English or Bahasa Malaysia?

Published by JB under on 8/01/2009 08:02:00 PM
THE TEACHING OF MATHS AND SCIENCE

I am not surprised over the disappointment and even anger towards the Government's decision on the teaching of Maths and Science.

Seems to me like the Government is not listening to the voice of the people.

By Dr. Mahathir Mohamad
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/07/the-teaching-of-maths-and-scie.html#comments


Saya mempunyai pandangan saya sendiri berkenaan hal ini;

1. Saya adalah antara pelajar yang berada dalam aliran bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (SRK Sayed Othman Miri: 1974-1979, SMK Dato Permaisuri Miri
: 1980-1984, Kolej TDT Hj Bujang Miri: 1985-86, UKM 1987-1991).

2. Apabila masuk ke universiti kita rasa agak terkejut / terperanjat kerana sebahagian daripada kursus yang diambil diajar memerlukan kemahiran Bahasa Inggeris yang tinggi kerana bahan rujukannya sebahagian besar ditulis oleh pengkaji barat dan dalam bahasa Inggeris. Bahan-bahan dalam bahasa Malaysia hanya untuk kegunaan di tingkatan 6 sahaja. Takkanlah kita nak gunakan bahan tingkatan 6 untuk laporan kursus.

3. Sehingga sekarang meskipun boleh menguasai Bahasa Inggeris tetapi lidah lebih kepada Bahasa Malaysia sehingga apabila bercakap dengan pelawat luar kita masih terbawa-bawa Inggeris-Melayu.

4. Berbanding dengan anak-anak saya yang sememangnya dari tadika lagi sudah belajar bahasa Inggeris (Tadika St Joseph Piasau) mereka lebih fasih berbahasa Inggeris, menyanyi lagu Inggeris dan sebagainya.

5. SEDIH juga apabila kerajaan memansuhkan PPSMI kerana saya lebih suka kedua-dua subjek ini diajar dalam Bahasa Inggeris kerana bahannya BANYAK sedangkan bahan dalam Bahasa Malaysia masih jauh KURANG.

1 comments:

Unknown said... @ August 3, 2009 at 1:55 PM

Nang benar rami yang menentang bila kerajaan memansuhkan PPSMI. Antara sebabnya kerajaan dah berbelanja banyak pakei PPSMI & bila ada pihak, terutama sidak pembangkang nyuroh menghapuskan PPSMI tok seolah2 kerajaan tundok dengan desakan sidak tok.

Tapi kalau kita lihat perkara sebenarnya kita akan setuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan PPSMI. Bagi aku nok sik tinggi pelajaran tok aku dapat nanggar perkara2 berikut:

1. PPSMI tok dilaksanakan secara ad hoc. Guru2 sik diberik latihan yang secukupnya. Yang ada cuma latihan dari segi methodology ajak (cam ney nak ngajar sabjek tok), tapi dari segi proffesioncy guru sik ada. Jadi bila daknya ngajar dalam kelas nembiak jadi kompius. Sebab cikgu sendirik pun kompius.

2. Sabjek bahasa Inggeris ngak diajar 7 period seminggu di sekolah rendah. Jadi penguasaan nembiak dalam bahasa tok sik ada, apa lagik nak belajar istilah2 baru. Nak mati leput kerja ya.
Kamek orang dolok masa sekolah rendah dari darjah 1 sampei darjah 6 belajar dalam bahasa Inggeris kecuali bahasa melayu pun bila sampei darjah 6 sik rami anak melayu nok fasih dalam bahasa Inggeris. Apa lagik ngak 7 period seminggu.

3. PPSMI tok sik adil. Sidak student dibandar mungkin dapat kelebihan. Jadi terdapat double standard dalam sistem pendidikan kita kelak. Sebab pergaulan student sekolah luar bandar terhad dengan satu kaum ajak. Jadi sidak jarang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tok, sedangkan dalam belajar bahasa (sik kira apa bahasa), kita mesti menggunakan bahasa tok dalam setiap situasi. Bahkan berfikir pun dalam bahasa nok kita pelajari tok. Baru cepat pandei.

4. Kos pakei pengajaran PPSMI tok terlalu tinggi. Terutama part ICT termasok courseware ngan latihan.

Oleh yang demikian aku sik juak maedo mun kerajaan nak mansuh PPSMI tok. Lagik pun aku nenggar Menteri Pelajaran ada madah nak menambaikkan pengajaran English di sekolah.
Bagi aku dalam proses penambahbaikan tok, perkara2 tok harus diambik perhatian.

1. Wujudkan sebuah IPG Bahasa Inggeris. Untuk melahirkan guru2 bahasa Ingeris.

2. Tambahkan jumlah waktu mengajar Bahasa Inggeris di sekolah rendah. Sik perlu nak merik isentif guru nok ngajar matapelajaran tok mun IPG Bahasa Inggeris dah ada.

3. Dalam terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia(terutama istilah2 teknikal, jangan jauh gilak lari bunyinya.)

4. Pengajaran PPSMI boleh diajar dalam tingkatan 4 pakei persediaan student ke IPT.

5. Segala peralatan ICT terutama komputer yang digunankan dalam Pengajaran & pembelajaran hendaklah disewa. Jadi kerajaan sik menanggong kos merepair komputer nok dah antik. Kos repair tok terlalu tinggi.

Mun ada nak nambah saranan aku tek. Tambah ajak. Bukan apa pakei kebaikkan dak genarasi kita juak.

Post a Comment

Terima kasih, komen anda akan disiarkan kemudian.

 
Powered By Blogger