2009 melangkah pergi, 2010 akan tiba...

Published by JB under on 11/30/2009 11:51:00 AM
Hari ini dah 30 November 2009, tinggal sebulan lagik kita nak melangkah ke tahun 2010. Nampaknya hari berganti bulan kemudian berganti tahun tanpa kita rasa. Yang dapat kita rasa hanyalah memangkah kalendar. Kalau di opis catat atas almanak dan diari tugas harian.

Yang dapat kita rasakan, dolok marek kita berenang dalam parit depan los bujang rumah Pak Onong, ngail ikan puyu dalam parit rah padang Machinda. Turun dan balit jalan kaki ke sekolah Syed Othman limpas rumah dak Kamal, Noraini Rajiee. Beli ais kumpal kedei surong mak Moss, main bol di padang Machinda. Melastik asuk apek dan lain-lainnya masih segar dalam ingatan.

Senyum juak dibuatnya apabila teringat masa-masa di sekolah menengah. Banyak kisahnya... jadi atelit sekolah, jadi ketua pelajar dan banyak lagik. Antaranya di sitok juaklah aku berjumpa dengan .. yang akhirnya menjadi isteriku sekarang. Kisah dukanya apabila rakan sekelas yang merupakan rakan dari darjah 1 hingga tingkatan 3 meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di simpang jalan besar menuju ke SMKDP. Rakan-rakan sekelas dari Melaya balit ke Semenanjung mengikut orang tua bertugas di sana dan kita menamatkan tingkatan 5.

Kolej Tun Datu Taunku Haji Bujang Miri (1984-1985). Di sitok juak ada ceritanya tersendiri. Upper Six Art I (USAI)memang terkenal dengan nakalnya tapi ramai juak yang dapat masok 'U' termasoklah aku sendiri. Sama juak dari sukan, kelab drama, talentime sehinggalah rakan meneteskan air mata selepas STPM, bermakna kita telah dewasa dan akan menentukan sama ada kita dapat peluang melanjutkan pelajaran atau melangkah ke alam pekerjaan.

Aku adalah salah seorangnya yang akhirnya mendapat tawaran masok ke UKM. Gembiranya tidak terhingga. Al maklumlah nak masok U zaman ya bagaikan mimpi kerana terpaksa melepasi STPM. Di UKM mengambil masa 4 tahun (sesi 1986/87 - 1990/91). Akhirnya membawa pulang IJazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian).

Tahun 2000, merupakan catatan paling sedih dalam kehidupanku apabila ibu yang banyak memberi teguran, nasihat, semangat dan tak kurang juga menyediakan makanan yang digemari telah kembali ke Rahmatullah setelah sakit selama 1 minggu. AL- FATIHAH buatmu ibu, semoga rohmu dicucuri rahmat dan bersama para kekasih Allah. Sehingga kini meskipun telah hampir 10 tahun meninggalkanku, aku masih dapat dengan jelas membayangkan wajah ibu dan mendengar leterannya supaya aku menjadi seorang anak yang BERJAYA. Terasa sayu di benak hati ini apabila menziarahi pusaranya kerana apa yang ada pada hari ini hanyalah sebuah tanda "batu nisan dan kain putih".

Hari ini, semuanya sudah berubah. Berubah dari segala-galanya. Yang tinggal hanyalah kenangan yang dijadikan catatan sejarah peribadi yang diingat dan diceritakan semula kepada anak-anak. Sedaya upaya dicatatkan dalam blog mengikut kemajuan teknologi, kemudiannya dicatat untuk dijadikan buku buat tatapan generasi akan datang.


'2010'

Apa yang berlaku belum tau lagi... Kita cuma merancang dan perancangan sebenarnya ialah ketentuan ILLAHI, Maha Pencipta dan Maha Mengetahui...

1 comments:

Nazeri Harun said... @ December 3, 2009 at 9:42 PM

Selamat Maju Jaya saudara Jamil...

Post a Comment

Terima kasih, komen anda akan disiarkan kemudian.

 
Powered By Blogger