Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 4...)

Published by JB under on 2/16/2009 09:33:00 AM
Machinda Club: Fungsi dan aktivitinya...(Siri I)
(Part tok agak panjang ceritanya .. dalam proses baik pulih)
Apabila diingat balit, Machinda Club tok sik salah seperti sebuah pusat `one stop center’ istilah urang putih kinek tok, bahasa melayunya digelar `pusat sehenti’. Pada masa ya kita sik tauk istilah ya dan sik pernah nengar. Tempat bas selalu A’on berenti ada. Tempat dak bapak-bapak berenti selepas waktu opis atau ujung minggu. Tempat nembiak los berenti selepas main bol memang dah sah.. minum aik paip (sik juak ada kes nembiak los kenak taun) dan lain-lain lagik. Boleh dikatakan Machinda Club tok memberik servisnya kepada semua semua warga los pada waktu ya sik kira umur, jantina dan siapa ajak. Bercerita tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat di Machinda Club pada masa ya, boleh dikatakan semuanya berkaitan. Di sitok dilistkan sigek-sigek, jika terlupak harap maaf.
Parit depan Machinda Club: Nembiak los menjadikan parit tok macam “safe deposit box” – lepas ajak menjalankan misi combatnya terhadap aik lemenet apek, rokok dan lain-lain lagik di kelab, hasilnya tok ditapok dolok dalam parit. Apabila waktu petang baruk ngambik terutama sewaktu main bol. Selain daripada ya, ramie juak nembiak los lukak kaki di sebabkan nembiak los menjadikan parit tok sebagai tempat meletupkan botol-botol kosong (banyak jenis botol). Parit tok juaklah mencatat sejarahnya kerana ramie juak nembiak los pompuan, atau penunggang basikal gugok di dalamnya apabila kenak bol. Apek A..Cham dan apek sombeng pernah gugok dalam parit apabila tayarnya terkenak bol nembiak los.

Tanggak Machinda Club: Tanggak Machinda Club tok boleh dikatakan mini stadium bagi warga los. Nak pegi ke kelenek lutong duduk sitok dolok, nunggu bas A’on duduk sitok juak, ndiat urang main bol bersusunlah warga los semua peringat umur termasuk asuk apek rona coklet dan rona putih hitam (selalu jadi mangsa ditikam pakei selepar atau kasut). Nak lepak-lepak boleh duduk di sitok. Ada juak nembiak los yang sayang benar-benar dengan tanggak tok sehingga sanggup tidur (?@*%^) di tanggak kelab ngan dak asuk apek yang berona coklat dan putih hitam tadik.

Dibah rumah Machinda Club: Sungguhpun nampaknya sik berfungsi tetapi ada ceritanya tok. Apabila bol masuk dibah rumah maka tepaksalah nembiak los masuk makei skill jalan itit (kinek tok udah diiktiraf antarabangsa skill tok sebagai salah satu latihan ketahanan dalam sukan…). Selain parit, dibah rumah tok juak digunakan untuk napok barang hasil daripada misi combat tadik selain daripada parit. Jika meradang dengan member tikam ajak kasut atau selipar dibah rumah, pasti balik sebelah berselipar sebelah lagik sik ada atau yang lebih teruk berkaki manok. Dibah rumah club tok juak nembiak los menjalankan misi menangkap biawak. Biawak suka masuk dibah rumah club kerana ngintei manok apek. Apabila nembiak los tauk ada biawak ramei-ramei lah daknya bergegas masok dibah rumah. Biawak tok apabila dijual dengan apek harganya adalah antara RM5-RM15 sekok bergantung kepada saiznya. Nembiak los selalu dapat tapi bayarannya sik lebih dari RM1o. Sik apa asalkan mee dan rokok apek udah lepas.

Atap Machinda Club: Nembiak los memang pintar dalam molah strategi. Sakit ati dengan dak bapak nembiak los, tekejut kita nanggar kasut boot shell atas atap. Ada dak bapak tok tertinggal kunci motorsikal atau vespa, tempat napok kunci tok ialah tikam ajak di atas atap. Terpaksalah berjulok urang tua tadik. Selain daripada ya, boot ball nembiak los, selepar pun ada di atas atap tok. Apabila wo putus, nyangkut atau gugok atas atap kelab, nembiak los cam apa ajak nait atasnya. Ada makei tiang bendera, member yang spoting nait ajak atas badannya. Kalau udah kesontokan, basikal yang ada di siapun boleh dijadikan tanggak untuk nait ke atas. Udah turun kelak, terjun ajak macam cerita stunt. Kadang-kadang ada juak seluar jeans yang ditikam ke atas atap tok. Sapa ndakkah pun tok?????

Sementara atap sebelah court takrow tok selalunya nyangkut buah badminton. Apabila tiba musim main badminton (tok cerita dak nembiak los pompuan), rameilah dak nembiak los pompuan main badminton dan main ayun sebelah ya. Apabila nyangkut, toklah peluang dak nembiak los laki nunjuk skill julok buah badminton tadik (bersemangat jak nampak...) Sementara geng nembiak los junior, kita orang tok ikut ajak... sama ada kita ngan dak laki ataupun dak pompuan..

Taman Permainan Machinda Club: Taman permainan yang di maksudkan ialah tempat ayun dan tunggang-tunggit. Ayun tok palangnya bertingkat-tingkat. Duak Igek ayun ranteinya panjang dan duak igek lagik pendek. Pada fahaman kamek pada waktu ya, ayun panjang tok untuk urang yang udah mahir berayun dan yang pendek tadik untuk junior. Selain daripada tempat berayun, palangnya tok digunakan untuk bergimnastik. Nembiak los suka bergantung di palang tok macam kerak. Ayun tok boleh dipulas-pulas dan dilepas, maka berpusin-pusinlah ayun tok macam gasing. Yang bestnya nembik los yang duduk di siapun pening-pening lalat sambil di tetak oleh kawan-kawan. Tempat ayun tok juaklah tempat rehat nembiak los remaja, belagu, main gitar, bersiul, terkiak terkaong tengah malam dan lain-lain lagik.

Tunggang-tunggitnya tok ada duak, sigek panjang, sigek lagik pendek. Bagi nembiak los, tempat tok boleh main sarkas dengan tunggang-tunggit tok. Menganiaya kawan memang menjadi lumrah tunggang-tunggit tok, ne siknya suk-suk kawan duduk disebelah, kawan-kawan di sebelah lagik terus angkat, lalulah kawan tadik terduduk “Aduh sakit bxxxxx. Sebab yalah disitok kita sik dapat leka atau termenung. Lain jak rasanya, lompat ajak. Kalau sik memang jadi mangsa. Selain daripada ya, tunggang-tunggit tok boleh dicabut kerana skrewnya selalu dibukak dan dijadikan tempat duduk peminat bola sepak, lepas ya dipasang balit. Kadang-kadang dijadikan jambatan untuk masuk ke court takrow apabila ari ujan.

bersambung...

12 comments:

JB said... @ February 16, 2009 at 4:52 PM

Hab
(disesuaikan daripada http://ceritanembiaklos.blogspot.com/2009/02/wlfc-ngan-machinda-club.html)

Pasal main perang tok, ceritanya panjang dan menarik. Waktu ya nembiak los tok terpengaruh dengan cerita COMBAT. Tempat yang paling popular ialah hutan di belakang los bujang (rumah pak onong) atau di hutan di belakang basketball court.

Mula-mulanya kita main tapok dan tembakpun makei sebut mulut ajak. Memang real lah pada waktu ya. Di peringkat kedua kita main perang makei lastik getah yang bulletnya rumput. Sik puak kita tukar pakei wayar. Kalau kenak 2-3 ari masih bekasnya. Peringkat ketiga kita makei peletop, bulletnya kertas atau bijik warna ijo sebesar lada. Kalau kenak tengkok berasa juak. Peringkat keempat kita makei senapang buah ceri atau buah ruk. Hebat senapang tok.. Masin-masin gagolah nembiak los mutit buah ruk sampei penoh poket seluar.

Dalam suk-suk bermain perang tok ada juak geng yang sik jujur, ne kan apabila udah geram lastik di pakei. Waktu ya ada juak makei bom. Undah suntok gilak pakei ajak batu. Apabila kenak kita akan terdengar suara menjerit kesakitan. Nak meradang kita sik tauk sapa punya angkara. Ada geng ya apabila udah nyakit kawan lalu balit ke rumah diam-diam, sedangkan kawan lain masih lagik di dalam hutan.

Apabila main tok, secara lumrahnya mesti berakhir dengan berkelaie. Kalau ada senapang kayu, senapang ya lah pakei maluk member yang lain. Sik ada senapang, batang kayu kita pakei ngepong keliling padang. Cam ne pun 2-3 hari lagik geng balit.

Apabila kita ngembak dak nembiak ndiat daknya main paintball, jelos juak rasanya. Cam ne pun teringat balik zaman kita kecik-kecik dolok dengan kecanggihan yang ada pada waktu ya, sebenarnya permainan kita agak sama.

nembiak Los said... @ February 16, 2009 at 11:38 PM

Jamil.
Suk aku maca cerita tok. Semua kisah ya nang ada dirasa juak. Buah ijo pakei peletop ya ditunggah Buah Pemisi. Sik tau kenak diberik nama ya. Tapi mula mula, selalunya kita pakei kertas dikulum, digigit padat padat, kak ya jadi peluru peletop tek.
Kinek tok sidek main paintball, cukup ajak safety. Musim dolok, bila main perang lastik pakei buah Rhu, ne ada safety. Shoot ajak, tapi sik pernah juak ada inciden sampei kenak mata...nang kira pro juak kita dolok, Mel...

Dolt Udin said... @ February 17, 2009 at 8:37 AM

Jam,

Buah ruk lah selalu kenak pipi aaon kurap dolok.Target range kamek orang masa ya di bah pokok ruk besar tepi parit kat jambatan sik jauh rumah achoi..Bila kenak, ngelepar aaon...Ada sekali nya ngepong kamek orang lari lintang pukang.Bila melimpas kain jemoran apek kelab, sempat juak misak baju singlet apek makey dawey lastik...Kuyak rabak jak baju apek..

JB said... @ February 17, 2009 at 9:37 AM

Kenak buah ruk maseh dapat bertahan, tapi kenak lastik pakei batu / timah ya sik tahan. Duak egek bullet toklah yang menyebabkan A'on Phobia pada waktu ya. Pernah A'on tok sik maok masok ke jalan ungu, kelabu, ijo kerana takut dilastik oleh nembiak los. A'on cuma nunggu di Machinda Club ajak dan berpusin di simpang rumah dak nanny hatta. Waktulah ya lah kita kesian ndiat dak mak-mak nembiak los terpaksa jalan kaki dari machinda kelab ke rumah masin-masin. Masih ingat kamek, bini pak Axxx terkidit-kidit ngembak beg plastik berisik keropok dan sayur belah tangan kanannya dan bakul plastik berisik ikan di tangan kirinya. Lelah jak rupa urang tua ya.

nembiak Los said... @ February 17, 2009 at 10:17 AM
This comment has been removed by the author.
nembiak Los said... @ February 17, 2009 at 10:21 AM

Ingat kitak orang gear lever Aon dibalut ngan kain rona puteh, tapi jadi betekang bila kenak tangan kurap nya. Aon tok ajak dapat nyuroh Nembiak Los bersurei dari tanggak kelab bila nya nok masok. Takut dipigang nya ngan tangan nok kurap ya.....

JB said... @ February 17, 2009 at 10:28 AM

Sensitip ya hab, kelak dak nembiak los pompuan sik lalu makan nengar cerita ya. Masih terbayang-bayang di mata daknya cam ne bentuk map dan tangan A'on.

Kamal said... @ February 18, 2009 at 1:55 PM

Aku udah kenak lastik oleh leslie carrol ngan batu. Nasib bait kenak dada, sempat aku pulang ngambik timah, lepas ya seminggu Leslie sik nampak takut kenak intei aku ngan timah.

Hab, nok nama peletop tok mun nak makei buah misi ya, mesti maok ngam size nya. Mun sik pecah peletop ya. Nok nama buah misi tok kick nya lebih kuat dari kertas.
Ada lagik sigek, akar pokok morning glory ya nang hebat pakei melastik. Aku udah kena kubit oleh kakak RM nok nama Now, pasal main benda tok. Aku sik berap ingat cam ney cerita ya.

JB said... @ February 20, 2009 at 8:40 AM

Kamal,

Sik ada hal ya, kelak kita nyuruh lan tok cerita dengan now, abis kita semua dikubitnya kelak..

nembiak Los said... @ February 23, 2009 at 7:15 PM

Aok Mal/Jamel. Kelak RM dirik kenak kubit kakaknya.....

JB said... @ February 23, 2009 at 7:31 PM

Bagus kita betapok ajak dolok.. ready jak peletop.. ndiatnya berjalan kita tembak ajak. Lepas ya padah jak lan yang nyuruh.

nembiak Los said... @ February 28, 2009 at 6:52 PM

Eh Mel. Lamak gilak kita betapok tek. Lan pun sik muncol. Jangan jangan Lan kenak marah Berahim, lekak nya berkubit ngan kakaknya tek.

Mel. Sine kau tinggal kinek tok? Sapa tinggal dirumah dak Usu diLuak?

Post a Comment

Terima kasih, komen anda akan disiarkan kemudian.

 
Powered By Blogger