Published by JB under on 2/20/2009 10:07:00 AM

Bimbingan KERJAYA Siri I (22 Feb 2009) & II (15 Mac 2009)

Cerita lanjut boleh dilayari dari ... http://persatuanmelayumiri-pmm.blogspot.com/2009/02/ke-mana-arah-kita.html

Anak-anak warga los masih sekolah (Tingkatan 4/SPM/STPM) lepasan sekolah (SPM/STPM/IPTA/IPTS), yang masih lagi tercari-cari peluang untuk melanjutkan pendidikan dan perkerjaan adalah dijemput hadir. Maklumat lanjut hubungi PUAN RAHIMAH: (tel: 085-431394)

Warga Nembiak Los,

Kalau ada anak di tingkatan 4, 5, 6 atau yang masih menunggu keputusan spm, stpm atau yang telah lepas spm, stpm atau yang masih sik bekerja tapi berminat untuk belajar adalah dijemput datang ke Pustaka Negeri Sarawak di Miri, pada 22 Februari 2009, ari ahad tok. Bayaran kemasukan hanya RM10 ajak.

Dalam sesi ya, pelajar tadik akan diberi taklimat apa yang perlu dipolahnya selepas menerimak keputusan SPM dan STPM. Speakernya ialah Encik Mukhali Uhi (Guru Kaunselor dari SMK Luak). selepas ya, kita juak diberi taklimat oleh Encik Rosli Lompoh (Rosli tok bekerja dengan Shell dan berkaitan rapat dengan temuduga dan sebagainya).

Kalau nembiak sik maok, mak bapaknya boleh datang. sik apa maklumat tok amat berguna untuk nembiak kita.

Siri II akan menyusul pada 15 Mac 2009 di Pustaka Miri. Siri ke II tok lebih kepada membantu pelajar cara-cara memilih kursus dan mengisi borang kemasukan ke IPTA/ITPS. PMM dan LAKMM akan membawa dak profesional dan menjemput pakar dalam bidang masing-masing bagi membantu nembiak Melayu terutamanya di Miri. Kemasukan adalah PERCUMA, PERCUMA.

PECOMA (kata dak Muss, Dancy)

Sila maklumkan juak dengan anak-anak jiran kira, suku-sakat kita, kawan-kawan anak kita termasuk mak bapak daknya.

RUGI kalau kita sik ambik peluang tok.. kerana urang lain udah jauh ke depan ngepong peluang, sedangkan kita masih lagik mauk beseruk dan bekad jemputan.

Jadilah Melayu "MINDA BERWAWASAN KESINAMBUNGAN BANGSA MELAYU" (tema perayaan Sambutan Ulang Tahun Ke-50, Persatuan Melayu Miri).

5 comments:

Kamal said... @ February 18, 2009 at 1:39 PM

Bila tok Mel?

JB said... @ February 20, 2009 at 9:06 AM

Kepada semua nembiak di Miri,

Rebut peluang tok, kalau kita sik sensitip dengan perkembangan semasa susah kita pada masa akan datang kerana peluang-peluang yang ada telah diisi oleh urang lain.

Kita mesti udah sedar bahawa zaman telah berubah, maklumat berubah dan segala-galanya udah berubah.

Cuba ambik ikhtibar dan keinsafan dari cerita dan pengalaman nembiak los, kerana jaik-jaik nembiak los boleh dikatakan rame yang telah berjaya; jadi pensyarah, jadi cekgu, kerja off shore, dah jadi artis antarabangsapun ada.

Nembiak los dolok marek sik ada apa-apa kemudahan dan teknologi. Yang ada TV (kongsi dengan jiran), wayang di padang dan radio. Telefon adalah tapi di kelab, yapun selalu kenak projek.

Tapi..... boleh dikatakan sene-sene mesti ada nembiak los...

Unknown said... @ February 20, 2009 at 3:17 PM

Aok nang benar ya Mel. Kamek Nembiak Los lama dah tauk hal tok.
Kita selalu nengar urang nyebut zaman maklumat, IT and macam2 lagik. Zaman kinek tok maklumat nang jadi harta kita. Sapa yang banyak migang maklumat, nyalah yang paling kaya. Maklumat tok ilmu. Banyak cerita hal urang berduit tapi sik berjaya dalam idup daknya. Ada duit & harta bertimbun pas ya bangkrap. Tapi sik pernah kita nengar urang nok berilmu, berpemandei jadi macam ya. Banyak lagiklah cerita hal kemahiran mencarik maklumat tok. So tepok dada, bukak minda......

Kamek dolok mun nak ncarik maklumat, pegi ajak belakang kelab.

nembiak Los said... @ February 20, 2009 at 5:27 PM

Jamel,

Terimak kasih ngan maklumat tok. Salam

Dancy said... @ February 25, 2009 at 5:02 PM

Jamel.....masa dah terimak kelak ....jangan lupak ngambik apa apa yg nak diberik nembiak los
sebab nya dah madah...masa terimak ...nya akan kasih.....

Post a Comment

Terima kasih, komen anda akan disiarkan kemudian.

 
Powered By Blogger