Sebulan berlalu tahun 2010 dan hari ini 1 Februari 2010

Published by JB under on 2/01/2010 09:16:00 AM
  1. Sebulan genap aku sik postin dalam blog tok.. Bukan sik ada bahan yang nak ditulis, banyak bahan dan banyak perkara yang hendak diketengahkan.

  2. Kita udah masok hari pertama bulan duak (1 feb) bagi tahun 2010.. Cepat hari berlalu. Hari-hari yang berlalu boleh dianggap sebagai peristiwa yang udah berlaku.., dalam erti kata lain udah jadi SEJARAH. Ada di antaranya dicatat sama ada alam diari, buku laporan tugas atau lain-lain bahan seperti FB, Blog, email dan sebagainya tapi ada juak yang sik dicatatkan.

  3. Seperti biasa tahun baru 2010 tiba.. kitapun sebok macam urang lain.. azam baru, sasaran kerja 2010 berasaskan KPI, mengimplementasikan konsep 1 malaysia dan banyak lagik yang kita harus ikot. Kalau sik, kita akan ketinggalan dalam arus perdana (ikot bahasa rasmi).. Bahasa mudahnya supaya sik jadi "KATAK DIBAH TEMPURONG".

  4. Masok ajak hari pertama bertugas tahun 2010.. kita udah molah taklimat, menstruktur semula pengurusan dan pentadbiran supaya lebih tersusun dan berkesan. Berkobar-kobar semangat macam berkibarnya bendera Malaysia apabila ditiup angin.


  5. Di Miri misalnya, mulai 4 Januari 2010.. kempen "NO PLASTIC DAY" telah bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kadang-kadang kita sik ngambik berat hal tok, tapi Alhamdulillah.. sik sangak anak yang berusia 11 tahun mengingatkan kita bahawa hari Jumaat sik ada plastic bag. Wah sentitif benar sidaknya dengan maklumat semasa sedangkan kita seolah-olah sik nak ngambik tauk sedangkan banner udah terpampang di depan supermarket, hypermarket, billboard tepi jalan dan iklan di akhbar tempatan.

  6. Hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dalam bulan Januari banyak dihabiskan dengan bermacam-macam mesyuarat (PIBG, Persatuan dll), perjumpaan, perasmian dan bemacam-macam aktviti. Ahad memang diutamakan untuk bersama keluarga dan anak-anak yang tersayang. Setengah hari dihabiskan bersama di SM Sains Miri kerana Ariff udah di asrama.

  7. 21 Januari 2010.. kita amat bertuah di Miri kerana Timbalan Perdana Menteri melawat Miri dan seterusnya merasmikan SK Kpg Bakam. Memang sejarah bagi SK Kampung Bakam kerana sekolahnya dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Sekurang-kurangnnya anak-anak atau generasi Kampung Bakam dapat menjadikan lawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai satu suntikan semangat untuk mereka terus berusaha untuk berjaya, cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama negara (seperti yang diamanatkan oleh TPM).

  8. Kita merasa sedih kerana salah seorang ahli keluarga kita abang sulong kepada Wahab Hj Usin iaitu Jafar @ Ismail Hj Udin atau lebih dikenali sebagai MAIL (kamek orang) atau A CHENG (di kalangan rakan-rakannya) telah kembali keRahmatullah pada pagi 26 Januari 2010 di Hspital Besar Kuching dalam usia 60 tahun (kalau tak silap). Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bau, Kuching. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para solihin.. Amin..

2010 Bersama Kita

Published by JB under on 12/31/2009 08:41:00 PM
Dalam kita menerima kedatangan 2010 janganlah pula kita lupa akan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita misalnya:

Solat Gerhana 1 Januari

(dipetik daripada posting saudara AZRUL ZAINI http://mujahidnusantara85.blogspot.com/2009/12/solat-gerhana-1-januari.html)



Marilah kita imarahkan peristiwa yang menakjubkan ini! Jumhur ulama bahawa melakukan solat gerhana adalah sunat muakkad, iaitu meninggalkannya adalah makruh.

Selepas solat Subuh, akan diadakan pembacaan sanad dan pengijazahan baki hadith musalsal pada Hari Asyura (10 Muharram 1431H / 27 Disember 2009) Ahad lepas.

Berjasa Kepada Masyarakat

Selamat Menyambut Hari Natal

Published by JB under on 12/24/2009 01:28:00 PM
Kepada semua, Guru-guru, kenalan, rakan-taulan, bekas pelajar,
nembiak los yang beragama Kristian..
diucapkan Selamat Menyambut Perayaan Krismas 2009..

25 Disember 2009

Selamat MAAL HIJRAH 1431

Published by JB under on 12/17/2009 09:44:00 AM

Kepada rakan-rakan yang beragama Islam diucapkan Selamat Menyambut Ketibaan 1431 Hijrah di mana kita diseru agar menghayati makna sebenar "HIJRAH". Kita juga diseru agar memperbanyakkan ibadah serta mengisi sambutan Maal Hijrah dengan doa, sembahyang berjemaah dan sebagainya.


16 Disember dalam ingatan kami...

Published by JB under on 12/16/2009 03:12:00 PM
Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Azrul bin Jaini yang bermurah hati membenarkan catatan beliau (Bisikan Tanjung Lobang (1), Bisikan Tanjung Lobang (2) Analisis Bisikan Tanjung Lobang) digunakan sebagai bahan rujukan tambahan.

16 Disember... adalah merupakan hari yang amat bermakna bagi keluarga kami.

Salah satu sebabnya ialah peristiwa berdarah 16 Disember 1941 yang menimpa ahli keluarga kami masih segar diingatan ayah. Ayah akan menceritakan kepada kami berkenaan dengan pengalaman beliau sewaktu Jepun mendarat di Tanjong Lobang.

Setiap kali ayah bercerita berkenaan dengan kisah Jepun dan Metali bin Usang... aku hanya mampu berdoa di samping titisan air mata jatuh satu persatu tanpa disedari.. Mungkin juga disebabkan peranan aku yang mencatat setiap cerita demi cerita berkenaan pengalaman ini sehinggakan aku terasa berada dalam suasana tersebut.

Siapakah Metali bin Usang?

2009 melangkah pergi, 2010 akan tiba...

Published by JB under on 11/30/2009 11:51:00 AM
Hari ini dah 30 November 2009, tinggal sebulan lagik kita nak melangkah ke tahun 2010. Nampaknya hari berganti bulan kemudian berganti tahun tanpa kita rasa. Yang dapat kita rasa hanyalah memangkah kalendar. Kalau di opis catat atas almanak dan diari tugas harian.

Yang dapat kita rasakan, dolok marek kita berenang dalam parit depan los bujang rumah Pak Onong, ngail ikan puyu dalam parit rah padang Machinda. Turun dan balit jalan kaki ke sekolah Syed Othman limpas rumah dak Kamal, Noraini Rajiee. Beli ais kumpal kedei surong mak Moss, main bol di padang Machinda. Melastik asuk apek dan lain-lainnya masih segar dalam ingatan.

Senyum juak dibuatnya apabila teringat masa-masa di sekolah menengah. Banyak kisahnya... jadi atelit sekolah, jadi ketua pelajar dan banyak lagik. Antaranya di sitok juaklah aku berjumpa dengan .. yang akhirnya menjadi isteriku sekarang. Kisah dukanya apabila rakan sekelas yang merupakan rakan dari darjah 1 hingga tingkatan 3 meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di simpang jalan besar menuju ke SMKDP. Rakan-rakan sekelas dari Melaya balit ke Semenanjung mengikut orang tua bertugas di sana dan kita menamatkan tingkatan 5.

Kolej Tun Datu Taunku Haji Bujang Miri (1984-1985). Di sitok juak ada ceritanya tersendiri. Upper Six Art I (USAI)memang terkenal dengan nakalnya tapi ramai juak yang dapat masok 'U' termasoklah aku sendiri. Sama juak dari sukan, kelab drama, talentime sehinggalah rakan meneteskan air mata selepas STPM, bermakna kita telah dewasa dan akan menentukan sama ada kita dapat peluang melanjutkan pelajaran atau melangkah ke alam pekerjaan.

Aku adalah salah seorangnya yang akhirnya mendapat tawaran masok ke UKM. Gembiranya tidak terhingga. Al maklumlah nak masok U zaman ya bagaikan mimpi kerana terpaksa melepasi STPM. Di UKM mengambil masa 4 tahun (sesi 1986/87 - 1990/91). Akhirnya membawa pulang IJazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian).

Tahun 2000, merupakan catatan paling sedih dalam kehidupanku apabila ibu yang banyak memberi teguran, nasihat, semangat dan tak kurang juga menyediakan makanan yang digemari telah kembali ke Rahmatullah setelah sakit selama 1 minggu. AL- FATIHAH buatmu ibu, semoga rohmu dicucuri rahmat dan bersama para kekasih Allah. Sehingga kini meskipun telah hampir 10 tahun meninggalkanku, aku masih dapat dengan jelas membayangkan wajah ibu dan mendengar leterannya supaya aku menjadi seorang anak yang BERJAYA. Terasa sayu di benak hati ini apabila menziarahi pusaranya kerana apa yang ada pada hari ini hanyalah sebuah tanda "batu nisan dan kain putih".

Hari ini, semuanya sudah berubah. Berubah dari segala-galanya. Yang tinggal hanyalah kenangan yang dijadikan catatan sejarah peribadi yang diingat dan diceritakan semula kepada anak-anak. Sedaya upaya dicatatkan dalam blog mengikut kemajuan teknologi, kemudiannya dicatat untuk dijadikan buku buat tatapan generasi akan datang.


'2010'

Apa yang berlaku belum tau lagi... Kita cuma merancang dan perancangan sebenarnya ialah ketentuan ILLAHI, Maha Pencipta dan Maha Mengetahui...

Selamat Menyambut Aidil Adha

Published by JB under on 11/25/2009 08:58:00 PM