Hari Raya Dolok-Dolok... 1970an (4)

Published by JB under on 9/29/2009 08:56:00 AM
Cerita Melanggar Rumah Hari Raya Pertama...

Ya Rabbi... bunyinya menakutkan "melanggar rumah". Sik apalah tok istilah urang dolok marek apabila kita menziarahi rumah jiran tetangga pada waktu hari raya. Hari lain sik dapat makei perkataan tok kerana ianya membawa maksud kepada kejadian "eksiden" atau kemalangan. Tapi perkataan tok mulai lenyap macam ya kerana nembiak kinek tok suka makei istilah moden dan trend terkini seperti menziarahi, berkunjung, visiting dan lain-lain lagik.

"Salam melekom!" Eh, Ho Ping Lang dengan adiknya datang (Kita sik heran jika kawan-kawan kita bukan Islam berik salam. memang daknya udah faham dan ada yang mengamalkan berik salam apabila ke rumah meskipun bukan perayaan). Memang kamek orang udah molah plan awal lagik untuk bersama-sama melanggar rumah di los cermin (gelik ati nengarnya) sebelum cuti sekolah dolok. Oleh kerana rumah kamek terletak di ujung jalan, konsider blok/baris pertama dari Machinda Kelab maka rumah kameklah tempat stesen memulakan operasi melanggar rumah bagi kelas darjah 6 taun 1979 Sayed Othman dan lain-lain kawan yang maok ikut

Selain Ho Ping Lang, Louis, Lawrence Ambrose, Zaidi Salleh, Awik pak Meran, Jep dan Lan Bogel, Osman, Usup Keling dan lain-lain lagi udah ada di rumah. Ramei-rameilah kamek orang memulakan dari rumah sidak Hori Hatta, lepas ya ke rumah Sapiah Abang, Keria Wahab dan seluruh rumah orang Islam di los cermin, kadang-kadang sempat juak beraya di kawasan Kampung Wireless dengan Kampung Dagang. Balit akhir sik apa, memang urang tua kita tauk kita pergi melanggar rumah. Antara kenangan atau cerita mengusik jiwa sehingga hari tok (yang masih dapat diingat) ialah;

1. Bagi menandakan jumlah rumah yang udah dilanggar, kita suka ngumpul gula batu. Zaman dolok kita sik ada duit raya. Ada di kalangan warga los cermin suka berik gula batu kadang-kadang dapatlah kita gula batu lollipop kojak (nama tok diambik sempena TV Series KOJAK, di mana hero palaknya botak dan suka ngisap gula batu lollipop) Penoh ajak poket kita urang. Nak dipadah kenyang memang kenyang... kenyang aik lemenet.


Siri TV Terkenal KOJAK yang disiarkan di TV Malaysia sekitar tahun 1978

2. Dalam kita melanggar, peristiwa dikepong asuk Luncas, Gudom, Mangkai memang menjadi lumrah bagi nembiak los, sapa-sapa ajak sik terkecuali bait tua atau mudak. Zaman kinek tok jika asuk tok maseh idup mungkin udah nerimak pangkat Sarjen kerana baktinya menjaga keselamatan. Macam ne pun, kita sik takut kerana Awik pak Meran udah ready lastiknya. Ping Lang memang macam kung fu kerana setiap kali jalan (Pegi dan balit sekolah atau main di padang machinda) mesti ngembak buluh bekas gagang penyapu. Jadi perkara macam tok memang udah lumrah bagi kita. Jangan jak kenak serang hendap asuk apek kelab atau kenak sergah Pak Aji Moh. Tapi waktu hari raya tok nya bagus kerana ndiat kita orang salam sambil mencium tangannya. Kalau sik pecoma kenak sergah. Ya lain cerita...

3. Dalam kita melanggar tok, ada juak keluarga yang betol-betol perihatin dengan nembiak. Ndiatnya nembiak ramei, kita dihidangkannya dengan gelas kecik ajak (kinek tok, gelas jenis tok dipakei oleh jemaah haji yang pulang menunaikan haji di Mekah untuk menghidangkan air zam-zam kepada tetamu). Sekali tegok ajak udah abis, nak tambah katanya sik boleh... Rumah toklah yang selalu di em kita, lain kali kita sik datang lagik. Nok mana yang mulut celupar memang kenak anoklah... Sik apa..

4. Salah sebuah rumah yang selalunya kita sik dapat escape ialah rumah sidak nenek Den Pihil di kampung wireless. Limpas ajak di depan rumah daknya, memang kita kenak singgah. Sik dapat sik singgah kenak teriak. Di rumah tok, kita bukan ajak kenyang tapi kenak paksa makan kuih sampei abis, sik abis sik boleh balit. Cam ya juak aik, sik abis minum sik boleh balit. Di rumah tok kita sik dapat sekejap kerana masa nak balit ditetapkan. Tuan rumah akan madah bila kita boleh balit. Sebabyalah kalau nak ke rumah tok, kita kenak pegi paling las sekali.

5. Ada juak trend dolok marek apabila kita melanggar rumah, tuan rumah suka bertanyak khabar, dari sene?, berapa banyak udah rumah dilanggar?, Anak Sapa?, Anak ke berapa? Sekolah Sene? dan lain-lain lagi soalan sik abis-abis. Rumah toklah yang kita boring kerana soalannya banyak tapi aik lemenetnya sik bertambah. Kerin tekak jawab soalan yang sik abis-abis. Rasa-rasanya macam jawab soalah kuiz.

Sementara geng dak pempuan sik maok sama dengan gen dak laki, kerana gaok katanya. Sidak tok lebih suka jalan dekat-dekat ajak sambil nunggu kamek orang datang ke rumah makan kuih. Makin banyak kuih daknya dimakan main suk. Pandeilah daknya molah kuih.

Apabila PM kita mengumumkan 1 Malaysia, aku rasa kamek orang dolok udah ada konsep satu Malaysia, contohnya Ho Ping Lang, Louis & Lawrence, Zaidi, aku, Jep & Lan Bogel, Usup Keling, Awik Pak Meran dan lain-lain lagik memang berkawan rapat...

Hari Raya Dolok-Dolok... 1970an (3)

Published by JB under on 9/28/2009 02:02:00 PM
Menziarahi Nenek Di Luak...
Dari aku maseh kecik dolok hingga udah berkeluarga kinek tok, aku sik pernah mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama di rumah. Kadang-kadang kawan bertanya dengan kita ada 'open house' ari raya pertama. Selalu jawapannya memang sik ada. 'Open house' bagi kita orang ialah di rumah urang tua kita (mentua di pujut adong atau di Luak). Bukannya sik maok molah, sebenarnya kita masih mengekalkan suasana ari raya dolok marek dan kita cuba menanamkan suasana tok terus dipraktikkan oleh anak-anak kita pada masa akan datang iaitu "mendolokkan menziarahi urang tua".

Seperti tiap-tiap tahun, kita sekeluarga akan beraya ke rumah nenek di Luak. Selepas ajak kita balit dari masjid, kita sekeluarga bersalam-salaman. Gago jak mak pada waktu ya berkemas segala juadah yang dimasaknya malam tadik untuk diembak ke rumah nenek. Kita pun gago juak, bukan gago apa, cuma mencarik kasut baru untuk dipakei ke Luak kelak. Bapak pada waktu ya udah nyetart enjin kereta. Masing-masinglah kamek orang gago dengan hal ke dirik.

Masa perjalanan dari los cermin ke Luak ngambik masa selamak 25-30 menet perjalanan. Bapak pada waktu ya drep dengan kelajuan 50-60 bsj. Agak panas juak dalam keretanya kerana sik ada 'air-cond' seperti kereta kinek tok. Sebab ya lah apabila sampei ajak di Luak memang rubohlah pesen rambut kenak tiup angin. Tapi ya sik menjadi masalah, yang penting kita udah selamat sampei ke destinasi...

"Salam melekom...'' jerit dari dibah..

"Waalaikum Salam," nenek lakipun nyengok dari pintu. "Eh! cucuk aku rupanya," nenek laki keluar sambil menghulur tangan kanannya ke arahku.

Akupun terus nyambut dan mencium tangannya. Tangan sebelah kirik nenek lagik mengusap kepalaku. "Cuk.. belajar kuat-kuat, supaya jadi urang pandei, senang dapat kerja kemudian ari kelak, sehat tubuh badan," nasehat nenek laki untukku. Selepas tangannya, dahinya ku cium. Nenek laki cuma tersenyum ajak tanda rasa gembira.

Selepas aku, baruklah dak abang dan kakak terus bersalaman dengan nenek laki dan ku dengar nasehat yang sama terus terbit dibibir nenek laki untuk cucuk-cucuknya yang lain.

Abok (Seniah) dan Chik (Osman Ali) bersama-sama dengan keluarga masing-masing bergambar dengan nenek laki (Sulaiman bin Aspar)

Aku terus duduk berhadapan dengan nenek perempuan dan mencium kedua-dua tangannya. Dapat kudengar nenek pempuan mengatakan "besar udah cucuk aku tok, doakan sehat, pandei belajar, dimurahkan rezeki dan ......." ku liat nenek pempuan hanya tersenyum apabila kucium dahinya sama seperti nenek laki.

Boleh dikatakan waktu tok suasana agak emotional sikit.. Kadang-kadang ku liat nenek pempuan ngesat aik matanya apabila dan mak dan bapak bersalam-salaman dengannya. Sik lamak lepas ya baruklah dak UDAK (Mat dan keluarganya), NGAH (Maimunah dan keluarganya), ENJANG (Maidin dan keluarganya), CHIK (Osman Ali dan keluarga dari Pujut Padang Kerbau), Abok (SENIAH dan keluarga) dan Pak Pai (Gapar) datang. Maka bersalam-salamanlah kamek orang. Riuh rendah ajak bunyi. Lain lagik suara TV rancangan ari raya melalak sik tentu arah.

Bagi aku... pada waktu ya sik paham gilak erti kesedihan dan sebagainya. Yang kita tauk setiap hari raya suasana happy cam tok lah berlaku. Kita dapat berjumpa dengan dak kazen mazen, minum aik gas dan lepas ya kita bermain di halaman rumah.

Kinek tok masa udah berlalu.., meskipun nenek laki, nenek pempuan, mak dan babak mentua udah meninggalkan kita (kembali kerahmatullah), kita masih lagik mempraktikkannya. Setiap hari raya pertama, selepas kita sekeluarga bersalam-salaman, kita orang terus ke rumah mak mentuaku di Pujut Adong. Selepas dari sia baruklah kamek orang beredar ke Luak. Sebelah petang / malam nya kamek orang akan menziarahi bapak dan mak menakan di Luak atau di pujut.

Kadang-kadang dak member-member pandei merungut kerana 'first day' ari raya selalu ajak sik ada di rumah. Jangan heran, yalah kelaziman kamek sekeluarga apabila menyambut ari raya. Bagi sesetengah urang, hari raya pertama adalah open house bagi daknya, tapi lainlah bagi kamek orang. Kalau sik pegi ke rumah urang tua kita, sik meriahlah suasana raya ya..

"Kepada anak-anakku, ingatlah betapa gembiranya ati urang tua apabila anak-anaknya, cucuk-cucuknya mencium tangan, memohon ampun dan bermaaf-maafan terutama di pagi Syawal. Dan ingatlah juak, erti pengorbanan urang tua terutama ayah dan bonda..."

Hari Raya Dolok-Dolok... 1970an (2)

Published by JB under on 9/23/2009 11:58:00 AM
Cerita Pagi Raya - Hari Pertama Hari Raya

Aku bangun awal pagi tok tek. Bersemangat nak pegi sembayang raya kat masjid Miri. Kenak pegi awal, kalau lambat sik ada tempat. Tiap-tiap taun cam ya. Ndiat mak udah gago di dapor. Manas dagin masak kurma dan kari manok, arum jak baunya. Sempat juak merasa masakan mak.. food test katakan.

Wah, kacaknya baju raya telok belangak rona kunin telur, lengkap dengan kain percak (sapu tangan) yang diikat kat ujungnya supaya duit siling sik mengambor. Lepas mandik terus ajak makei baju raya, songkok diberus dolok supaya sik bedebu. Jam udah nunjok kol 6.30 pagi. Sik lamak lagik ada kawan berik salam kerana udah berjanji nak pegi ke masjid sembayang raya sama-sama.
Ramei-rameilah kita orang berjalan kaki, ada juak dak nembiak los besar, bapak nembiak los dan orang dari charcoal plant berjalan kaki ke masjid miri melintas depan rumah di jalan ungu. Kain sabok di sangkut kat bahu, songkok baru senget jak, macam ulubalang dolok marek ajak rupanya. Selain daripada ya ramei juak yang makei basikal ke masjid. Sik dapat digambarkan kinek tok suasana pagi raya di los cermin.
Sampei ajak di masjid urang udah ramei. Sebelum masuk ke pagar kita udah kenak cukai pintu, "Ting," bunyi duit 20 sen masuk dalam tabong tin milo masjid. Dapatlah 'sticker' dilekat atas songkok. Sementara takbir raya terus berkumandang memuji Illahi sehinggalah waktu sembahyang raya baruknya berenti.
Apabila abis khutbah, rameilah urang keluar balit ke rumah masing-masing. Waktu toklah nembiak kecik berebut-rebut keluar nunggu depan pintu masjid untuk bersalaman dengan urang tua. Nasib bagus dapatlah duit raya 20 sen. Kalau udah rezeki kita boleh ngumpul sehingga RM1 - RM2. Kayalah udah pada waktu ya. Dalam perjalanan balit bolehlah singgah beli ais kumpal, di kedei surong apek tepi simpang nuju ke masjid. Sedap rasanya....

Apabila sampei di rumah kita terus bersalam-salaman sambil bermaaf-maafan dengan mak bapak kita, abang dan kakak kita. Lepas ya bapak madah kita nak menziarahi nenek di Luak. Waktu toklah best, kita boleh jumpa sanak saudara kita di Luak.

Hari Raya Dolok-Dolok... 1970an

Published by JB under on 9/19/2009 10:28:00 PM
BISOK RAYA!, Bisok raya! Ye, Ye....

Riuh jak nembiak los pada waktu ya sama ada di jalan raya ataupun di halaman rumah. Lain lagik berdentam berdentum bunyi meriam kabait. Bunga api berwarna-warni terpancut ke udara. Kelabu jak asapnya. Lain lagik nembiak los kecik berekod-rekod ngembak bunga api ke sitok ke sia. Letap-letup juak bunyi mercun padi di depan rumah.


Nang begasak nak nembiak los pada waktu ya apabila jak pengumuman ari raya disiarkan melalui radio. Waktu tahun 1974 tv masih sik ada, jadi cukuplah nengar radio. Lagu ari raya berkumandang dari rumah-rumah bersebelahan, lagu Fazidah Joned, Saloma, Ahmad Jais, dan P. Ramlee memang sik mis terutama lagu "Dendang Perantau". Takbir sentiasa bergema di selang seli dengan lagu raya. Bagi yang ada radio transistor, sitok sia ajak ngembaknya dalam kocek baju. Memang riuh rendah lah malam ya...
Suasana pada waktu ya bolehlah dikatakan macam pesta, di rumah-rumah sekitar los cermin gago jak tuan rumah masing-masing masang kain tabir. Sik kurang juak nunok lemang, nunok sate, manggang manok dan lain-lain. Rumah dak ali wahab terkeres-keres jak mesin nyiurnya. Ketukan lesong batu boleh didengar dari rumah-rumah jiran bersebelahan gago nutok bawang, cili dan lain-lain agik. Blender pada waktu ya sik ada. Sik kurang juak warga los yang masih las minit molah kuih. Dari rumah kita, kita dapat mencium bau kari, kari kurma, rendang yang dipolah oleh dak mak-mak jiran kita. Sekali sekala nyengok juak ke dapor ndiat apa yang dimasak oleh mak kita. Waktu ya kita toklah yang tukang testnya. Dapatlah merasa masakan kari kurma mak..

Kemeriahan suasana ari raya di los cermin diserlah lagik dengan lampu dan pelita. Berkelap kelip ajak lampu cabik berwarna-warni. Tapi sik lawan rumah dak keria lai.. Udah juak lampunya banyak saiz mentolnya pun besar. Panjangjak berleret warna kunin. Rumah kamek sikit ajak lampunya tapi udah cukup menggembirakan. Sik sah rasanya jika kita sik berjalan-jalan di jeraya meliat lampu. Ramei-rameilah kita pada waktu ya jalan dengan kawan-kawan, ada yang berbasikal sambil berganding (duduk atas handle atau dudok atas palang basikal gentleman).

Tapi jangan heran, sik tidor sampei pagi memang lumrah raya pada waktu ya. Kita nembiak kecik bebas bermain sehingga jam 1-2 pagi. Sik kedak kinek tok, nak nyuroh anak main diluar kita takut. Bermacam-macamlah kemungkinan boleh berlaku. Yang BEST nya, raya dolok marek kita udah merancang blok ne nak dilanggar (diziarah) dolok, baju ne nak dipakei, berapa urang geng kita yang nak jalan sama-sama.


Yalah raya zaman dolok marek...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada rakan-rakan nembiak los, Wahab Udin, Dolt Udin, Kamal, Moss, Elly, Dancy, Aminah Taha, Mail dan lain-lain warga los. Kepada anak buah Suraya Abdul Sani dengan tunangannya, Abdul Muiz, Abdul Muim, Nor Afiqah, Amirul (sekarang berada di New Castle), Amalina, Amaida, Norjannah (KL), Jaki, Epan, dan Baby Betty. Kepada keluargaku.. Rafidah, Inessa, Muhd Ariff dan Muhd Affif.. Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin...

Nembiak Los & Puasa (Bhg 2)

Published by JB under on 9/16/2009 03:53:00 PM
Nembiak Los Berpuasa...

Ya Rabbi, aus rasanya, ndiat kedei surong mak moss tutup bulan puasa tok. Teringat balit ais krem samboi dan ais kumpalnya. Ari tok, Butik marah-marah ajak nyuci parit. Sitok sia ajak aik ludah. Lain agik kertas buk arismatik yang dibuang ke dalam parit. Terkumat-kamit ajak bibirnya...

Ndiat muka cikgu, semuanya agak lesu. Selalunya cikgu sohor ngembak kamek orang main sepak raga, arik tok terlentok ajak di kerusi. Setiap kali subjek bahasa malaysia.. buat kerja sendirik katanya. Apabila subjek lukisan, lukis ajak suka ati pelajar. Waktu toklah kita suka molah kad raya. Bermacam-macam ajak kad raya. Kad raya yang paling keratif akan dilekat di belakang kelas. Suk juak ati ndiat hasil kerja tangan di lekat softboard belakan kelas.

Suasana kelas agak senyap. Part yang paling sakit apabila Mrs Chin guru bahasa Inggeris masuk. Dari awal hingga akhir masanya, kita disuruhnya membaca. Terasa benar kerin tekak. Sapa sik baca kenak diri atas kerusi...

Apabila bell berbunyi, waktu untuk balit sekolah malas ajak kaki nak melangkah keluar. Ne sik, kita terpaksa jalan kaki dari sekolah ke rumah. Udah juak pada waktu ya cuaca panas. Maok sik maok terpaksa juak kita jalan kaki meskipun kaki udah lenguh, penah berpeluh. Sampei-sampei di rumah sunyi sepi ajak. Nilit di dapor sik ada urang. Bukak ajak pintu dapor belakang rumah cuma ada manok. terkebil-kebil ajak mata manok ya ndiat kita mintak makan.

Sik apalah, tidor ajak sampei ke petang...

Nembiak Los & Puasa (Bhg 1)

Published by JB under on 9/08/2009 12:42:00 PM
Puasa Dolok Marek..

Kalau dikenang balit antara puasa kinek tok dengan puasa zaman dolok ada perbezaannya. Perbezaan yang jelas dirasa, kita kinek tok sik gago gilak seperti urang tua kita zaman dolok. Beberapa ari lagik nak menyambut puasa urang tua kita udah gago becarik nyior pakei molah santan, bubor pedas dan lain-lain lagik. Meskipun masih kecik pada waktu ya, kitapun ngekot gago sik tentu arah. Yang ada cuma kegembiraan nak nyambut puasa. Bagi nembiak los daknya gago ready carik tempat untuk main meriam kabait. Sitok sialah kita nangar muncong meriamya di tuju ke machinda kelab.

Seperti kebiasannya kita dapat mencium bau kari, ikan goreng, kurma dan lain-lain lagik. Harum jak baunya sampei ke ruang tamu untuk disediakan oleh mak kita pakei makan saur besok pagi. Waktu tok nembiak boleh demand sikit, manok gorengkah, ikan gorengkah dan lain-lain lagi kerana waktu tok urang tua menjadi lembut ati. Al-Maklumlah pakei daknya narit ati nembiak untuk berpuasa.

Saat yang paling sakit ialah bangun awal waktu pagi, digerak camnepun masih juak sik maok bukak mata (ngantuk). Dari cerita kawan-kawan, ada yang terpaksa diangkat, disiram pakei aik dan bermacam-macam lagik cara untuk nyuruh nembiak bangun. Sebelah pagi tok memang sakit kerana terpaksa pegi ke sekolah. Gagolah nembiak los ngembak tin kosong pakei nyimpan aik lior. Balit dari sekolah acaranya ialah tidor sampei ke petang. Lepas ya kita gago ngembak sedekah untuk jiran-jiran.

Sementara di sene-sene ajak kita dapat nengar bunyi Letam-letum meriam kabait nembiak los, macam suasana berperang ajak rasanya. Bukannya apa cuma nak belawan sapa yang kuat bunyinya. Ada yang makei meriam paip besi dan ada juak meriam tanah. Dijalan ungu ajak udah ada beberapa buah meriam. Macam cerita KOMBAT. Lain lagik di tempat lain... seperti di Krokop, rumah setinggan sapo di sungei baong, kampung wireless, kampung dagang, charcoal plant, masing-masing ada dengan aktiviti meriam kabait daknya. Kalau kinek tok kemungkinan besar sidak polis atau FRU terpaksa over-time kerana boleh mengamcam ketenteraman awam.

Waktu petangnya jiran-jiran di sebelah-menyebelah rumah gago ajak bemasak untuk pakei sedekah dan berbukak puasa. Utusan untuk ngantar sedekah tok ialah nembiak kecik, kerana nembiak besar udah malu. Apabila sampei dirumah, membiak kecik gago ajak ngecek apa yang disedekah oleh jiran-jiran daknya, nok nyaman memang udah direzep masuk dalam tapak daknya.

Apabila nak berbukak puasa, bapak kita gago jak ngembak radio transistornya musin-musin carik stesen radio miri, pakei nengar bedok. Yang lucunya kita cuma boleh berbuka puasa apabila doa abis dibaca dalam radio. Selagik doa ya belum abis di baca, selagik yalah kita sik boleh berbukak puasa. Suasana tok masih dipraktis sehingga kinek tok walaupun kita udah baca doa kenak tunggu juak doa di radio ya abis dibaca. Di tepi tapak bersusun ajak kuih-muih, lauk-pauk dan macam-macam lagik. Aik yang paling popular ialah aik merah sirap SUNVELLEY yang udah tersedia dituang dalam gelas di samping bubor kacang ijo yang memang sik mis hingga ke ari tok. Boleh dikatakan apabila doa abis dibaca secepat kilat tangan nyambar gelas dan terus minum. Selepas ya duduk nyandar kita dikerjanya.

Dalam kita gumbira, ada yang susah ati kerana bisnes berkurangan. Suasana kelab machinda agak lengang kurang pengunjung, kasinonya terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana menghormati bulan Ramadhan. Cam ya juak keadaan padang machinda yang sunyik sepi, sik ada tournament. Yang ada cuma asuk apek kelab berkeliaran sitok sia carik tempat berak. Camnepun kadang-kadang ada juak kita terdengar apek kelab meradang kerana ada nembiak los main mercun dalam kelab. Siklah tauk sapa pun angkara tok...

Ada juaklah nembiak los pegi bebeli di machinda kelab terutama sekali apabila kicap (cap kuda terbang) di rumah udah abis atau bebeli mancis (cap king kong megang batang mancis) ataupun bebeli samboi pakei molah aik. Waktu tok wak Jonmani boleh rehat sikit atas kerusi guntinnya kerana pengunjung sik ramei.


bersambung...
 
Powered By Blogger