Published by JB under
on 2/01/2010 09:16:00 AM
- Sebulan genap aku sik postin dalam blog tok.. Bukan sik ada bahan yang nak ditulis, banyak bahan dan banyak perkara yang hendak diketengahkan.
- Kita udah masok hari pertama bulan duak (1 feb) bagi tahun 2010.. Cepat hari berlalu. Hari-hari yang berlalu boleh dianggap sebagai peristiwa yang udah berlaku.., dalam erti kata lain udah jadi SEJARAH. Ada di antaranya dicatat sama ada alam diari, buku laporan tugas atau lain-lain bahan seperti FB, Blog, email dan sebagainya tapi ada juak yang sik dicatatkan.
- Seperti biasa tahun baru 2010 tiba.. kitapun sebok macam urang lain.. azam baru, sasaran kerja 2010 berasaskan KPI, mengimplementasikan konsep 1 malaysia dan banyak lagik yang kita harus ikot. Kalau sik, kita akan ketinggalan dalam arus perdana (ikot bahasa rasmi).. Bahasa mudahnya supaya sik jadi "KATAK DIBAH TEMPURONG".
- Masok ajak hari pertama bertugas tahun 2010.. kita udah molah taklimat, menstruktur semula pengurusan dan pentadbiran supaya lebih tersusun dan berkesan. Berkobar-kobar semangat macam berkibarnya bendera Malaysia apabila ditiup angin.
- Di Miri misalnya, mulai 4 Januari 2010.. kempen "NO PLASTIC DAY" telah bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kadang-kadang kita sik ngambik berat hal tok, tapi Alhamdulillah.. sik sangak anak yang berusia 11 tahun mengingatkan kita bahawa hari Jumaat sik ada plastic bag. Wah sentitif benar sidaknya dengan maklumat semasa sedangkan kita seolah-olah sik nak ngambik tauk sedangkan banner udah terpampang di depan supermarket, hypermarket, billboard tepi jalan dan iklan di akhbar tempatan.
- Hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dalam bulan Januari banyak dihabiskan dengan bermacam-macam mesyuarat (PIBG, Persatuan dll), perjumpaan, perasmian dan bemacam-macam aktviti. Ahad memang diutamakan untuk bersama keluarga dan anak-anak yang tersayang. Setengah hari dihabiskan bersama di SM Sains Miri kerana Ariff udah di asrama.
- 21 Januari 2010.. kita amat bertuah di Miri kerana Timbalan Perdana Menteri melawat Miri dan seterusnya merasmikan SK Kpg Bakam. Memang sejarah bagi SK Kampung Bakam kerana sekolahnya dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Sekurang-kurangnnya anak-anak atau generasi Kampung Bakam dapat menjadikan lawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai satu suntikan semangat untuk mereka terus berusaha untuk berjaya, cemerlang dan seterusnya mengharumkan nama negara (seperti yang diamanatkan oleh TPM).
- Kita merasa sedih kerana salah seorang ahli keluarga kita abang sulong kepada Wahab Hj Usin iaitu Jafar @ Ismail Hj Udin atau lebih dikenali sebagai MAIL (kamek orang) atau A CHENG (di kalangan rakan-rakannya) telah kembali keRahmatullah pada pagi 26 Januari 2010 di Hspital Besar Kuching dalam usia 60 tahun (kalau tak silap). Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bau, Kuching. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para solihin.. Amin..
1 comments:
Kampung Bakam? Pernah ke sebuah rumah di kampung ya 25 thn dolok. Masa ya sik ada jaraya dibina.
Post a Comment
Terima kasih, komen anda akan disiarkan kemudian.