya ialah tidor sampei ke petang. Lepas ya kita gago ngembak sedekah untuk jiran-jiran.

Sementara di sene-sene ajak kita dapat nengar bunyi Letam-letum meriam kabait nembiak los, macam suasana berperang ajak rasanya. Bukannya apa cuma nak belawan sapa yang kuat bunyinya. Ada yang makei meriam paip besi dan ada juak meriam tanah. Dijalan ungu ajak udah ada beberapa buah meriam. Macam cerita KOMBAT. Lain lagik di tempat lain... seperti di Krokop, rumah setinggan sapo di sungei baong, kampung wireless, kampung dagang, charcoal plant, masing-masing ada dengan aktiviti meriam kabait daknya. Kalau kinek tok kemungkinan besar sidak polis atau FRU terpaksa over-time kerana boleh mengamcam ketenteraman awam.

Waktu petangnya jiran-jiran di sebelah-menyebelah rumah gago ajak bemasak untuk pakei sedekah dan berbukak puasa. Utusan untuk ngantar sedekah tok ialah nembiak kecik, kerana nembiak besar udah malu. Apabila sampei dirumah, membiak kecik gago ajak ngecek apa yang disedekah oleh jiran-jiran daknya, nok nyaman memang udah direzep masuk dalam tapak daknya.

Apabila nak berbukak puasa, bapak kita gago jak ngembak radio transistornya musin-musin carik stesen radio miri, pakei nengar bedok. Yang lucunya kita cuma boleh berbuka puasa apabila doa abis dibaca dalam radio. Selagik doa ya belum abis di baca, selagik yalah kita sik boleh berbukak puasa. Suasana tok masih dipraktis sehingga kinek tok walaupun kita udah baca doa kenak tunggu juak doa di radio ya abis dibaca. Di tepi tapak bersusun ajak kuih-muih, lauk-pauk dan macam-macam lagik. Aik yang paling popular ialah aik merah sirap SUNVELLEY yang udah tersedia dituang dalam gelas di samping bubor kacang ijo yang memang sik mis hingga ke ari tok. Boleh dikatakan apabila doa abis dibaca secepat kilat tangan nyambar gelas dan terus minum. Selepas ya duduk nyandar kita dikerjanya.

Dalam kita gumbira, ada yang susah ati kerana bisnes berkurangan. Suasana kelab machinda agak lengang kurang pengunjung, kasinonya terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana menghormati bulan Ramadhan. Cam ya juak keadaan padang machinda yang sunyik sepi, sik ada tournament. Yang ada cuma asuk apek kelab berkeliaran sitok sia carik tempat berak. Camnepun kadang-kadang ada juak kita terdengar apek kelab meradang kerana ada nembiak los main mercun dalam kelab. Siklah tauk sapa pun angkara tok...

Ada juaklah nembiak los pegi bebeli di machinda kelab terutama sekali apabila kicap (cap kuda terbang) di rumah udah abis atau bebeli mancis (cap king kong megang batang mancis) ataupun bebeli samboi pakei molah aik. Waktu tok wak Jonmani boleh rehat sikit atas kerusi guntinnya kerana pengunjung sik ramei.


bersambung...

Jadual Imsak & Berbuka Puasa 2009 Miri

Published by JB under on 8/19/2009 09:33:00 AM
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa
Bagi Negeri Sarawak 2009
(Zon 2: Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi) "Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Semoga Ramadhan tahun ini penuh makna."

Ramadhan al-Mubarak

Published by JB under on 8/17/2009 01:04:00 PM

Catatan Kenangan Masa Kecik (Bhg 2...)

Published by JB under on 8/11/2009 08:40:00 AM
Zaman kanak-kanak bolehlah dikatakan amat menarik untuk di kenang balit. Zaman kanak-kanak dolok marek jauh berbeza dengan zaman kanak-kanak kinek tok. 'Perubahan zaman' katakan. Sebab ya lah muncul istilah-istilah yang kinek tok dipakei meskipun pemahaman tentang istilah ya sik berapa dipafam oleh kita, antaranya.. GLOBALISASI, DUNIA TANPA SEMPADAN dan banyak-banyak agik. Dipendekkan cerita.. Catatan Kenangan Masa Kecik (bahagian 2...) cuba mengingat semula permainan-permainan kamek orang dolok marek yang pada masa tok udah ditelan oleh zaman...


Goli atau Guli
: Boleh dikatakan semua peringkat nembiak los main permainan tok (kecuali dak pompuan, tapi ada juak yang main dan selalunya ditunggah bantut). Permainan tok ada kebaikan dan ada keburukannya. Kebaikannya goli tadik boleh dijadikan 'bullet' untuk melastik burong, diengkah dalam akuarium, atau diengah rah pasu bunga. Keburukannya memang banyak, nak dilistkan sigek-segek penat tangan naipnya. Permainan tok boleh menyebabkan perang, apabila udah kalah mulalah carik pasal..silap-silap goli singgah di daie atau di palak. Lebih ekstrim lagik apabila lastik menjadi senjata... memang sik keluar rumah sampei 2 ari...


  1. Palak Apek: Di Semenanjung permainan tok dikenali sebagai teng teng. Permainan tok dimainkan oleh nembiak laki dan nembiak pompuan sama ada secara pasangan atau kumpulan atau secara individu. Sapa banyak rumah nya lah yang menang. Nembiak pompuan memang teror main tok, terlompat-lompat makei sebelah kaki.. Kalau udah angkat dara, ada jak mak dak nembiak los nerais dari rumah nyuruh pulang. Terdengarlah perkataan tok, 'udah dara, masih terkinja-kinja lagik...'.

Main Kereta Tin: Tok memang permainan nembiak laki. Daripada tin milo sampeilah tin susu dipolah kereta dan selalunya tin susu dumex atau lactogen yang besar. Caranya; tin ditebok lubang ditengah-tengahnya, lepas ya dimasukkan dengan dawei. Sementara tin tadik di isik dengan pasir atau tanah. Untuk lebih 'real' lagik dicampur dengan batu jalan. Dawei tadik diikat dengan tali. Lepas ya ditaritlah keliling rumah... Permainan tok boleh dimain sama ada ari panas atau ari ujan. Untuk nambah bunyinya, ditambah dengan aksesoris tudung botol lemenet di kirik dan kanannya untuk bunyi. Kadang-kadang ngiluk gigi nengar bunyinya...


Bol Tanah: Permainan tok seakan-akan serupa dengan permainan boling. Tanah dibentuk supaya menjadi bulat sebesar buah nyiur. Apabila udah besar kita boleh belawan dengan kawan-kawan lain. Caranya kita buat alur atau jalan tempatnya bergerak sepanjang lebih kurang 2 kaki. Kita kita sampei 3, lepas ya kita leretkanlah atas alur tadik supaya bol ya berpangkak dengan bol kawan. Sapa pecah nyalah yang kalah. Uniknya permainan tok selalu dimainkan di dibah rumah. Camnepun urang tua sik suka ndiat nembiak los main permainan tok 'tumbuh bisol' katanya. Mungkin pada waktu ya daknya cuma menakut-nakutkan nembiak los daripada bermain di dibah rumah kerana waktuya penghuni dibah rumah ialah dak asuk.

Lastik
: Permainan tok memang popular. Boleh dikatakan macam 'game boy' kinek tok. Setiap nembiak mesti ada. Sama juak nembiak los, boleh dikatakan semuanya berisik lastik kecuali nembiak pompuan. Dalam list, arwah JENAL (didoakan mendapat rahmat dan di tempatkan bersama para solihin..amin) adik wahab boleh dikatakan 'raja lastik'. Daripada peluru batu, guli, ball-bearing sampeilah ke timah nya memang master dalam hal tok. Kalaunya melastik, ada ajak burong yang kenak. Selalunya apabila kita orang melastik mesti kenak kepong atau diteriak oleh mak bapak nembiak los kerana kenak atap rumah. Petua yang sik dapat dilupak, darah burong yang kenak lastik perlu dilapkan atas lastik ya jika mauk ngasi. Kamek orang molah kedak ya sik pernah kenak, yang kenak pun asuk apek kelab dan asuk mangkai jadi mangsanya. Tapi kesian dengan apek kelab selalu jadi mangsa nembiak los..

akan disambung...

Jerebu, jerebu... lihatlah perbezaannya

Published by JB under on 8/11/2009 08:16:00 AM
7.00 pagi: kawasan bandar Miri (Kampung Sukan Petronas)

6.45 pagi: Kawasan Pujut 5

6.30 pagi: Kawasan SRK Merbau & SMK Merbau Permyjaya

Alfatihah... buat WS Rendra si Burung Merak

Published by JB under on 8/07/2009 06:29:00 PM




Mungkin ramai yang tidak mengenali penyair dan penyajak Indonesia WS Rendra atau Wahyu Sulaiman Rendra (Willibrordus Surendra Broto Rendra). Sewaktu menuntut di UKM aku sempat menyaksikan malam deklamasi sajak WS Rendra dalam tahun 1989 anjuran mahasiswa/si Indonesia. Ternyata WS Rendra amat bertenaga daripada segi penyampaiannya dan sepanjang satu jam persembahan beliau tidak memerlukan mikrofon. Suaranya cukup lantang dan bertenaga dan satu jam tak terasa. Persembahan beliau ditambah 15 minit lagi atas permintaan penonton.

Secara peribadi, aku amat meminati beliau. Alfatihah untuk Allahyarham WS RENDRA. Rujuk berita dari The Jakarta Post , Thu, 08/06/2009 WS Rendra, a famous poet and artist, died Thursday in Depok, West Java. He was 74.Rendra's daughter Clara Shinta said her father passed away around 8.30 p.m. at her home in Pesona Kayangan Depok, kompas.com reportedHe had been treated at several hospitals recently for coronary heart disease.

'God, I Love You': WS Rendra's
Last PoemSix days before he died,

WS Rendra wrote a poem from his hospital bed. In the untitled poem,
Rendra expressed his love to God.The handwritten poem was shown at his house in
Depok on Friday.

I am weak
But not helpless
I am not complaining about the pain or the itch
I want to drink tajin [rice water residue]
I never have difficulty breathing
but my physique is not satisfactory to have a normal and ideal position
I want to cleanse my body from chemical poison
I want to return to nature's way
I want to improve my dedication to Allah God,
I love you.

Rendra
31 July 2009
Mitra Keluarga Hospital

Alfatihah...

Nembiak Los Berhari Raya, Terkenang balit...

Published by JB under on 8/06/2009 04:00:00 PM
Sempena bulan bait, hari bait... Syaaban, Ramadhan kemudiannya Syawal, sama-samalah kita ingat balit cerita-cerita dan pengalaman-pengalaman nembiak los berpuasa dan berhari raya. Bukannya apa, makei ingatan dan renungan anak-anak dan cucuk-cucuk (bagi yang akan dan udah bercucuk) kita. Kalau sik diusahakan kita takut cerita hanya tinggal dibibir ajak. Lamak kelamaan ilang camya ditelan oleh perubahan zaman. Generasi akan datang sik tauk camne cara orang dolok-dolok marek terutama 'nembiak los' menyambut bulan puasa dan suasana ari raya di los cermin.

Jadi dalam kesempatan tok, dengan izin rakan taulan dan sanak saudara kita "nembiak los" kamek inisiatifkan dirik untuk mengumpul semula cerita-cerita dari nembiak los untuk tatapan kita semua. Jika ada tersalah, terkasar bahasa atau fakta harap maafkanlah. Sementara 'nembiak los' bolehlah membantu dalam menyumbang cerita, pengalaman dan foto sekali jika ada untuk dimuatkan di dalam:

"Keluaran Khas Sempena Hari Raya Aidil Fitri:
Nembiak Los Berhari Raya, Terkenang balit..."

Jerebu, jerebu...

Published by JB under on 8/06/2009 09:04:00 AM

6 Ogos 2009, 6.35 pagi kawasan SK Merbau Permyjaya dan Simpang 3 bersebelahan IKBN.

Mengingati Sejarah Perjuangan...

Published by JB under on 8/05/2009 02:15:00 PM
Lahir dari hati kecil betapa gagahnya nenek moyang kita dulu berhadapan dengan musuh seperti Jepun, Inggeris dan sebagainya sehinggalah kita generasi selepas merdeka dapat mengirup udara segar di pagi hari dan menatap bangunan indah pada sebelah siangnya. Kadang-kadang kita lupa, kesenangan yang ada pada hari ini sebenarnya adalah pahit bagi nenek moyang kita dulu. Mengimbas kembali perjuangan nenek moyang kita di Miri, hasil tulisan saudara AZRUL JAINI* dapat menggambarkan keadaan bagaimana kita terpaksa berhadapan dengan imperialis Jepun sehingga mengorbankan banyak nyawa termasuklah ahli keluarga kita.

Secara peribadi, tulisan ini amat menyentuh hati kecil ini kerana "penjaga rumah api" yang dimaksudkan adalah datuk kami bernama METALI BIN USANG (semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salihin) yang mati dibunuh oleh Jepun dan jasadnya disemadikan berhampiran rumah lampu ini. Pada kejadian itu nenek laki kami Sulaiman bin Aspar (pembantu penjaga rumah api) dan ayahanda Bujang bin Sulaiman berada di tempat kejadian dan menyaksi sendiri peritiwa berdarah tersebut... Jamil Bujang

[Sila baca Analisis "Bisikan Tanjong Lobang" oleh AZRUL BIN JAINI, http://mujahidnusantara85.blogspot.com/2008/12/analisis-bisikan-tanjung-lobang.html, 16 Disember, 2008 dan http://mujahidnusantara85.blogspot.com/2008/12/bisikan-tanjung-lobang-2.html, 16 Disember 2008]

Bisikan Tanjung Lobang merupakan cetusan andaian ataupun simulasi kepada pertempuran yang mungkin pernah berlaku di Tanjung Lobang, Miri. Simulasi ini bukanlah imaginasi semata-mata, tetapi hasil kepada sebuah kajian ringkas. Kini, tapak Tanjung Lobang merupakan kawasan sekolah, iaitu sekolah saya, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang.

Menurut sejarah, Miri merupakan lokasi pendaratan pertama tentera Imperial Jepun. Miri dipilih kerana merupakan kawasan strategik dari segi penguasaan logistik dan bekalan. Menguasai Miri bermakna menguasai pesisir Sarawak, sebelum menguasai kawasan lain. Ini disebabkan kerana Miri kaya dengan minyak yang sangat diperlukan oleh bangsa Jepun.

Tidak ada kesepakatan dalam tarikh pendaratan tentera Jepun di Miri. Ada sumber yang mengatakan bahawa tentera Jepun mendarat di Miri pada 15, 16 atau 17 Disember 1941. Dalam ruang yang terhad ini, bukanlah tujuan saya membincangkan tarikhnya. Tarikh sebenar agak hampir antara satu sama lain. Maka saya memilih untuk jalan tengah, iaitu yang banyak dikatakan oleh sumber, jatuh pada tarikh 16 Disember 1941.

Serentak dilakukan secara serentak di Miri, Lutong dan Seria. Loji penapis dan lombong minyak segera ditawan. Tetapi tentera British telah terlebih dahulu menjalankan dasar bumi hangus; iaitu memusnahkan kemudahan ekonomi bagi mengelakkan musuh mengambil peluang menggunakannya. Setelah Miri, Lutong dan Seria jatuh, konvoi tentera Jepun mara ke Kuching.

Sejak di bangku persekolahan, saya telah maklum bahawa Tanjung Lobang menjadi lokasi pendaratan tentera Imperial Jepun pada fasa awal serangan. Ramai yang terkorban dalam pertempuran itu. Dan pendakian tentera Jepun di tebing tanjung merupakan lagenda yang tersebar luas. Satu lagi lagenda ialah perkhabaran dari mulut ke mulut, terdapat satu kawasan di Tanjung Lobang, mayat tentera Jepun dan tentera British dikuburkan secara beramai-ramai. Tetapi tidak ada bukti bagi kenyataan ini.

Tambahan lagi, tugu peringatan pendaratan dan kubur penjaga rumah api masih wujud dan terpelihara. Seingat saya, tugu itu memperingati jiwa yang terkorban ketika serangan. Manakala, penjaga rumah api itu telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun. Batu nisannya terletak berhampiran dengan rumah api itu.

Lancang pendarat juga dilaporkan masih lagi terrsadndai di pinggir dasar tanjung. Lancang ini kelihatan ketika air surut. Kadang-kadang, pelancong dari Jepun bertandang di sini. Saya berpendapat, tempat ini menjadi lagenda di kalangan orang Jepun. Masakan tidak, banyak kali kumpulan pelancong Jepun yang menziarahi tempat ini.

Anehnya, sejarah tidak menuliskan pertempuran ini, walhal buktinya masih ada. Siapakah yang terlibat dalam serangan ini? Siapakah yang menyerang? Siapakah yang bertahan? Apakah kepentingan Tanjung Lobang sehinggakan tentera Jepun bertungkus-lumus menawannya?

Menurut sumber, pasukan yang melanggar Miri ialah sebanyak 30 000 orang. Akan tetapi, sumber lain mengatakan bahawa keseluruhan Detasmen Kawaguchi adalah seramai 2 500 orang. Saya merasakan jumlah 2 500 orang lebih relevan, memandangkan sumber sejarah mengatakan hampir tidak ada tentangan pendaratan Jepun di sini. Tambahan lagi, turut terlibat dalam serangan ini ialah Pasukan Pendarat Khas Tentera Laut Jepun (SLNF – Special Landing Naval Force), iaitu 2nd Yokosuka SLNF, seramai 746 anggota. Lebih logik meletakkan jumlah 746 orang daripada 2500; mereka merupakan bahagian yang besar dalam ketumbukan ini.

Menurut sumber sejarah pula, Kawaguchi membawa tenteranya dari Miri ke Kuching setelah Miri ditawan. Masakan seramai 30 ribu orang dapat dipindahkan dalam masa yang singkat dan tiba di Kuching beberapa hari setelah itu? Tuhan Maha Tahu. Pada pandangan saya, gerombolan tentera Jepun yang menyerang Tanjung Lobang adalah elemen daripada 2nd Yokosuka SLNF. Ini kerana SLNF merupakan unit infantri tentera laut Imperial Jepun yang berperanan melancarkan serangan amfibia dan menjadi garison (pengawal) di sesuatu wilayah takluk.

Uniform SLNF agak berbeza dengan tentera darat Jepun. Mereka menggunakan uniform berwarna ‘hijau zaitun’ termasuk helmet besi mereka. Mereka boleh dikenali dengan tanda sauh bersilang pada helmet dan lengan kanan uniform. Namun demikian, persenjataan adalah sama seperti tentera darat Jepun yang lain; lazimnya mereka dilengkapi dengan raifal standard, Type 38 ‘Arisaka.’SLNF merupakan unit yang tertubuh sejak 1920 dan mula berkhidmat di China.

Menjelang 1940 hingga 1941, SLNF menjadi lebih tersusun. SLNF menerima latihan yang agak berbeza dengan tentera darat Jepun kerana peranan mereka khusus kepada pendaratan amfibia. Malah ada yang menganggap SLNF merupakan ketumbukan yang elit. Akan tetapi, kualiti SLNF menjunam apabila tentera Jepun tidak lagi mampu memberikan latihan secukupnya kepada anggota baru apabila perang semakin menghampiri penamat.

Kesimpulannya, pertempuran di Tanjung Lobang kemungkinan besar pernah terjadi, berdasarkan kepada bukti yang ada. Lagenda yang wujud, disebar dari mulut ke mulut menguatkan lagi bukti kejadian. Pasukan tentera Jepun yang menyerang mungkin daripada elemen 2nd Yokosuka SLNF, yang ditugaskan untuk menawan Miri, Lutong dan Seria.

Apa pun, segala pengetahuan adalah daripada Allah. Sejarah hanyalah ‘alat’ untuk mencari kebenaran. Tanjung Lobang sudah berubah wajah dengan pembinaan semula Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang. Kerana bimbang sejarah dan lagenda ini lapuk dek perubahan zaman, maka saya ceritakan semula...Allahu’alam.

Allah Maha Tahu.

Sumber: Buku: Jowett, P., (2002). The Japanese army 1931-45 (1): 1931-42, men-at-arms series. Osprey Publishing: UK.Forty, G., (1999). The Japanese army handbook 1939-1945. Sutton Publishing: UK.Images of war: Malaya in peril (n.d). Imperial War Museum: UK. Laman Web:Battle of BorneoThe Battle for Miri and Sarawak, Borneo, WW II Japanese Special Naval Landing Forces IJN Seaplane Tender KAMIKAWA MARU: Tabular Record of Movement

*AZRUL BIN JAINI - Merupakan seorang mahasiswa tahun akhir jurusan Mekatronik Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Juga merupakan mantan Naib Yang Dipertua II (NYDP II), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, PERKEPIS sesi 2006/07 hingga 2008/09. Merupakan salah seorang penulis genre sains fiksyen (sci-fi) bersama PTS Publications and Distributors. Novel beliau bertajuk "GALAKSI MUHSININ" boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran! Kinokuniya (KLCC), MPH, POPULAR. Jalan TAR: Pustaka Minerva MPH Kuching, POPULAR Miri.

Catatan Pendek..

Published by JB under on 8/05/2009 08:22:00 AM
"5000 orang pengunjung"

Catatan Kenangan Masa Kecil (Bhg 1..)

Published by JB under on 8/03/2009 03:24:00 PM
Entahlah... ari tok agak berat palak. Sik tauk apa nok dipolah. Dalam pada ya muncul keinginan untuk menulis dalam blog. Udah agak jarang aku nulis kebelakangan tok. Walau camne pun "Catatan Kenangan Masa Kecil" dianggap penting kerana sekurang-kurangnya dapat dibaca oleh anak-anakku pakei daknya ngingat di hari kemudian kelak.

  1. Aku dilahirkan di Miri 42 tahun yang lalu. Menurut cerita dari arwah emak, aku dilahirkan pada jam 2 malam pada hari Isnin. Kalau ikut kalendar Islam tarikhnya 30 Safar. Tuan Haji Saban bin Garib menamakan aku HARUN tapi ditukar kepada JAMIL oleh isterinya. Sik tauk kenak apa. Tapi mengikut bahasa arab Harun tok panas, sementara Jamil tok ertinya cantik. Alhamdulillah...

  2. Aku adalah anak yang ke-7 daripada tujuh orang adik beradik (Allahyarham Sapiee, Japar Sidik, Allahyarham Abdul Rahman, Abdul Sani, Norani, Ahmad). Sementara 2 orang abang telah kembali ke rahmatullah pada usia yang masih muda dan aku sik sempat ndiat dua orang abang tok. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

  3. Aku mula bersekolah di SRK Sayed Othman Miri (1974-1979) - Alam persekolahan boleh dikatakan amat menarik pada waktu ya. Baju putih, seluar pendek berwarna biru tua, setokin putih, kasut bata tapak warna ijo. Kadang-kadang makei kasut getah yang ada stat (macam kasut bol). Begaya ajak ke sekolah. Beg mota berwarna putih, kemudian ditukar kepada beg PVC warna cokelet tua. Aku ke sekolah ngembak bekal yang disediakan oleh emak; aiknya teh o / teh susu / aik merah sun valley yang diisik dalam botol sos tomato. Duit belanja cuma 20 sen ajak. Waktu ya 20 sen bolehlah dikira mewah.

  4. Pengangkutan pergi ke sekolah; mula-mula masuk sekolah diantar oleh Sani (abang) pakei basikal laki (basikal ada palang di tengah-tengahnya). Duak minggu lepas ya jalan kaki ngan kawan-kawan. Dari rumah kita pakei short cut melintas padang machinda sehinggalah ke jembatan kayu di ujung padang selepas kod basketball. Di sia perlu ati-ati kerana jembatannya begoyang. Kadang-kadang kita nunjuk terror makei titi kecik yang terletak bersebelahannya. Bejalanlah kita sehingga ke sekolah. Masa yang diambik lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada aktiviti-aktiviti sampingan di sepanjang perjalanan ke sekolah. Waktu ya boleh dikatakan hampir semua nembiak los dari darjah 1 hingga darjah 6 jalan kaki ke sekolah. Ada 2-3 orang ajak pakei basikal.

  5. Sewaktu di sekolah rendah, antara aktiviti-aktviti yang disertai ialah bola sepak, sepak takraw dan olahraga. Boleh dikatakan pada waktu ya, aku adalah salah seorang jaguh lumba lari mewakili sekolah ke kejohanan olahraga antara sekolah-sekolah rendah bahagian Miri.

bersambung...

English or Bahasa Malaysia?

Published by JB under on 8/01/2009 08:02:00 PM
THE TEACHING OF MATHS AND SCIENCE

I am not surprised over the disappointment and even anger towards the Government's decision on the teaching of Maths and Science.

Seems to me like the Government is not listening to the voice of the people.

By Dr. Mahathir Mohamad
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/the-teaching-of-maths-and-scie.html#comments


Saya mempunyai pandangan saya sendiri berkenaan hal ini;

1. Saya adalah antara pelajar yang berada dalam aliran bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (SRK Sayed Othman Miri: 1974-1979, SMK Dato Permaisuri Miri
: 1980-1984, Kolej TDT Hj Bujang Miri: 1985-86, UKM 1987-1991).

2. Apabila masuk ke universiti kita rasa agak terkejut / terperanjat kerana sebahagian daripada kursus yang diambil diajar memerlukan kemahiran Bahasa Inggeris yang tinggi kerana bahan rujukannya sebahagian besar ditulis oleh pengkaji barat dan dalam bahasa Inggeris. Bahan-bahan dalam bahasa Malaysia hanya untuk kegunaan di tingkatan 6 sahaja. Takkanlah kita nak gunakan bahan tingkatan 6 untuk laporan kursus.

3. Sehingga sekarang meskipun boleh menguasai Bahasa Inggeris tetapi lidah lebih kepada Bahasa Malaysia sehingga apabila bercakap dengan pelawat luar kita masih terbawa-bawa Inggeris-Melayu.

4. Berbanding dengan anak-anak saya yang sememangnya dari tadika lagi sudah belajar bahasa Inggeris (Tadika St Joseph Piasau) mereka lebih fasih berbahasa Inggeris, menyanyi lagu Inggeris dan sebagainya.

5. SEDIH juga apabila kerajaan memansuhkan PPSMI kerana saya lebih suka kedua-dua subjek ini diajar dalam Bahasa Inggeris kerana bahannya BANYAK sedangkan bahan dalam Bahasa Malaysia masih jauh KURANG.

Tahniah...Suraya & Uwais

Published by JB under on 7/04/2009 10:23:00 AM
Wah.. sik terasa masa berlalu dengan cepat. Rasa-rasanya daknya tok masih kecik agik, rupa-rupanya daknya udah besar. Sik berasa kata urang Sarawak. Sebab yalah urang selalu madah "masa itu emas". Camnepun CUMEN (panggilan manja dari anak buah) mengucapkan tahniah kepada Suraya dan Uwais kerana telah selamat "bertunang". Didoakan semoga anda berduak sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan berkekalan hingga ke anak cucu... (dari Cumen, Cumoi, Nessa, Arip dan Apip)

I am the # 1 fan of micheal Jackson

Published by JB under on 6/26/2009 08:26:00 AM
Alfatihah.

Michael Jackson has died at the age of 50. Reports from the wires say he had a cardiac arrest at his Los Angeles home.Michael, who became a Muslim last year, made his name as the youngest member of the Jackson 5. His sixth solo effort, Thriller, released in 1982, is the best-selling album of all time.

LOS ANGELES – Michael Jackson, the moonwalking former child star who became known the world over as the "King of Pop" before his life and career deteriorated in a freakish series of scandals, died Thursday, a person with knowledge of the situation told The Associated Press. He was 50. The person said Jackson died in a Los Angeles hospital. The person was not authorized to speak publicly and requested anonymity.

The circumstances of his death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to UCLA Medical Center, Ruda told the newspaper.

Jackson's death brought a tragic end to a long, bizarre, sometimes farcical decline from his peak in the 1980s, when he was popular music's premier all-around performer, a uniter of black and white music who shattered the race barrier on MTV, dominated the charts and dazzled even more on stage.

He was perhaps the most exciting performer of his generation, known for his feverish, crotch-grabbing dance moves, his high-pitched voice punctuated with squeals and titters. His single sequined glove and tight, military-style jacket were trademarks second only to his ever-changing, surgically altered appearance. Over the years, his skin became lighter and his nose narrower. http://news.yahoo.com/s/ap/us_obit_michael_jackson

Sekolah Melayu Anchi

Published by JB under on 6/18/2009 03:51:00 PM
Jawatankuasa Perayaan 25 Tahun Sekolah Melayu Anchi 1960

1959

Sambutan Maulidur Rasul 1958


Jawatankuasa Sekolah Melayu Anchi 1957

Sekolah Melayu Anchi adalah merupakan sekolah Melayu yang pertama di Miri. Di sini dipaparkan foto-foto kenangan yang disumbangkan oleh Tuan Haji Wan Morshidi Tuanku Haji Abdul Rahman bertarikh 1957 hingga 1960.

Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 9... FINAL)

Published by JB under on 5/07/2009 10:26:00 AM
Nembiak Los, Kenangan ...

Betapa indahnya kehidupan sebagai nembiak los untuk diingat semula. Alhamdulillah juak kerana kehidupan pada masa ya meskipun sederhana tapi gembira. Nak dikatakan mewah sik juak, kerana kemudahan sik ada seperti macam kinek tok. Sitok sia ada jak yang baruk bukak, ada jak yang baruk didengar oleh kita. Anak-anak pun juak pandei ngembak kita ke Apple Doughnutlah, Merrybrown, Sec. Recipilah dan macam-macam lagik. Hiburan di rumah udah macam-macam ada.. ada Wii, Playstation II & III, game boy, ASTRO dan lain-lain lagik. Basikalpun sik macam dolok, udah ada mountain bike, BMX dan lain-lain. Anak-anakpun udah sik bermain diluar rumah gilak... Sunyik sepi ajak.. Apabila ari ujan sik ada kita ndiat nembiak main ujan, semuanya beperam dalam rumah..







Ti Lung & David Chiang... Dua orang pelakon yang amat digemari.. Filemnya pernah ditayangkan di Machinda Kelab.

rediahamran said...
Duhal nembiaklos laki tok eh byk lepak di kelab, patut cdak duak apek n nyonyah meroyan x da privacy. tapi benar juak nak ke sene gik, time ya ne byk tempat hiburan, tv salurannya kacho,skejap nampak terang skejap blurr. Ya pun x semua org ada tv. December 23, 2008 2:40 PM

nembiak Los said...
Rediah. Sebenarnya Nembiak Los tok "Very Resourceful" kata rang puteh! Hari hari ada ajak hiburan baru. Bila boring Lepak di dalam kelab, pergi belakang melastik rumah manok apek. Bila apek rioh, semua lekik lekik tetak. December 23, 2008 10:27 PM


Walam macamnepun, Machinda Kelab tetap dalam ingatan nembiak los

Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 8...)

Published by JB under on 5/07/2009 10:12:00 AM
Nembiak Los vs Apek Kelab


Dolt Udin said...
Pada satu petang di satu penghujung bulan, apek pun gagolah melak melak setiap book 555 sebelom dah coustomer datang mayar utang nya. Jadi dalam diam diam kamek merancang macam ney nak ngerja apek tok....kamek orang mula2 masang api depan ayun di hujung kelab....abis kayu badminton court di tunok kemek....bila dah marak api ya tek, terus di rampas semua book 555 atas bar apek nad terus masok api.....ya baruk ngamok apek, sampey nangis tua nya...Bila dak coustomer datang apek kelang kabut bila semua sidaknya sik maok mayar sebab sik ada bukti berapa hutang masin2....abis bisness apek.....kesiannnn.....nang kejam miak los masa ya..... Posted by Dolt Udin at 10:12:00 PM 68 comments

Kamal said...
Mel, yalah nyuroh kamek selalu ngerja apek kelab ya. Nya kuat gilak nipu. Sik aku ingat muka asuk apek kelab ya lagik. asuk nya tok pun phobia ngan kamek orang. January 20, 2009 4:43 PM

JB said...
Apek tok selalu kaut untung jual minuman. Dengan nembiak kecik selalu kenak tipu oleh apek sik diberik balit duit lebih. Selain daripada kita orang selalu main lastik (getah & rumput) dan sasaran utamanya ialah asuk apek. January 20, 2009 1:46 PM

RM said...
Pada suatu ari pertengahan 70 an aku sempat nanggar apek kelab narit basikalnya dari parit dekat jambatan los bujang seberang rumah Achoi. Pada suatu malam taun 70 an juak masa aku berada disimpang antara rumah Alim ngan rumah bang Osen sigai tepi padang aku tertanggar orang metik lampu kelab dari ujung ke ujung.Esoknya gago apek merepot ngan pak Len. Sapa empun kerja kah? January 30, 2009 12:59 AM

Kamal said...
Tapi ada juak member nok sik bagus, nyimpan gigi palsu dalam beer (atau mee aku sik berapa ingat) apek kelab. Nembiak nok empun gigi palsu ya pun aku sik ingat. yang aku ingat masa ya nyonyah yang paling bisin mulut. December 19, 2008 11:33 AM

nembiak Los said...
Aok Mal, baruk aku ingat cerita Gigi Palsu apek disimpan dalam mangkok sup Nyonyah. Aku pun ada masa ya. Kalau sik silap aku, Temon pun kerja ya. Ingat aku rupa muka Nyonyah terkejut nangar Gigi lam supnya. Memang keluar lah fabret word nyonyah; "Ini olang memang Kuat sakit!". December 19, 2008 5:12 PM

Dancy said...
Hi Geng . Sik kmk tauk cam nae nak komen tentang ktk org ngacho Apek and Nyonyah kelab . Ngurut dada kmk kejap tek baca al kisah tak org esp kisah apek pun procedure munuh dak binatang .Rasa kmk nang berkilo kilo sumpah nyonyah ngan ktk org . Syukur kitak semua ok ...sihat walafiat and sik jadi batu belah batu bertangkup . I say man ! Kisah ktk org nang full of adventures ......mun ndak , nae ada ilham pakei nulis dalam blog tok .Nok nae Temon ?Nok nyimpan gigi dalam beer ya ....nang .....sampei hati ....Sik dapat kmk imagine muka nyonyah . Kebal nyonyah tok ...mun jenis nyonyah lain ...dah lamak nya mati leput kenak ktk org .

nembiak Los said...
Dancy, Nembiak nok nama Temon ya adik dak A'em (Latip Osman) & Bayas. Sidak diam belakang dak Niah Luntai. Masa tok nya kerja di spetar Miri. Urang sakit di spetar ya pun disakatnya. December 19, 2008 11:22 PM

Kamal said...
Timun ya anak apek kelab, selalu kena dera apek & nyonyah kelab. . January 7, 2009 9:50 AM

nembiak Los said...
Ada sekali kamek kenak kepong Nyonyah ngan penyapu masa Apek terisak isak nangis bertalipon ngan anak nya di HK. Nyonyah madah jangan bising, Apek tepon ngan anak di HK. Masa ya Temon juak starring, makin dipadah camya makin kuat gendang meja kelab sampe nyonyah ngambik penyapu, baru semua bertaburan lari.......... December 20, 2008 4:21 PM

Dolt Udin said...
Jamel, Asuk Apek bila dah gemok gerenty kenat ngap apek kelab.Dolok ada sekok asuk apek mati kemak panah kamek miak los makey besi payong...pas asuk ya mati, malam ya juak kelab kenak curi...Polis sangka miak los mencuri... January 21, 2009 12:33 AM

nembiak Los said...
Mal, ingat ko manok apek kenak makan biawak lok. Masa ya apek sempat mburu biawak. Tah berapa lamak kah udah bangkei manok tinggal kerobong ajak lam kandang. Minak betul apek mutit nya balit mbak ke dapor pakei nya masak. Bangkali pakeinya ngidang nyonyah ajak. Nya empun eksen sakit perut, sik dapat makan!!! December 30, 2008 9:44 PM

Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 7...)

Published by JB under on 4/14/2009 01:34:00 PM
Apek Kelab Dari Kacamata Nembiak Los

Apabila meneliti blog nembiak los, cerita apek kelab menjadi topik perbualan yang hangat di kalangan nembiak los semua peringkat. Dari satu sudut lain, nembiak los memang mengenali apek dan nyonyah kelab lebih dekat lagik. Bermakna setiap nembiak los ada pengalaman masing-masing yang menjadi ingatan sehingga ke ari tok...

maels said...

Apek kelab apabila nya masak mesti ngembus ingus kak ya geruknya terankat macam hero tuka A juak. Apek kelab tok makan s..p juak, belom masa kelab ya di bukak lagi, rang dalam dah bekasino. heran kan kan kan January 2, 2009 1:22 PM

Kamal said...

Aku masa ya suka nanggar apek masak sabil sirok2 idong nya narit ingus. Pas ya maok juak kita meli maggi dimasak apek. November 30, 2008 3:54 AM
Dolt Udin said...

Dancy, Suk juak dapat cerita sama kita miak los tok eh.Rasa kita duduk di rumah cermin lok merek.. Molah lah Dancy tok..kembang loir aku nya nyebut ingus apek tok..pekat agik ya...uekkk tui... January 6, 2009 8:49 AM

Kamal said...

Sigek lagik sidak duak sik pandei ngambik ati, ari tok kamek nyakat, esok ari baitnya ngan kamek orang. Especially bila kamek ngembak biawak idup ngan nya. Nok nama ular sawa tek nancy, walaupun dah dilapah kulitnya, masih bergerak juak. Even mun udah dipotong, isinya macam pandei idup. pelik binatang ya. Sik kamek nak nginding sup biawak ngan sup ular ya, pandei juak geli tapi maok juak makan mi megi ngan tauhu nok dimasak apek. Yang herannya apek tok ngan dak cina di los marek tutor melayu, mungkin nya sik pandei cakap mandrin. kalau sik salah aku apek & nyonyah tok cantonese, sama dengan dak Jackie Chan. Nama penuh sidak duak pun kamek nembiak los sik tauk. Jangan2 nama apek tok Bo Ing Li, uncle Jet Li. December 20, 2008 2:25 AM

Published by JB under on 3/28/2009 08:30:00 PM

EarTH HoUr

Published by JB under on 3/25/2009 08:39:00 PM



2,712 cities, towns and municipalities in 83 countries have already committed to VOTE EARTH for Earth Hour 2009, as part of the worlds first global election between Earth and global warming.

Earth Hour is an annual international event created by the WWF (World Wide Fund for Nature/World Wildlife Fund), held on the last Saturday of March, that asks households and businesses to turn off their non-essential lights and electrical appliances for one hour to raise awareness towards the need to take action on climate change. Based on an idea successfully executed in Thailand in 2005, it was pioneered by WWF Australia and the Sydney Morning Herald in 2007,[1] and achieved worldwide participation in 2008. (http://en.wikipedia.org/wiki/Earth_Hour)

8:30PM local time, wherever you live on planet earth. Saturday 28 March 2009.

Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 6...)

Published by JB under on 3/25/2009 06:37:00 PM
Apek & Nyonyah Kelab

Bagi nembiak los, apek dan nyonyah toklah hero dan heroin. Ne kan, sik alah-alah kenak sakat, dikritik, dimarah oleh dak mak bapak nembiak los apabila nipu nembiak kecik. Selain daripada ya, apek dan nyonyah, kalau di zaman tok boleh digelar sebagai “kaunselor rumahtangga”. Apabila dak (ehem.. sensitip), dak ( … ) akan melakukan serang hendap. Yang menjadi mangsa segala kerusi meja, tapak-pirin atau apa-apa ajak yang ada di depan mata. Silap-silap botolpun boleh terbang. Di saat-saat toklah apek dan nyonyah akan memberi nasihat dan kaunseling (Dr. Fadhillah Kamsah sik ada skill tok), selepas ya beredarlah masing-masing balik ke rumah.

Biografi Apek Kelab

Dolt Udin said...
Tok kesah apek kelab, Setiap warga Los tua atau mudak pasti kenal ngan apek tok..Mungkin ada kitak orang yang dah lupak macam ney rupa muka apek kelab tok...ok...Palak nya bulat, rambut putih macam kapas, sik tinggi sik juak terlalu rendah, cukup cukup pakey nekik nyonyah kelab ajak, selalu makey baju T shift putih nipis(Nampak palak nenen nya), ari ari makey seluar itam pendek.

dr_poli said...
Awok....buak ari ...apek kelab nang suka makei lowar puntong ....lowar pelarut . Masih di dengar dengar kamek style nya nyintak idung nya ... pekat jak bunyi i-ngus nya .

Tapi baju kapas putih ya terit " tuck in ". Kasut cina rona hitam kan ? January 4, 2009 3:41 PM

nembiak Los said...
Mal nama apek kelab, Chan Wan. Sampe part nama ajak dah disiasat aku. Aku rasa juak nya tok memang Cantonese sebab ada anak nya tinggal di Hong Kong selain nok nama Abi ngan Timun. December 20, 2008 4:21 PM

Kamal said...
Kan aku dah madah apek tok memang ada konek mengonek dengan dak filem star. mun kedak ya sahlah nya tok Uncle, atau datuk Jackie Chan. Nyonyah sapa namanya Hab? December 20, 2008 8:04 PM

nembiak Los said...
Nyonyah jak sik dapat disiasat, tapi kelak aku nanyak ngan timun bila jumpanya kat pasar. Nya selalu lepak kat taipekong kat pasar ikan ya.Mesti mau tau juak. Kan nyonyah ya Nembiak Empuan Los juak kan? December 21, 2008 10:17 PM

Dancy said...
Awoklah ....setuju kamek ...nyonyah ya lah super duper senior pompuan nembiak los kita. Carik jak apa nama nya .....Nyesal sik ngembak Nyonyah main jadi ...main colop colop ya .....Minah sepatut introduce nya main belon ...Rediah ngembaknya main rondes....mun nok lebih brutal lagik ....kitak org ngembaknya main wo ...dapat juak nya belajar nekik atap rumah dari Adol........Cuma kmk sik dapat imagine Nyonyah berlagu dalam D'Mixtures Band ktk org.............. December 22, 2008 7:09 AM

Kamal said...
Apek selalu kena queen control November 30, 2008 3:54 AM


'SKILL' Apek Kelab

Dolt Udin said...
Nya tok terror masak dak biawak(pernah aju nyual biawak ngan nya dolok - ya rupa susah aku melawan biawak tok, ngak RM5 jak di offer nya) dak ular, labi2(pernah aku nak meli sup Labi2 tapi sik di berik nya), burong kelawar, tekurak dan banyak lagik.

Mun nya masak perut rasa lapar juak mencium bau wangi masakan nya tok. Jadi sebelah petang, berduyun duyunlah regular customer datang ngembak ringkat kosong key meli sup apek...Arum bulak semua masok book 555 dolok....sik kesah juak apek janji ujong bulan setel. Posted by Dolt Udin at 10:12:00 PM

maels said...
Maggi kari campor telor apek sik ada lawan...memang best...apabila ngoder mesti betapok takut kenak pintak setengah...sama juak ngan tahunya.Apabila ngoder tahunya paling2 ampit 2 iris yang lain terpaksa di share ngan nemiaklos lain...udah jadi adat nemiaklos semua kenak share... January 1, 2009 2:50 PM

Kamal said...
Tapi maggi dimasak apek nang special, kalau nyonyah masak nang sik nyaman. November 30, 2008 3:54 AM

Kamal said...
Cara apek kelab bunuh asuk itam. Mula2 asuk dimasuknya ke dalam guni (bodo juak asuk ya). Lepas ya diikatnya guni, mun sik diikat guni asuk ya keluar (bodo juak orang maca cerita tok). Pas ya dituangnya aik panas atas guni nok berisi asuk ya tek, sampei asuk ya mati, bila dah sik bergerak lagik, dibukaknya ikatan guni tek. Magik asuk tadik dah gondol, embaknya ngerebat dalam guni masa dikucor aik panas. So dengan senang lenang apek melapah daging asuk, sebahagian disimpannya dalam peti ais. Sebahagian dipolahnya sup. Sik lama ada cina nok kulit warna pink ngembak kaleng ke kelab pakei meli sup daging asuk. Resepinya lupak aku minta dengan apek kelab dolok. Kelak mun ada masa aku madah macam ney nya molah Ular sawa & Biawak. December 18, 2008 2:45 PM

nembiak Los said...
apek motong Ular Sawah ada aku nangar. Ular diIkat ngan tali kat geruk nya. Pasya di gantong di pokok belakang kelab. Kak ya, dipotong keliling geruk ular dan ditarit nya kulit ya. Putih jak isi ular kak ya.... December 18, 2008 3:29 PM

Kamal said...
Wahab dah cerita hal melapah ular sawa tek. Biawak tok lebih kurang sama jauk. tapi yang best nya munuh rabbit, dipigangnya telinga, kaki & tangan rabbit, pasya diselamnya sampei binatang ya mati. Pasya diselornya dalam aik panas pakei buang bulu, and then barunya motong dagingnya kecik2. Selalu dimasaknya dengan kicap and halia. Aku selalu berdiri tepi pintu dapor merati apek masak. December 19, 2008 11:33 AM

Kamal said...
Nok nama apek kelab ya selagik benda nok di darat, tolak dak meja, kerusi, kereta tank, steamroll nang dipajohnya. Mun palak keretapi dapat dipanggangnya pun brangkali dibedalnya juak. Camya juak mun nok terbang, tolak belon ngan belon kontet, suma dimakannya. Nok di laut, tolak dak kapal, kapal selam & rigs, nang gerenti masok periok nya dolok. Pakaiannya simple ajak, baju getah puteh & seluar pendek itam. Mun nanggar apek makei loar panjang nang buak ari. December 29, 2008 10:56 AM

Dancy said...
Nang berani hati ktk org nangga apek bersih binatang binatang pakei makan nya .....nok tok kata tutur kita ...ngindin .. ? December 19, 2008 9:23 PM
 
Powered By Blogger