Maulidur Rasul 2010 / 1431H
Published by JB under on 2/11/2010 12:27:00 PM
Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W ..
Antara Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W
Ingatlah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita
Antara Peribadi dan Akhlak Rasulullah S.A.W
- Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan.
- Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya.
- Sangat elok dan sempurna wajahnya.
- Baginda memilik perasaan yang halus.
- Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena.
- Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan.
- Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan.
- Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang.
- Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain.
- Baginda memelihara rambutnya dengan kemas.
- Baginda memakai serban di atas kopiahnya.
- Suka membalas hadiah.
- Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk.
- Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya.
- Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya.
- Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa.
- Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
- Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
- Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
- Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
- Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
- Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
- Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
- Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
- Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
- Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
- Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
- Amat kasih terhadap umatnya
- Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
- Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
- Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
- Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
- Suka menziarahi orang sakit
- Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
- Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
- Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
- Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
Ingatlah cintailah Rasulullah SAW kerana baginda sangat cinta pada kita
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih, komen anda akan disiarkan kemudian.