Sambutan Maulidur Rasul Bahagian Miri 1431H

Published by JB under on 2/24/2010 09:20:00 AM

Sambutan Maulidur Rasul Bahagian Miri 1431H

Published by JB under on 2/18/2010 08:34:00 AM
1. Forum Perdana
  • Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya (20/2/2010; Masa: Antara Maghrib - Isya)
  • Masjid Al-Jabbar, Daerah Kecil Niah (24/2/2010; Masa: Antara Mahgrib-Isya)
  • Masjid At-Taqwa Miri (25/2/2010; Masa: Antara Maghrib-Isya)
  • Masjid Darul Khairat Bakam (26/2/2010; Masa: Antara Maghrib-Isya)
2. Program Ceramah Bersiri Masjid & Surau
  • Masjid Nur Hijrah, Pulau Melayu (17/2); Masjid Ar-Rayyan, Permyjaya (18/2); Masjid Nurul Ibadah Kpg Muhibbah, Kuala Baram (19/2); Surau Jamilun Subhi, Kpg Pujut Adong (21/2); Masjid Darul Hana, Kpg Tunku Abd Rahman Lambir (22/2); Masjid Nurul Iman Kpg Masjid, Kuala Baram (22/2); Masjid al-Muttaqin, Bekenu (23/2); Surau Darus Salam, Taman Bumiko (23/2); Masjid Al-Firdaus, Taman Tunku (24/2); Surau Kem Sri Miri (25/2)
3. Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Miri.
  • Tarikh : 12 Rabiulawal 1431H bersamaan 25 Februari 2010 (Jumaat)
  • Tempat : Dewan Suarah Miri
  • Masa : 6.00 pagi: Ketibaan & Pendaftaran Peserta; 7.00 pagi : Majlis Bermula.
Umat Islam adalah dijemput hadir beramai-ramai di majlis ilmu dan majlis perhimpunan dan perarakah bagi meningkatkan dakwah atas semangat "Ukhuwah Islamiah".

Islam dan Hidup Berjiran

Published by JB under on 2/17/2010 08:32:00 PM
(Artikel ini adalah merupakan tulisan Dr. Saodah Abdul Rahman yang bertajuk RENUNG SEMULA HIDUP BERJIRAN yang disiarkan dalam Utusan Online bertarikh 22 Januari 2010. Semoga ianya menjadi renungan dan panduan kita dalam hidup berjiran, lebih-lebih lagi hubungan kita dengan masyarakat bukan Islam)

Renung semula prinsip hidup berjiran
Oleh DR. SAODAH ABD RAHMAN


MANUSIA dikenali sebagai makhluk yang bermasyarakat. Kehidupan bermasyarakat merupakan prinsip atau konsep kehidupan umat Islam yang terpenting. Corak kehidupan individualistik yang terlalu mementingkan diri dan kelompok adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagi membentuk satu masyarakat yang aman dan harmoni, Islam menyeru umatnya supaya mengamalkan konsep kehidupan yang bercirikan jujur, toleransi, memahami antara satu sama lain secara mendalam (mutual understanding), bersabar, pemurah, lemah lembut dan lunak dalam mengendalikan hal ehwal kemasyarakatan dan kenegaraan.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai pekerjaan yang paling baik untuk dilakukan oleh seorang Muslim. Baginda menjawab dengan sabdanya yang bermaksud:"Berbicara dengan orang lain secara halus dan lembut, pemurah, mesra dan melayani mereka dengan baik".

Sifat dan sikap yang berunsurkan kemesraan, kelembutan, kemurahan dan toleransi yang wujud dalam diri individu Islam adalah hasil daripada kefahaman ajaran Islam yang mendalam.

Empat asas terpenting dalam ajaran Islam yang sepatutnya difahami oleh umat Islam dan dijadikan prinsip hidup bagi membentuk satu masyarakat yang harmoni dan bertamadun.

Pertama, Islam adalah satu agama yang fitrah. Ia sesuai untuk diamalkan oleh manusia tanpa mengira bangsa, sempadan dan masa.

Kedua, Islam adalah agama yang moderate/sederhana. Ia bukan satu ajaran yang fanatik dan radikal atau ganas. Ketiga, Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan manusia dengan pelbagai adat dan tradisi yang menjangkaui kemampuan manusia.

Keempat, Islam adalah agama yang menuntut perlakuan atau tingkah laku baik berunsurkan kepada kelembutan yang berdasarkan perbuatan yang baik, kemurahan dan dan ketinggian moral.

Hasil daripada mengamalkan empat prinsip terpenting ini maka Rasulullah, para sahabat dan umat Islam masa silam mampu membentuk satu masyarakat yang ideal dan dihormati oleh orang Islam dan bukan Islam.

Sifat toleransi dan kemesraan yang wujud dalam diri umat Islam bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan yang rapat sesama umat Islam, malah ia juga dapat menghubungkan persahabatan yang akrab dengan masyarakat bukan Islam.

Sifat dan sikap keterbukaan umat Islam terhadap masyarakat bukan Islam adalah hasil daripada didikan agama Islam yang amat mementingkan keamanan dan keharmonian.
Konsep dan prinsip ajaran Islam yang menekankan aspek hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk mampu membentuk umat Islam menjadi orang yang paling bertolak ansur, bersabar, memaafkan musuh, berkongsi kekayaan, kekuasaan dan tanah air dengan masyarakat bukan Islam.

Perkongsian hidup bersama masyarakat bukan Islam diperluaskan lagi dengan konsep hidup berjiran. Bagi mengukuhkan hubungan manusia dengan manusia, Islam menyeru umatnya supaya mengambil berat dan menjalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga tanpa mengira bangsa dan agama.

Perkara ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud: "Malaikat Jibril sentiasa berpesan kepada Aku supaya berbuat baik kepada jiran sehingga Aku sangka jiran akan mewarisi".

Umat Islam dilatih supaya menjadi satu masyarakat yang pemurah dan belas kasihan terhadap jiran sehingga berkongsi makanan. Perkara ini jelas dinyatakan oleh Rasulullah SAW ketika baginda bersabda kepada Abu Dzar yang bermaksud: "Wahai Abu Dzar! Jika kamu memasak sup dan tambahlah kuahnya dan ingatlah jiranmu".

Berdasarkan kepada prinsip dan konsep hidup begini maka umat Islam merupakan satu masyarakat yang amat prihatin terhadap konsep kemanusiaan.

Keamanan dan keharmonian yang wujud dalam negara ini berpuluh tahun lamanya adalah hasil daripada konsep hidup kejiranan yang kukuh di antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Hubungan kejiranan dalam bentuk universal seperti diajar oleh agama Islam jika dijadikan sebagai prinsip kehidupan setiap individu dalam negara ini maka keamanan dan keharmonian di antara kaum dapat dikekalkan.

Keharmonian dan keamanan sukar diwujudkan melalui aktiviti politik dan perundangan. Hubungan sesama individu dalam bentuk kejiranan dan persahabatan yang diasaskan melaluimutual understanding, rasa hormat menghormati dan kasih sayang adalah lebih kukuh dan bermakna.

Islam menegaskan bahawa keperibadian mulia yang disulami dengan perasaan kasih sayang, toleransi, berlunak dalam hubungan sesama manusia adalah senjata yang paling baik bagi menyelesaikan permasalahan masyarakat. Oleh itu, kukuhkan prinsip kehidupan berjiran melalui pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan kenegaraan bagi menjamin keamanan dan keharmonian dalam negara ini.
-----------------------------------------------------
Penulis ialah Pensyarah Kanan Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Maulidur Rasul 2010 / 1431H

Published by JB under on 2/11/2010 12:27:00 PM
Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W ..

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W
  • Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.
  • Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya.
  • Sangat elok dan sempurna wajahnya.
  • Baginda memilik perasaan yang halus.
  • Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
  • Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan.
  • Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan.
  • Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  • Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain.
  • Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
  • Baginda memakai serban di atas kopiahnya.
  • Suka membalas hadiah.
  • Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
  • Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
  • Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
  • Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
  • Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
  • Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
  • Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
  • Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
  • Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
  • Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
  • Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
  • Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
  • Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
  • Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
  • Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
  • Amat kasih terhadap umatnya
  • Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
  • Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
  • Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
  • Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
  • Suka menziarahi orang sakit
  • Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
  • Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
  • Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
  • Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)

Ingatlah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita

Published by JB under on 2/10/2010 03:18:00 PM
WISHING NEW YEAR WITH
SUCCESS, PEACE & PROSPERITY
GONG XI FA CHAI
HAPPY CHINESE NEW YEAR

Sebulan berlalu tahun 2010 dan hari ini 1 Februari 2010

Published by JB under on 2/01/2010 09:16:00 AM
  1. Sebulan genap aku sik postin dalam blog tok.. Bukan sik ada bahan yang nak ditulis, banyak bahan dan banyak perkara yang hendak diketengahkan.

  2. Kita udah masok hari pertama bulan duak (1 feb) bagi tahun 2010.. Cepat hari berlalu. Hari-hari yang berlalu boleh dianggap sebagai peristiwa yang udah berlaku.., dalam erti kata lain udah jadi SEJARAH. Ada di antaranya dicatat sama ada alam diari, buku laporan tugas atau lain-lain bahan seperti FB, Blog, email dan sebagainya tapi ada juak yang sik dicatatkan.

  3. Seperti biasa tahun baru 2010 tiba.. kitapun sebok macam urang lain.. azam baru, sasaran kerja 2010 berasaskan KPI, mengimplementasikan konsep 1 malaysia dan banyak lagik yang kita harus ikot. Kalau sik, kita akan ketinggalan dalam arus perdana (ikot bahasa rasmi).. Bahasa mudahnya supaya sik jadi "KATAK DIBAH TEMPURONG".

  4. Masok ajak hari pertama bertugas tahun 2010.. kita udah molah taklimat, menstruktur semula pengurusan dan pentadbiran supaya lebih tersusun dan berkesan. Berkobar-kobar semangat macam berkibarnya bendera Malaysia apabila ditiup angin.


  5. Di Miri misalnya, mulai 4 Januari 2010.. kempen "NO PLASTIC DAY" telah bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kadang-kadang kita sik ngambik berat hal tok, tapi Alhamdulillah.. sik sangak anak yang berusia 11 tahun mengingatkan kita bahawa hari Jumaat sik ada plastic bag. Wah sentitif benar sidaknya dengan maklumat semasa sedangkan kita seolah-olah sik nak ngambik tauk sedangkan banner udah terpampang di depan supermarket, hypermarket, billboard tepi jalan dan iklan di akhbar tempatan.

  6. Hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dalam bulan Januari banyak dihabiskan dengan bermacam-macam mesyuarat (PIBG, Persatuan dll), perjumpaan, perasmian dan bemacam-macam aktviti. Ahad memang diutamakan untuk bersama keluarga dan anak-anak yang tersayang. Setengah hari dihabiskan bersama di SM Sains Miri kerana Ariff udah di asrama.

  7. 21 Januari 2010.. kita amat bertuah di Miri kerana Timbalan Perdana Menteri melawat Miri dan seterusnya merasmikan SK Kpg Bakam. Memang sejarah bagi SK Kampung Bakam kerana sekolahnya dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Sekurang-kurangnnya anak-anak atau generasi Kampung Bakam dapat menjadikan lawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai satu suntikan semangat untuk mereka terus berusaha untuk berjaya, cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama negara (seperti yang diamanatkan oleh TPM).

  8. Kita merasa sedih kerana salah seorang ahli keluarga kita abang sulong kepada Wahab Hj Usin iaitu Jafar @ Ismail Hj Udin atau lebih dikenali sebagai MAIL (kamek orang) atau A CHENG (di kalangan rakan-rakannya) telah kembali keRahmatullah pada pagi 26 Januari 2010 di Hspital Besar Kuching dalam usia 60 tahun (kalau tak silap). Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bau, Kuching. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para solihin.. Amin..
 
Powered By Blogger