Hari Raya Dolok-Dolok... 1970an (4)

Published by JB under on 9/29/2009 08:56:00 AM
Cerita Melanggar Rumah Hari Raya Pertama...

Ya Rabbi... bunyinya menakutkan "melanggar rumah". Sik apalah tok istilah urang dolok marek apabila kita menziarahi rumah jiran tetangga pada waktu hari raya. Hari lain sik dapat makei perkataan tok kerana ianya membawa maksud kepada kejadian "eksiden" atau kemalangan. Tapi perkataan tok mulai lenyap macam ya kerana nembiak kinek tok suka makei istilah moden dan trend terkini seperti menziarahi, berkunjung, visiting dan lain-lain lagik.

"Salam melekom!" Eh, Ho Ping Lang dengan adiknya datang (Kita sik heran jika kawan-kawan kita bukan Islam berik salam. memang daknya udah faham dan ada yang mengamalkan berik salam apabila ke rumah meskipun bukan perayaan). Memang kamek orang udah molah plan awal lagik untuk bersama-sama melanggar rumah di los cermin (gelik ati nengarnya) sebelum cuti sekolah dolok. Oleh kerana rumah kamek terletak di ujung jalan, konsider blok/baris pertama dari Machinda Kelab maka rumah kameklah tempat stesen memulakan operasi melanggar rumah bagi kelas darjah 6 taun 1979 Sayed Othman dan lain-lain kawan yang maok ikut

Selain Ho Ping Lang, Louis, Lawrence Ambrose, Zaidi Salleh, Awik pak Meran, Jep dan Lan Bogel, Osman, Usup Keling dan lain-lain lagi udah ada di rumah. Ramei-rameilah kamek orang memulakan dari rumah sidak Hori Hatta, lepas ya ke rumah Sapiah Abang, Keria Wahab dan seluruh rumah orang Islam di los cermin, kadang-kadang sempat juak beraya di kawasan Kampung Wireless dengan Kampung Dagang. Balit akhir sik apa, memang urang tua kita tauk kita pergi melanggar rumah. Antara kenangan atau cerita mengusik jiwa sehingga hari tok (yang masih dapat diingat) ialah;

1. Bagi menandakan jumlah rumah yang udah dilanggar, kita suka ngumpul gula batu. Zaman dolok kita sik ada duit raya. Ada di kalangan warga los cermin suka berik gula batu kadang-kadang dapatlah kita gula batu lollipop kojak (nama tok diambik sempena TV Series KOJAK, di mana hero palaknya botak dan suka ngisap gula batu lollipop) Penoh ajak poket kita urang. Nak dipadah kenyang memang kenyang... kenyang aik lemenet.


Siri TV Terkenal KOJAK yang disiarkan di TV Malaysia sekitar tahun 1978

2. Dalam kita melanggar, peristiwa dikepong asuk Luncas, Gudom, Mangkai memang menjadi lumrah bagi nembiak los, sapa-sapa ajak sik terkecuali bait tua atau mudak. Zaman kinek tok jika asuk tok maseh idup mungkin udah nerimak pangkat Sarjen kerana baktinya menjaga keselamatan. Macam ne pun, kita sik takut kerana Awik pak Meran udah ready lastiknya. Ping Lang memang macam kung fu kerana setiap kali jalan (Pegi dan balit sekolah atau main di padang machinda) mesti ngembak buluh bekas gagang penyapu. Jadi perkara macam tok memang udah lumrah bagi kita. Jangan jak kenak serang hendap asuk apek kelab atau kenak sergah Pak Aji Moh. Tapi waktu hari raya tok nya bagus kerana ndiat kita orang salam sambil mencium tangannya. Kalau sik pecoma kenak sergah. Ya lain cerita...

3. Dalam kita melanggar tok, ada juak keluarga yang betol-betol perihatin dengan nembiak. Ndiatnya nembiak ramei, kita dihidangkannya dengan gelas kecik ajak (kinek tok, gelas jenis tok dipakei oleh jemaah haji yang pulang menunaikan haji di Mekah untuk menghidangkan air zam-zam kepada tetamu). Sekali tegok ajak udah abis, nak tambah katanya sik boleh... Rumah toklah yang selalu di em kita, lain kali kita sik datang lagik. Nok mana yang mulut celupar memang kenak anoklah... Sik apa..

4. Salah sebuah rumah yang selalunya kita sik dapat escape ialah rumah sidak nenek Den Pihil di kampung wireless. Limpas ajak di depan rumah daknya, memang kita kenak singgah. Sik dapat sik singgah kenak teriak. Di rumah tok, kita bukan ajak kenyang tapi kenak paksa makan kuih sampei abis, sik abis sik boleh balit. Cam ya juak aik, sik abis minum sik boleh balit. Di rumah tok kita sik dapat sekejap kerana masa nak balit ditetapkan. Tuan rumah akan madah bila kita boleh balit. Sebabyalah kalau nak ke rumah tok, kita kenak pegi paling las sekali.

5. Ada juak trend dolok marek apabila kita melanggar rumah, tuan rumah suka bertanyak khabar, dari sene?, berapa banyak udah rumah dilanggar?, Anak Sapa?, Anak ke berapa? Sekolah Sene? dan lain-lain lagi soalan sik abis-abis. Rumah toklah yang kita boring kerana soalannya banyak tapi aik lemenetnya sik bertambah. Kerin tekak jawab soalan yang sik abis-abis. Rasa-rasanya macam jawab soalah kuiz.

Sementara geng dak pempuan sik maok sama dengan gen dak laki, kerana gaok katanya. Sidak tok lebih suka jalan dekat-dekat ajak sambil nunggu kamek orang datang ke rumah makan kuih. Makin banyak kuih daknya dimakan main suk. Pandeilah daknya molah kuih.

Apabila PM kita mengumumkan 1 Malaysia, aku rasa kamek orang dolok udah ada konsep satu Malaysia, contohnya Ho Ping Lang, Louis & Lawrence, Zaidi, aku, Jep & Lan Bogel, Usup Keling, Awik Pak Meran dan lain-lain lagik memang berkawan rapat...

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih, komen anda akan disiarkan kemudian.

 
Powered By Blogger