Jadual Imsak & Berbuka Puasa 2009 Miri

Published by JB under on 8/19/2009 09:33:00 AM
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa
Bagi Negeri Sarawak 2009
(Zon 2: Niah, Bekenu, Miri, Sibuti dan Marudi) "Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Semoga Ramadhan tahun ini penuh makna."

Ramadhan al-Mubarak

Published by JB under on 8/17/2009 01:04:00 PM

Catatan Kenangan Masa Kecik (Bhg 2...)

Published by JB under on 8/11/2009 08:40:00 AM
Zaman kanak-kanak bolehlah dikatakan amat menarik untuk di kenang balit. Zaman kanak-kanak dolok marek jauh berbeza dengan zaman kanak-kanak kinek tok. 'Perubahan zaman' katakan. Sebab ya lah muncul istilah-istilah yang kinek tok dipakei meskipun pemahaman tentang istilah ya sik berapa dipafam oleh kita, antaranya.. GLOBALISASI, DUNIA TANPA SEMPADAN dan banyak-banyak agik. Dipendekkan cerita.. Catatan Kenangan Masa Kecik (bahagian 2...) cuba mengingat semula permainan-permainan kamek orang dolok marek yang pada masa tok udah ditelan oleh zaman...


Goli atau Guli
: Boleh dikatakan semua peringkat nembiak los main permainan tok (kecuali dak pompuan, tapi ada juak yang main dan selalunya ditunggah bantut). Permainan tok ada kebaikan dan ada keburukannya. Kebaikannya goli tadik boleh dijadikan 'bullet' untuk melastik burong, diengkah dalam akuarium, atau diengah rah pasu bunga. Keburukannya memang banyak, nak dilistkan sigek-segek penat tangan naipnya. Permainan tok boleh menyebabkan perang, apabila udah kalah mulalah carik pasal..silap-silap goli singgah di daie atau di palak. Lebih ekstrim lagik apabila lastik menjadi senjata... memang sik keluar rumah sampei 2 ari...


  1. Palak Apek: Di Semenanjung permainan tok dikenali sebagai teng teng. Permainan tok dimainkan oleh nembiak laki dan nembiak pompuan sama ada secara pasangan atau kumpulan atau secara individu. Sapa banyak rumah nya lah yang menang. Nembiak pompuan memang teror main tok, terlompat-lompat makei sebelah kaki.. Kalau udah angkat dara, ada jak mak dak nembiak los nerais dari rumah nyuruh pulang. Terdengarlah perkataan tok, 'udah dara, masih terkinja-kinja lagik...'.

Main Kereta Tin: Tok memang permainan nembiak laki. Daripada tin milo sampeilah tin susu dipolah kereta dan selalunya tin susu dumex atau lactogen yang besar. Caranya; tin ditebok lubang ditengah-tengahnya, lepas ya dimasukkan dengan dawei. Sementara tin tadik di isik dengan pasir atau tanah. Untuk lebih 'real' lagik dicampur dengan batu jalan. Dawei tadik diikat dengan tali. Lepas ya ditaritlah keliling rumah... Permainan tok boleh dimain sama ada ari panas atau ari ujan. Untuk nambah bunyinya, ditambah dengan aksesoris tudung botol lemenet di kirik dan kanannya untuk bunyi. Kadang-kadang ngiluk gigi nengar bunyinya...


Bol Tanah: Permainan tok seakan-akan serupa dengan permainan boling. Tanah dibentuk supaya menjadi bulat sebesar buah nyiur. Apabila udah besar kita boleh belawan dengan kawan-kawan lain. Caranya kita buat alur atau jalan tempatnya bergerak sepanjang lebih kurang 2 kaki. Kita kita sampei 3, lepas ya kita leretkanlah atas alur tadik supaya bol ya berpangkak dengan bol kawan. Sapa pecah nyalah yang kalah. Uniknya permainan tok selalu dimainkan di dibah rumah. Camnepun urang tua sik suka ndiat nembiak los main permainan tok 'tumbuh bisol' katanya. Mungkin pada waktu ya daknya cuma menakut-nakutkan nembiak los daripada bermain di dibah rumah kerana waktuya penghuni dibah rumah ialah dak asuk.

Lastik
: Permainan tok memang popular. Boleh dikatakan macam 'game boy' kinek tok. Setiap nembiak mesti ada. Sama juak nembiak los, boleh dikatakan semuanya berisik lastik kecuali nembiak pompuan. Dalam list, arwah JENAL (didoakan mendapat rahmat dan di tempatkan bersama para solihin..amin) adik wahab boleh dikatakan 'raja lastik'. Daripada peluru batu, guli, ball-bearing sampeilah ke timah nya memang master dalam hal tok. Kalaunya melastik, ada ajak burong yang kenak. Selalunya apabila kita orang melastik mesti kenak kepong atau diteriak oleh mak bapak nembiak los kerana kenak atap rumah. Petua yang sik dapat dilupak, darah burong yang kenak lastik perlu dilapkan atas lastik ya jika mauk ngasi. Kamek orang molah kedak ya sik pernah kenak, yang kenak pun asuk apek kelab dan asuk mangkai jadi mangsanya. Tapi kesian dengan apek kelab selalu jadi mangsa nembiak los..

akan disambung...

Jerebu, jerebu... lihatlah perbezaannya

Published by JB under on 8/11/2009 08:16:00 AM
7.00 pagi: kawasan bandar Miri (Kampung Sukan Petronas)

6.45 pagi: Kawasan Pujut 5

6.30 pagi: Kawasan SRK Merbau & SMK Merbau Permyjaya

Alfatihah... buat WS Rendra si Burung Merak

Published by JB under on 8/07/2009 06:29:00 PM




Mungkin ramai yang tidak mengenali penyair dan penyajak Indonesia WS Rendra atau Wahyu Sulaiman Rendra (Willibrordus Surendra Broto Rendra). Sewaktu menuntut di UKM aku sempat menyaksikan malam deklamasi sajak WS Rendra dalam tahun 1989 anjuran mahasiswa/si Indonesia. Ternyata WS Rendra amat bertenaga daripada segi penyampaiannya dan sepanjang satu jam persembahan beliau tidak memerlukan mikrofon. Suaranya cukup lantang dan bertenaga dan satu jam tak terasa. Persembahan beliau ditambah 15 minit lagi atas permintaan penonton.

Secara peribadi, aku amat meminati beliau. Alfatihah untuk Allahyarham WS RENDRA. Rujuk berita dari The Jakarta Post , Thu, 08/06/2009 WS Rendra, a famous poet and artist, died Thursday in Depok, West Java. He was 74.Rendra's daughter Clara Shinta said her father passed away around 8.30 p.m. at her home in Pesona Kayangan Depok, kompas.com reportedHe had been treated at several hospitals recently for coronary heart disease.

'God, I Love You': WS Rendra's
Last PoemSix days before he died,

WS Rendra wrote a poem from his hospital bed. In the untitled poem,
Rendra expressed his love to God.The handwritten poem was shown at his house in
Depok on Friday.

I am weak
But not helpless
I am not complaining about the pain or the itch
I want to drink tajin [rice water residue]
I never have difficulty breathing
but my physique is not satisfactory to have a normal and ideal position
I want to cleanse my body from chemical poison
I want to return to nature's way
I want to improve my dedication to Allah God,
I love you.

Rendra
31 July 2009
Mitra Keluarga Hospital

Alfatihah...

Nembiak Los Berhari Raya, Terkenang balit...

Published by JB under on 8/06/2009 04:00:00 PM
Sempena bulan bait, hari bait... Syaaban, Ramadhan kemudiannya Syawal, sama-samalah kita ingat balit cerita-cerita dan pengalaman-pengalaman nembiak los berpuasa dan berhari raya. Bukannya apa, makei ingatan dan renungan anak-anak dan cucuk-cucuk (bagi yang akan dan udah bercucuk) kita. Kalau sik diusahakan kita takut cerita hanya tinggal dibibir ajak. Lamak kelamaan ilang camya ditelan oleh perubahan zaman. Generasi akan datang sik tauk camne cara orang dolok-dolok marek terutama 'nembiak los' menyambut bulan puasa dan suasana ari raya di los cermin.

Jadi dalam kesempatan tok, dengan izin rakan taulan dan sanak saudara kita "nembiak los" kamek inisiatifkan dirik untuk mengumpul semula cerita-cerita dari nembiak los untuk tatapan kita semua. Jika ada tersalah, terkasar bahasa atau fakta harap maafkanlah. Sementara 'nembiak los' bolehlah membantu dalam menyumbang cerita, pengalaman dan foto sekali jika ada untuk dimuatkan di dalam:

"Keluaran Khas Sempena Hari Raya Aidil Fitri:
Nembiak Los Berhari Raya, Terkenang balit..."

Jerebu, jerebu...

Published by JB under on 8/06/2009 09:04:00 AM

6 Ogos 2009, 6.35 pagi kawasan SK Merbau Permyjaya dan Simpang 3 bersebelahan IKBN.

Mengingati Sejarah Perjuangan...

Published by JB under on 8/05/2009 02:15:00 PM
Lahir dari hati kecil betapa gagahnya nenek moyang kita dulu berhadapan dengan musuh seperti Jepun, Inggeris dan sebagainya sehinggalah kita generasi selepas merdeka dapat mengirup udara segar di pagi hari dan menatap bangunan indah pada sebelah siangnya. Kadang-kadang kita lupa, kesenangan yang ada pada hari ini sebenarnya adalah pahit bagi nenek moyang kita dulu. Mengimbas kembali perjuangan nenek moyang kita di Miri, hasil tulisan saudara AZRUL JAINI* dapat menggambarkan keadaan bagaimana kita terpaksa berhadapan dengan imperialis Jepun sehingga mengorbankan banyak nyawa termasuklah ahli keluarga kita.

Secara peribadi, tulisan ini amat menyentuh hati kecil ini kerana "penjaga rumah api" yang dimaksudkan adalah datuk kami bernama METALI BIN USANG (semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salihin) yang mati dibunuh oleh Jepun dan jasadnya disemadikan berhampiran rumah lampu ini. Pada kejadian itu nenek laki kami Sulaiman bin Aspar (pembantu penjaga rumah api) dan ayahanda Bujang bin Sulaiman berada di tempat kejadian dan menyaksi sendiri peritiwa berdarah tersebut... Jamil Bujang

[Sila baca Analisis "Bisikan Tanjong Lobang" oleh AZRUL BIN JAINI, http://mujahidnusantara85.blogspot.com/2008/12/analisis-bisikan-tanjung-lobang.html, 16 Disember, 2008 dan http://mujahidnusantara85.blogspot.com/2008/12/bisikan-tanjung-lobang-2.html, 16 Disember 2008]

Bisikan Tanjung Lobang merupakan cetusan andaian ataupun simulasi kepada pertempuran yang mungkin pernah berlaku di Tanjung Lobang, Miri. Simulasi ini bukanlah imaginasi semata-mata, tetapi hasil kepada sebuah kajian ringkas. Kini, tapak Tanjung Lobang merupakan kawasan sekolah, iaitu sekolah saya, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang.

Menurut sejarah, Miri merupakan lokasi pendaratan pertama tentera Imperial Jepun. Miri dipilih kerana merupakan kawasan strategik dari segi penguasaan logistik dan bekalan. Menguasai Miri bermakna menguasai pesisir Sarawak, sebelum menguasai kawasan lain. Ini disebabkan kerana Miri kaya dengan minyak yang sangat diperlukan oleh bangsa Jepun.

Tidak ada kesepakatan dalam tarikh pendaratan tentera Jepun di Miri. Ada sumber yang mengatakan bahawa tentera Jepun mendarat di Miri pada 15, 16 atau 17 Disember 1941. Dalam ruang yang terhad ini, bukanlah tujuan saya membincangkan tarikhnya. Tarikh sebenar agak hampir antara satu sama lain. Maka saya memilih untuk jalan tengah, iaitu yang banyak dikatakan oleh sumber, jatuh pada tarikh 16 Disember 1941.

Serentak dilakukan secara serentak di Miri, Lutong dan Seria. Loji penapis dan lombong minyak segera ditawan. Tetapi tentera British telah terlebih dahulu menjalankan dasar bumi hangus; iaitu memusnahkan kemudahan ekonomi bagi mengelakkan musuh mengambil peluang menggunakannya. Setelah Miri, Lutong dan Seria jatuh, konvoi tentera Jepun mara ke Kuching.

Sejak di bangku persekolahan, saya telah maklum bahawa Tanjung Lobang menjadi lokasi pendaratan tentera Imperial Jepun pada fasa awal serangan. Ramai yang terkorban dalam pertempuran itu. Dan pendakian tentera Jepun di tebing tanjung merupakan lagenda yang tersebar luas. Satu lagi lagenda ialah perkhabaran dari mulut ke mulut, terdapat satu kawasan di Tanjung Lobang, mayat tentera Jepun dan tentera British dikuburkan secara beramai-ramai. Tetapi tidak ada bukti bagi kenyataan ini.

Tambahan lagi, tugu peringatan pendaratan dan kubur penjaga rumah api masih wujud dan terpelihara. Seingat saya, tugu itu memperingati jiwa yang terkorban ketika serangan. Manakala, penjaga rumah api itu telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Jepun. Batu nisannya terletak berhampiran dengan rumah api itu.

Lancang pendarat juga dilaporkan masih lagi terrsadndai di pinggir dasar tanjung. Lancang ini kelihatan ketika air surut. Kadang-kadang, pelancong dari Jepun bertandang di sini. Saya berpendapat, tempat ini menjadi lagenda di kalangan orang Jepun. Masakan tidak, banyak kali kumpulan pelancong Jepun yang menziarahi tempat ini.

Anehnya, sejarah tidak menuliskan pertempuran ini, walhal buktinya masih ada. Siapakah yang terlibat dalam serangan ini? Siapakah yang menyerang? Siapakah yang bertahan? Apakah kepentingan Tanjung Lobang sehinggakan tentera Jepun bertungkus-lumus menawannya?

Menurut sumber, pasukan yang melanggar Miri ialah sebanyak 30 000 orang. Akan tetapi, sumber lain mengatakan bahawa keseluruhan Detasmen Kawaguchi adalah seramai 2 500 orang. Saya merasakan jumlah 2 500 orang lebih relevan, memandangkan sumber sejarah mengatakan hampir tidak ada tentangan pendaratan Jepun di sini. Tambahan lagi, turut terlibat dalam serangan ini ialah Pasukan Pendarat Khas Tentera Laut Jepun (SLNF – Special Landing Naval Force), iaitu 2nd Yokosuka SLNF, seramai 746 anggota. Lebih logik meletakkan jumlah 746 orang daripada 2500; mereka merupakan bahagian yang besar dalam ketumbukan ini.

Menurut sumber sejarah pula, Kawaguchi membawa tenteranya dari Miri ke Kuching setelah Miri ditawan. Masakan seramai 30 ribu orang dapat dipindahkan dalam masa yang singkat dan tiba di Kuching beberapa hari setelah itu? Tuhan Maha Tahu. Pada pandangan saya, gerombolan tentera Jepun yang menyerang Tanjung Lobang adalah elemen daripada 2nd Yokosuka SLNF. Ini kerana SLNF merupakan unit infantri tentera laut Imperial Jepun yang berperanan melancarkan serangan amfibia dan menjadi garison (pengawal) di sesuatu wilayah takluk.

Uniform SLNF agak berbeza dengan tentera darat Jepun. Mereka menggunakan uniform berwarna ‘hijau zaitun’ termasuk helmet besi mereka. Mereka boleh dikenali dengan tanda sauh bersilang pada helmet dan lengan kanan uniform. Namun demikian, persenjataan adalah sama seperti tentera darat Jepun yang lain; lazimnya mereka dilengkapi dengan raifal standard, Type 38 ‘Arisaka.’SLNF merupakan unit yang tertubuh sejak 1920 dan mula berkhidmat di China.

Menjelang 1940 hingga 1941, SLNF menjadi lebih tersusun. SLNF menerima latihan yang agak berbeza dengan tentera darat Jepun kerana peranan mereka khusus kepada pendaratan amfibia. Malah ada yang menganggap SLNF merupakan ketumbukan yang elit. Akan tetapi, kualiti SLNF menjunam apabila tentera Jepun tidak lagi mampu memberikan latihan secukupnya kepada anggota baru apabila perang semakin menghampiri penamat.

Kesimpulannya, pertempuran di Tanjung Lobang kemungkinan besar pernah terjadi, berdasarkan kepada bukti yang ada. Lagenda yang wujud, disebar dari mulut ke mulut menguatkan lagi bukti kejadian. Pasukan tentera Jepun yang menyerang mungkin daripada elemen 2nd Yokosuka SLNF, yang ditugaskan untuk menawan Miri, Lutong dan Seria.

Apa pun, segala pengetahuan adalah daripada Allah. Sejarah hanyalah ‘alat’ untuk mencari kebenaran. Tanjung Lobang sudah berubah wajah dengan pembinaan semula Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang. Kerana bimbang sejarah dan lagenda ini lapuk dek perubahan zaman, maka saya ceritakan semula...Allahu’alam.

Allah Maha Tahu.

Sumber: Buku: Jowett, P., (2002). The Japanese army 1931-45 (1): 1931-42, men-at-arms series. Osprey Publishing: UK.Forty, G., (1999). The Japanese army handbook 1939-1945. Sutton Publishing: UK.Images of war: Malaya in peril (n.d). Imperial War Museum: UK. Laman Web:Battle of BorneoThe Battle for Miri and Sarawak, Borneo, WW II Japanese Special Naval Landing Forces IJN Seaplane Tender KAMIKAWA MARU: Tabular Record of Movement

*AZRUL BIN JAINI - Merupakan seorang mahasiswa tahun akhir jurusan Mekatronik Kuliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Juga merupakan mantan Naib Yang Dipertua II (NYDP II), Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, PERKEPIS sesi 2006/07 hingga 2008/09. Merupakan salah seorang penulis genre sains fiksyen (sci-fi) bersama PTS Publications and Distributors. Novel beliau bertajuk "GALAKSI MUHSININ" boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran! Kinokuniya (KLCC), MPH, POPULAR. Jalan TAR: Pustaka Minerva MPH Kuching, POPULAR Miri.

Catatan Pendek..

Published by JB under on 8/05/2009 08:22:00 AM
"5000 orang pengunjung"

Catatan Kenangan Masa Kecil (Bhg 1..)

Published by JB under on 8/03/2009 03:24:00 PM
Entahlah... ari tok agak berat palak. Sik tauk apa nok dipolah. Dalam pada ya muncul keinginan untuk menulis dalam blog. Udah agak jarang aku nulis kebelakangan tok. Walau camne pun "Catatan Kenangan Masa Kecil" dianggap penting kerana sekurang-kurangnya dapat dibaca oleh anak-anakku pakei daknya ngingat di hari kemudian kelak.

  1. Aku dilahirkan di Miri 42 tahun yang lalu. Menurut cerita dari arwah emak, aku dilahirkan pada jam 2 malam pada hari Isnin. Kalau ikut kalendar Islam tarikhnya 30 Safar. Tuan Haji Saban bin Garib menamakan aku HARUN tapi ditukar kepada JAMIL oleh isterinya. Sik tauk kenak apa. Tapi mengikut bahasa arab Harun tok panas, sementara Jamil tok ertinya cantik. Alhamdulillah...

  2. Aku adalah anak yang ke-7 daripada tujuh orang adik beradik (Allahyarham Sapiee, Japar Sidik, Allahyarham Abdul Rahman, Abdul Sani, Norani, Ahmad). Sementara 2 orang abang telah kembali ke rahmatullah pada usia yang masih muda dan aku sik sempat ndiat dua orang abang tok. Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

  3. Aku mula bersekolah di SRK Sayed Othman Miri (1974-1979) - Alam persekolahan boleh dikatakan amat menarik pada waktu ya. Baju putih, seluar pendek berwarna biru tua, setokin putih, kasut bata tapak warna ijo. Kadang-kadang makei kasut getah yang ada stat (macam kasut bol). Begaya ajak ke sekolah. Beg mota berwarna putih, kemudian ditukar kepada beg PVC warna cokelet tua. Aku ke sekolah ngembak bekal yang disediakan oleh emak; aiknya teh o / teh susu / aik merah sun valley yang diisik dalam botol sos tomato. Duit belanja cuma 20 sen ajak. Waktu ya 20 sen bolehlah dikira mewah.

  4. Pengangkutan pergi ke sekolah; mula-mula masuk sekolah diantar oleh Sani (abang) pakei basikal laki (basikal ada palang di tengah-tengahnya). Duak minggu lepas ya jalan kaki ngan kawan-kawan. Dari rumah kita pakei short cut melintas padang machinda sehinggalah ke jembatan kayu di ujung padang selepas kod basketball. Di sia perlu ati-ati kerana jembatannya begoyang. Kadang-kadang kita nunjuk terror makei titi kecik yang terletak bersebelahannya. Bejalanlah kita sehingga ke sekolah. Masa yang diambik lebih kurang 15-20 minit bergantung kepada aktiviti-aktiviti sampingan di sepanjang perjalanan ke sekolah. Waktu ya boleh dikatakan hampir semua nembiak los dari darjah 1 hingga darjah 6 jalan kaki ke sekolah. Ada 2-3 orang ajak pakei basikal.

  5. Sewaktu di sekolah rendah, antara aktiviti-aktviti yang disertai ialah bola sepak, sepak takraw dan olahraga. Boleh dikatakan pada waktu ya, aku adalah salah seorang jaguh lumba lari mewakili sekolah ke kejohanan olahraga antara sekolah-sekolah rendah bahagian Miri.

bersambung...

English or Bahasa Malaysia?

Published by JB under on 8/01/2009 08:02:00 PM
THE TEACHING OF MATHS AND SCIENCE

I am not surprised over the disappointment and even anger towards the Government's decision on the teaching of Maths and Science.

Seems to me like the Government is not listening to the voice of the people.

By Dr. Mahathir Mohamad
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/the-teaching-of-maths-and-scie.html#comments


Saya mempunyai pandangan saya sendiri berkenaan hal ini;

1. Saya adalah antara pelajar yang berada dalam aliran bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (SRK Sayed Othman Miri: 1974-1979, SMK Dato Permaisuri Miri
: 1980-1984, Kolej TDT Hj Bujang Miri: 1985-86, UKM 1987-1991).

2. Apabila masuk ke universiti kita rasa agak terkejut / terperanjat kerana sebahagian daripada kursus yang diambil diajar memerlukan kemahiran Bahasa Inggeris yang tinggi kerana bahan rujukannya sebahagian besar ditulis oleh pengkaji barat dan dalam bahasa Inggeris. Bahan-bahan dalam bahasa Malaysia hanya untuk kegunaan di tingkatan 6 sahaja. Takkanlah kita nak gunakan bahan tingkatan 6 untuk laporan kursus.

3. Sehingga sekarang meskipun boleh menguasai Bahasa Inggeris tetapi lidah lebih kepada Bahasa Malaysia sehingga apabila bercakap dengan pelawat luar kita masih terbawa-bawa Inggeris-Melayu.

4. Berbanding dengan anak-anak saya yang sememangnya dari tadika lagi sudah belajar bahasa Inggeris (Tadika St Joseph Piasau) mereka lebih fasih berbahasa Inggeris, menyanyi lagu Inggeris dan sebagainya.

5. SEDIH juga apabila kerajaan memansuhkan PPSMI kerana saya lebih suka kedua-dua subjek ini diajar dalam Bahasa Inggeris kerana bahannya BANYAK sedangkan bahan dalam Bahasa Malaysia masih jauh KURANG.
 
Powered By Blogger