Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 3...)

Published by JB under on 2/09/2009 05:01:00 PM



Machinda Club???... dari Ingatan Nembiak Los

Ada di antara kita udah lupak bagaimanakah keadaannya Machinda Club. Dari ingatan aku masuk ajak pintu Machinda, sebelah kiri tempat permainan snooker (Tumbok bola) kata urang-urang tua. Sebelah kanannya, tempat apek jual segala keropok, gula batu, aik lemenet dan sebagainya. Sebelah tempat apek jual, ada bilit tempat salon wak Jonmani. Sebelah bilit salon tok ada bilit lagik selalu berkunci… lepas ya aku dah sik ingat …….

nembiak Los said...

Apabila kita masuk pintu kelab, kita terus tertanggar ke belakang. Kita nampak dua pintu, nok sebelah kanan tempat Apek bermasak (Nonyah sik pernah aku nangar nya masak! ingat ndak kitakorang?). Pas ya ada sigek gik pintu belakang nuju ke bilek tidor apek!

Sigek gik pintu kiri tempat apek molah Rojak / Tauhu. Apabila kita pusing ke kiri lagi sikit, kita nangar pintu ke toilet / shower tapi selalu berkunci (tempat apek nyimpan / nginang Labi-labi). Kak ya ada bilit, berkunci juak, dah ya baru kita meliat bilek tempat main bola. (Apabila Pak Bakar / Pak Bol matshah jaga kelab ya kamek selalu main kenen disia!). Masa Apek kelab jaga, urang tua tua ajak boleh main axxx sia.

Udah kita meliat sebelah kiri tek, kita pusing ke kanan meliat Bar kelab ya. Di dalam bar ya ada bilek kecik.(di bilek ya lah Apek terlantar sakit selepas tersungkur ditarik kakinya oleh Nan Tompel - cerita Keria lai tek).

Di belakang bilek ya lah tempat seorang Jawa yang terkenal di Los masa dolok. Orang tua ya lah yang pernah memulae-mulae semua palak orang lelaki Los, baik tua atau nembiak. Ya lah lagenda Wak Jemani tukang guntin namanya.Sigek lagi bilek disebelah salon Wak iaitu bilek yang banyak nyimpan rahsia orang laki bini masa ya.

Bilek ya tempat sidak main chut. Pernah aku ter jumpa dua bini sidaknya ngamok datang ke sia. Bini ne sik manas kalau lakinya tiap tiap hari 6 & hari minggu, main chut dari pagi bertemu ke pagi!!!!

Last sekali bilik belakang adalah public toilet.

Berbalik kita ke Bar tek. Belah kirinya ada talipon coin box. Coin box ya lah sumber duit sen pakae meli rokok batang ngan apek gik!. Caranya, geng lain bergendang mukul meja supaya sik kedengaran bunyi duit gugok semasa sorang geng molah operasi!.

Di belakang tempat talipon ada ice box. Kak ya ada show case di dinding. Sebelah kiri show case tempat apek nyimpan liquor dan sebelah kanan tempat nyimpan rokok. Rokok yang paling tepi penjan yalah paling sik selamat!!Selalu ndak kitak orang terdengar apabila orang order minuman beer ngan nyonyah? Nyonyah selalu tanya balit. "Lu mau itu KisiBug (Carlsberg!) atau Anker?". Dolok selalu juak Nembiak Los ngacho nyonyah. Bila boring boring, berludah ke lantai. Yalah bila nyonyah tau lalu dikepung nya ngan penyapu! "Itu olang memang Kuat Sakit"......itu memang anak.....punya keleja............. Posted by nembiak Los at 11:07 PM

Bila kita sampae di kelab, basikal selalunya di sandar kat tanggak atau di dindin kelab atau di sandar ke tiang bendera! Tengah tengah depan main door sik dapat parking sebab ada motosikal Axxx, motosikal Bxxxx, Rxxxx dan geng sidak nya dah parking sia sejak pukul 4:30 PM (lepas pulang kerja! - tok hari biasa tok. Kalau hari 6 & hari minggu memang keliling kelab!). Tau tau lah kitak orang apa kerja sidak ya lam kelab ya. Kita Nembiak Los biasalah, lepak kat tanggak ajak. Kalau Su'ut dah terimak gaji baru dudok rah meja.

bersambung...

50 comments:

Dancy Rahimah Poli said... @ February 9, 2009 at 5:19 PM

Di mata mata kamek ...muka dak nembiak Los duduk sia ..........nunggu masa strike ngacho apek ngan nyonyah .

Mun kmk dolk...mun nak ke kelab meli barang ...nunggu tanggak ya clear lok ...

di tanggak ya juak kamek nunggu van ngembak ke klinik lutong ...jumpa misi ros

Redy A. said... @ February 9, 2009 at 9:38 PM

Yg paling terang d ingatan kamek, ialah bla time main bola ngn time ngr wyang free ramei org d Kelab tok.

Sama juak ngn Dancy, ctok lah kamek nunggu van nak ngtr kamek gi klnik lutong.pempuan nembiak los sik da aktiviti glak d machinda tok.kerana byk glak penyakat d cya, sik berani masuk......

Kamal said... @ February 9, 2009 at 10:18 PM

OOOOOOOOOOO Tedah. Pilu ati nanggar tempat tok. Macam rasa nanggar cerita Peter Pan bila dah besar balit ke Never Neverland. Captain Hook (Apek kelab) dah sik ada. Nyonyah jadi Boyak.....
Thanks Jamel, mun sidak lain ada gambar nok clear lagik tolong email ngan Jamel.

JB said... @ February 10, 2009 at 8:47 AM

dr_poli & Redy A.,

Memang benar, tanggak Machinda club toklah 1st class seat bagi peminat bola sepak. Setiap kali ada tournament mesti tanggak tok full house. Selain daripada ya, salon wak Jonmani juak menjadi sasaran bagi golongan dak bapak kerana di sia ada kipas angin.

Kamal,

Machinda club tok meninggalkan 1001 kenangan bagi nembiak los. Zaman tok sik kita jumpa sebuah kelab yang serba sederhana tetapi mempunyai banyak fungsi. Dalam keadaan pada waktu ya, kita rasa udah cukup untuk memenuhi keperluan nembiak los baitnya veteran, remaja dan kecik.

mussjulai said... @ February 10, 2009 at 8:50 AM

mal,semua gambar club aku rasa di embak apek mati kali...Aku coba nyuroh dak dukun encarik nya,jangan ko takut...coma takut gan tuhan ajak..mun yot iboh ko takut...ne dak biak los lain o...kali sidak ya banyak jimpan gambar los marek.

JB said... @ February 10, 2009 at 9:11 AM

nembiak los semua,

Cuba ingat tiang bendera tok, mula-mula tiang bendera tok ada tali. Kamek masih ingat sebelum tali dipotong oleh apek, beberapa kali seluar apek dan nyonyah menjadi bendera. Pernah sekali sewaktu mauk ke klenek, nunggu van di tanggak machinda club, apek meradang kerana baju T putihnya tergantung di tiang bendera. apa katanya?

"Sapa ini bikin kilija? Cilaka punya anak. Abit baju, seluat gantong ini tiang bendela".

Ibu-ibu yang menunggu pada waktu ya cuma tersenyum saja.

Dancy said... @ February 10, 2009 at 12:28 PM

Ya benar JB ? Tanyak Moss.....misti ini anak punye kilija ....

JB said... @ February 10, 2009 at 1:34 PM

Mussjulai,

Kamek rasa awal udah apek napok gambar machinda club dan olah-olah nembiak los pada waktu ya. Kalau nembiak los jumpa kinek tok, abis semuanya discan pakei molah blog. Yang jelasnya meskipun gambar sik ada tapi otak nembiak los memang solid, masih fresh lagik boleh ngingat cerita-cerita 20 tahun yang lepas. Tabik...lah...

Kamal said... @ February 10, 2009 at 2:00 PM

Mel, bila nanggar tiang bendera tok aku sik terkenang seloar pelarut biru ngan baju swan apek. Tapi aku teringat ngan motosikal nok selalu parking kat sia. Ada helmet kurak2 tergantong kat handlenya. Dalam helmet ya penoh jak aik kemeh.

Aku sik tauk bila masa gambar tok diambik, mungkin awal 80an, sebab masa ya nembiak los dah banyak pindah. Mun pertengahan 70an, gerenti penoh basikal parking kat sia.
Muss, yalah nok nama utak bagus, nang sentiasa fresh. Rahsia kamek, sebab kamek hari2 makan manok fresh nok diburu kamek dalam utan. Dalam utan depan jalan bintang nang banyak manok separoh liar.

Nancy, bukan aku nak medo Moss, buaknnya empun kelija. Nya dolok best friend apek kelab, samei kinek tok nya masih ngabas pendam apek.

JB said... @ February 10, 2009 at 3:15 PM

Mal,

Cerita helmet kurak-kurak tok klasik gilak, camne ndak rupa mukanya apabila tauk helmet ya kenak kemeh.

RM said... @ February 10, 2009 at 9:44 PM

JB.. kelab ya banyak fungsinya .Sia lah kasino,sialah panggong,kantin,saloon,tempat nunggu Van ke klinik,tempat sidak bapak2 parti dan kalau dikira manhours urang yang paling banyak masanya di kelab selain apek kelab sekeluarga kmk kira jatuh pada ROBXXT.Nya dikelab dari kol 9 pg sapei kelab tutup.

JB said... @ February 10, 2009 at 10:21 PM

RM,

Memang kelab ya banyak fungsi. Aku masih ingat, pernah aku kenak marah oleh bapak aku kerana ngikot dak (tut, Tut, Tut) main toto. Aku sik main cima ndiat ajak. Sekali ndiat macam jawab kertas soalan matematik ajak. Yang seronoknya apabila masternya musin-musin buah toto. Apabila buah toto keluar (saiznya besar bol pimpong), maka disebutnyalah nombor tadik. Jika nombor disebut sama nombor kita maka kita buat bulatan sehinggalah kita kenak 4 nombor.

Pada masa ya toto bermula jam 8 malam dan abis jam 12.30 tengah malam. Apabila pulang ke ke rumah, percuma kenak kerepak. Molah muka bodoh ajak.

Pads keesokan harinya, kita dan beberapa orang geng, berekot ke belakang kelab. Banyak kertas toto di buat di dalam kotak, Kita ambik dan dijadikan duit untuk main di berik ngan dak perempuan pakei main dango (adik mail dan jaiton, peot, noi, yati daln lain-lain lagik).

JB said... @ February 10, 2009 at 10:38 PM

Nembiak los,

Aku masih ingat lagik camne ada seorang isteri urang los, dari hujung rumah (mungkin rumah dak rediah) nya udah ngerepak kerana lakinya sik balit-balit ke rumah, leka duduk di kelab ajak. Sambil melimpas depan rumah kamek, isteri ya tadik nyanyak dengan kamek orang (yang tengah duduk tepi parit los bujang dengan beberapa orang kawan) ada ndiat lakinya atau sik ada. Sebelah tangannya pegang parang bengkok. Kames semua jawab sik ada, sedangkan motorsikalnya ada di club.

Isteri tersebut beredar ke club sambil terkiak kaong nyuruh lakinya keluar. Camne pun lakinya sik juak keluar-keluar. Dengan serta merta ditukuknya lampu motorsikal dengan parang bengkok. Abis berderei lampu, kemudian lampu oren (signal). Akhirnya lakinya keluar dan terus balit. Dalam masa balit ya, memang teroklah lakinya kenak tocer, kenak sumpah dan macam-macam lagik.

Kalau ada P. Ramlee pada masa ya, udah pasti dipolahnya filem "Masam-Masam Manis".

Kamal said... @ February 10, 2009 at 11:40 PM

Mel, siknya tauk. Sebab selalu bila nya pulang dah bergelen aik kemeh syaitan diminumnya. Mun lagik aik kemeh manusia sik ada apa2 ngannya.
Nok crita laki bini berlelaie di kelab tok nang banya, sayang masa ya sik ada video cam. Filem masam2 manis dah ada. Mungkinnya molah crita "Isteri Jadian"... macam crita werewolf.

JB said... @ February 11, 2009 at 7:31 AM

Kamal,

Bagus juak tajuk ya, kenak tanyak dengan producer Dolt, mungkin skripnya tengah dipolah oleh wahab. Muss juak lom lagi berik respon, mungkin tengah ngisi borang mendapat permit dari apek kelab di pemdam.

Dancy said... @ February 11, 2009 at 7:36 AM

Mungkin gambar tok diambik sebelah pagi . Semua dak nembiak los gago ngan aktivti masa ya . Mun petang / tenghahari terlalu banyak yg enter frame . Ada ajak lah jari " peace " keluar .

Salammmmmmm

JB said... @ February 11, 2009 at 8:50 AM

Dancy,

Sebenarnya ada cerita disebalik gambar tok. Kelaklah dudi-dudi aku ceritakannya. Kalau ada dak nembiak los, udah pastilah ada gamabar daknya mukak baju. Bukan ajak Faizal Tahir (meniru gaya nembiak los), nembiak los dolok-dolok suka bergambar sambil mukak baju selain jari peace, kalau boleh jari kaki pun boleh peace.

JB said... @ February 11, 2009 at 8:59 AM

RM,

Selain daripada fungsi machinda club seperti yang kita sebut-sebut, machinda club tok adalah merupakan tempat perhentian bas yang paling popular di kalangan ibu-ibu nembiak los. Udah tentu, A'on lah pemandu yang paling popular di samping ada seorang pemandu baru (agak gemok). Pernah bas A'on tok kenak pancit tayarnya oleh dak nembiak los sewaktu paking depan kelab. Waktu ya A'on tengah pergi kemeh selepas menurunkan penumpang, beberapa orang nembiak los (dirahsiakan identiti) berekot ke tepi parit lalu micit tempat angin tayar bas. Apabila udah selesai, A'onpun masuk dan start basnya dan jalan terus tanpa tauk yang tayarnya pancit.

Selain daripada ya, nembiak los memang sengaja, setiap kali ada bas, kereta dan dan nembiak pompuan los berbasikal sengaja di tendah kuat-kuat supaya kenak daknya. Lepasnya mintak maaf (taktik kuno zaman ya).

Dolt Udin said... @ February 11, 2009 at 11:22 PM

Adoh, sorry mel.Siklah sempat aku nak komen tok>Aku lom mandik agik, jam dah kol 11 malam..Esok kja pagi agik...bah esok siang jak aku komen dari opis..Selamat malam.....Magandang Gabi parey2 semua...

aminah taha said... @ February 12, 2009 at 1:07 PM

ooo tedah, jaik ati ku nangga gambar kelab tok. terkenang masa dolu dolu...

mussjulai said... @ February 12, 2009 at 7:46 PM

Yarabei,sitok padu kau...ngelepar aku encarik kau di blog sidak lain,Payah nyuroh DOL nenong lam aik ais encarik kau nah...Apakabar kau tek,mesti jawap nya gago jak kau,kan,kan.he.he.he.Oi sidak nembiak los,nya tok mun jumpa gan aku sik da lain,nok mintak tukar tel jak2 nya tok..jangan2 ya mudah di rebus nya tok tel nok di berik aku ya!Pelente ajak bah nah,iboh ko marah gan aku,bukan ko sik tauk gan aku.he.he.he.Nah,ko tok lah paling sexy di kalangan nembiak los marek...mun minah tunggit jauh setanjong oleh kau ya,paling kuat pelente...Nasib bait kamek masa ya sik meruan nangar kau sexy gilak,leka takut gan antu gulin,maseh ko ingat gan cerita antu gulia nah? Cepat jawab nah Oiiiii!

JB said... @ February 12, 2009 at 7:53 PM

Mos,

susah-susah berik ajak walkie talkie saknya the ober-ober macam cerita combat. kalau nya masih mintak tukat, berik ajak telipon tin susu.

mussjulai said... @ February 12, 2009 at 8:09 PM

Ha.ha.ha benar katakau ya,tang pelek minah tokngejut2 ajak nya tok muncol lam blog tok,Apa kehe nah,baruk bangun tidor kah? Gembira nya kamek semua nangar ko muncol lam blog tok eh,Sekurang2 nya ada juak team pelente,mcan team main bol eh,sik gia nah!

RM said... @ February 12, 2009 at 9:50 PM

JB.. teruk teruk A'on sik ada rasa2nya nembiak los berani nyakatnya terang2an,sebab maok sik maok,suka sik suka ialah satu2nya transport kita,mun sik mauk makei sikal ataupun jalan kaki ke pasar.

JB said... @ February 12, 2009 at 10:03 PM

RM,

Memang benar, nembiak los cukup menyampah ndiat muka A'on tok, sebab yalah basnya selalu disabotaj oleh nembiak los. Tayarnya dipancit, dicucok paku, kalaunya melimpas belakang tiang gol, memang cun tendangan nembiak los, biar sik gol asalkan dapat nengar berdegap bol ya ngenak bas. A'on buat sik tauk ajak. Kadang-kadang udahnya sakit ati, apabila bol ya masuk dibah bas memang dilanyaknya ajak sampei pecah.

Lagikpun sikap sik bagus A'on tok, nya suka ninggal urang terutama di kalangan mak-mak nembiak los. Kalaunya nurun sama juak, sik berenti benar, pernah kamek ndiatnya nurun urang di depan rumah kamek nya sik berenti benar-benar sehingga urang tua tergugok dalam parit. Kamek uranglah yang ngankatnya.

Sebab ya setiap kali nya melimpas, nembiak los suka neriaknya A'ON KURAP!!!!!!

JB said... @ February 12, 2009 at 10:26 PM

Nembiak los,

Makluman semua, sik lamak agik di sebelah bangunan Persatuan Melayu Miri akan dibukan stall makanan ala kampung stail oleh sorang nembiak los perentah, Anuar Senong namanya. Disitok kelak bolehlah nembiak los lepak..

mussjulai said... @ February 12, 2009 at 11:53 PM

Beliyang ati ku oleh kau tok,pikir ku sebelah bangunan ya kubur a'on tek...baruk abis nyerita kesah a'on kenak teriak lalu merik makluman...krusemangatNo problem asal sik benyamok jak tempat ya.ha.ha.ha.

JB said... @ February 13, 2009 at 8:38 AM

Mos,

Nang beliang ati tek lah, kinek tok A'on tok dah masuk team dak underground (apek kelab, simon teo, a-ho) kata dolt. Pasal nembiak los perentah tok tadik, baru dapat maklumat lalu nyampei ngan kitak urang, sekurang-kurangnya kita tok sentiasa update apa yang berlaku di sekitar kawasan los dolok marek.

Lan, ada madah yang bas A'on toklah satu-satunya transport yang ada pada masa ya. Di kalangan nembiak los pun ada transport masing-masing, kalau basikal pompuan (basikal tok sik ada palang) nembiak los boleh numpang duduk atas handlenya. Kalau basikal lelaki & gentleman (macan basikal nenek dolt ada palang) kita duduk kat palangnya. Kalau basikal chopper (spopiah abang ada basikal tok) kita bloeh numpang duduk di belakang sebab ada dua seat. Kalau basikal skrambler/ belalang (nembiak los suka modifait basikal) sik tau sene nak duduk, cama makeinya macam makei Harley Davidson.

Waktu ya ne ada bmx, yang kita tauk cuma ada bmx roda tiga.

JB said... @ February 13, 2009 at 8:49 AM

RM,

Apabila bercerita pasal sorang nembiak los yang menjadi kastemer setia machinda club si ROBxxT namanya, aku ada terbaca di paper; di mana di negara Jepun kinek tok ada dicipta patung seperti cerita anime yang berfungsi sebagai penyambut tetamu dan lain-lain agik termasuklah berlagupun ada. Patung tok digunakan di pejabat, pusat karaoke atau tempat permainan kanak-kanak. Kamek rasa daknya tok ngambik DNA si ROBxxT tok untuk tujuan klon. Sebab yalah patung tok disebut sebagei ROBOT, dan ilmu atau kajian yang berkaitan dipanggil sebagei ROBOTIC. Kinek tok dak sabah tea puan ada mengadaptasikan nama tok sebagei ROIBOS tea, sampei kejadian curi-mencuripun di rujuk sebagei ROBBERY. Di kalangan urang Melayu pun ada istilah yang merujuk kepada nembiak tok, ROBEK (koyak).

JB said... @ February 13, 2009 at 9:01 AM

Aminah Taha,

Kitak tok sentiasa ajak jaik ati, kalau urang tua-tua dolok-dolok marek kalau daknya madah JAIK ATI KAU, bermakna sik baguslah ya (cemburu, bengkeng dan lain-lain). Kalau pasangan sejoli (apek dan nyonyah kamek tik tauk, kenak refer dengan dolt) kalau salah seorang madah JAIK ATI, bermakna nya berkecik hati dan mintak dipujuk. Kalau nembiak kecik madah JAIT ATI bermakna nya tok kedekut sik maok kongsi kacang goreng, gulalet, kacang potet, ais krem, ais kompal dan lain-lain. Kalau di kalangan sama member JAIK ATI tok boleh menyebabkan berbukut sesama sendiri... tapi pada masa tok JAIK ATI bermaksud perasaan hiba, pilu, sentimental kerana pengalaman, peristiwa dan cerita-cerita suka duka semasa berkampung di los cermin dolok hanya kembali setelah kita masing-masing berpindah / berpisah dari tempat ya, ngembak dirik masin-masin dengan keluarga semua menjadi catatan indah di dalam memory nembiak los.

Dolt Udin said... @ February 14, 2009 at 10:20 PM

Jamel,

Mun ada gambar tanggak kelab agik bagus.Kenangan aku kenak swing anak apek kelab makey parang panjang masa kelaie ngan nya dolok...Nasib sik kenak aku..mas ya terkenak segek dari pada anak tanggak ya...macam lepak 'V' di sia...tapi malam ya juak nya kenak pukol geng makey pipe jamban sampey keluar nasik dari mulutnya...

JB said... @ February 15, 2009 at 8:36 AM

Dolt,

Gambar tanggak tok sik ada, sejarah tanggak tok banyak, kalau kitak kenak serang anak apek pakei parang, bo'an adik Keria Lai juak pernah nyerang apek pakei parang kerana apek burunya dari kelab.

mussjulai said... @ February 15, 2009 at 8:55 AM

Auk benar kata kau ya nah,sik dapat gik ku explain disitok kerna dah di explain oleh kau semua tek,sik merik peluang gan aku explain sikit abis di sapu nya semua nok cerita jaik ati ya tek...Mun minah explain jaik ati,mun aku Ooo tedah pun dekat nak sama gan jaik ati..Ooo tedah tok mcam kita rasa simpati,misal kata Dol disuing anak apek gan parang bengkok,mun nya kenak masa ya,tentu kita madah Ooo tedah dol kenak suing anak apek dan sigek gik,Ooo tedah jauh minah pindah,dilutong.Atau Ooo tedah apek kelap ya seloar pelarut nya di gantong Dol atas tiang bendera eh!Mcam ya lah reti tek nak gia minah?
Apa kabar kau tek,sehat kah,mudahan sehat,Aminnnnn.Aku masa tok dah kerja di bukit song jaga alat komunikasi RTM,seperti radio TV1,TV2 dll.Guro pelente kita lam blog tok jangan ko ambik ati k,bukan ko sik tauk gan aku,he.he.he.Ooo tedah jaik ati!

JB said... @ February 15, 2009 at 1:03 PM

Mos,

Perkataan 'Ooo tedah tok', memang unik. bahasa tok cuma digunakan secara meluas di sarawak bagi menggambarkan perasaan simpati, bait ati dan sebagainya. bahasa to bahasa lembut menyatakan perasaan seseorang terhapat satu-satu peristiwa yang udah berlaku.

Lain halnya di Melaka, sewaktu belajar dolok molah praktikal di Melaka.. apabila orang kampung berjumpa dengan kita perkataan yang mula-mula disebut dak nya ialah; 'Celaka kau!! bila sampai.' Kitapun terkejut, ne kan kita kenak sumpah dolok baru disambut masuk ke rumah. Sumpah seranah tok memang menjadi buah mulut daknya menyatakan perasaan gembira. Di Penang sama juak..

RM said... @ February 15, 2009 at 7:26 PM

JB..jauh gilak contoh dipakei ktk tentang sapaan kasar ya.Sidak ranto laut,simunjan,Pusa,sepaoh dll. bila jumpa org yang dikenalnya, salamnya macam2.Contoh;Kekmak kau,Butoh bapak kau,lubang perut kau,bila kau dtg?kakya baruknya besalam nunjuk kemesraan sidak.

JB said... @ February 15, 2009 at 7:55 PM

RM,

Terimak kasih kerana memberik contoh-contoh di sarawak.. Kesah kamek orang di Melaka memang menggelikan hati. Ada di kalangan nembiak sarawak dan sabah terkebil-kebil bigik mata apabila kenak sumpah cam ya. Tapi contoh yang diberik di Sarawak ya lagik %$#@&.

nembiak Los said... @ February 17, 2009 at 12:05 AM

Apek kelab bila jumpa aku, nya senang ati.

Aiyaaa Wahab, lama titak jumpa lu (maka ari marek baru jumpa), kalau saya tengok lu, saya sinang hati lah Wahap.....lu saja budak sini manyak mamut....cilaka itu Kamal sama Temon, selalu buang saya punya basikal.....I lob u la wahab....

Dolt Udin said... @ February 17, 2009 at 8:57 AM

Jam, atau wak jam(Jamil)

Tiang bendera lam gambar ya memang cun kenak gambar tok...Kau tauk? Dari tiang tok lah Awang itam ngolek lampu kaler petanr posa bila dah dekat nak raya..Kakya di pasang rumah daknya di jln ungu..Esok lusak tepaksa dak komiti kelab ngoder baru.Tapi di kebas awang lagik.Sampey lejuk daknya masang lagik..Mun aku sik ku nekik tiang.Aku seronok main target makey lastik.Pakey ngetes power aku..tinggal palak bulb ajak lampu2 ya...

Mos ada segek seloar spender nyonyah di simpan aku.Mun sapa maok minjam pakey muang jerawat.Pakey muang demam panas boleh juak selain pakey numboh rambut.

JB said... @ February 17, 2009 at 9:22 AM

Terimak kasih dolt, nampak gayanya tiang bendera tok akan ku list kan dalam senarai-senarainya di atan kelak

JB said... @ February 17, 2009 at 10:41 AM

Hab,

Kamal ngan temon tok sebenarnya buah ati kepada apek... Kalau sik ada kamal and temon, sunyek apek. Ndiat ajak layak kamal ngan temon, udah pastilah apek dan nonyah sedia strategi masing-masing "Sun Tzu The Art of War" katakan...

nembiak Los said... @ February 21, 2009 at 9:51 AM

Mel,

Benar ya. Kurang kurang dak apek ngan nyonyah exercise utak dak nya.

nembiak Los said... @ February 21, 2009 at 9:55 AM

Tanggak Los Bujang ninggal Pak Onong pun tempat lepak juak. Ada papan, saiz papan tungang tunggit dekat ayun disebelah, dilintang nya diatas tanggak, biar senang nya ngohet basikal gentleman nya terus keatas atau senang turun juak.

RM said... @ February 21, 2009 at 6:44 PM

Hab,papan 2x8 rah tangga arwah AMCO ya lekak papan jematan kat rumah Achoi.Nya nangkat kayu ya masa urang meruboh jematan kayu nukar pegi konkrit.

JB said... @ February 21, 2009 at 11:11 PM

Lan,

Lamak sik nengar, outstationkah?.. Kuat juak arwah AMCO tok.. selain daripada ya nembiak kecik los suka main gelonsor dekat los bujang. Kadang-kadang kenak suran apabila upeh pinang udah aus...

JB said... @ February 21, 2009 at 11:14 PM

Hab,

Kayu tunggang tunggit tok memang tahan kerana nya dari jenis belian, sitok sia jak kayu tok di embak.. Memang multipurpose lah papan tok. Kalaunya dapat terbang, apek kelab dolok napoknya.

RM said... @ February 22, 2009 at 2:12 PM

JB..ada di Miri tapi gago sikit.Papan tunggang tunggit ia nang multipurpose.Kalau jalan masuk ke kot batminton takung air kayu ia lah jadi jematan.Pakei Awang xxxx nyumpit biawak apek kayu ia disandar kedindin tapi kayu ia sik pandei jauh2 cuma sikit lagi nya nak di potong alem kei molah meriam tanah tapi sik jadi.

JB said... @ February 22, 2009 at 4:17 PM

Yang bestnya apabila ari ujan, tempat tunggang-tunggit akan dipenohi oleh aik. Disialah kita suka main. Ramei-rameilah kita berdiri di atasnya dan bergerak ke sebelah. Apabila turun ke dibah maka melancitlah aik ya. Kalau nasib sik bait, kita akan basah. Tempat ayun cam ya juak.

nembiak Los said... @ February 23, 2009 at 7:28 PM

RM/JB. Tanah diujung tungang tungit jadi dalam bila selalu gilak dienjut enjut dalam air. Sama juak ngan ayun ya. Ayun ya jadi macam tinggi bila belubang dibahnya.
Ada juak aktibiti kamek main ayun masa ya....Ayun kuat kuat, kak ya terjun masa ayun kedepan. Sapa jauh nya menang. Kamek duak Ijas, abang minah, selalu champion main ya.

JB said... @ February 23, 2009 at 7:34 PM

Belom lagik nok telanjor mombok.. silap ayun, ayun di tarit member udah tedudok. Kes tok selalu berlaku apabila nembiak los mukak nutnya.

nembiak Los said... @ February 28, 2009 at 7:00 PM

Aok Mel, ya nang biasa juak. Tapi main ayun tok, ngekot mood juak. Kalau sik cun mood, pandei rasa mabok rasa. Rawan rasa. Angol ada juak, kadang kadang termutah mutah. Kalau lamak sik berayun pun cam ya juak......

Post a Comment

Terima kasih, komen anda akan disiarkan kemudian.

 
Powered By Blogger