2009 melangkah pergi, 2010 akan tiba...

Published by JB under on 11/30/2009 11:51:00 AM
Hari ini dah 30 November 2009, tinggal sebulan lagik kita nak melangkah ke tahun 2010. Nampaknya hari berganti bulan kemudian berganti tahun tanpa kita rasa. Yang dapat kita rasa hanyalah memangkah kalendar. Kalau di opis catat atas almanak dan diari tugas harian.

Yang dapat kita rasakan, dolok marek kita berenang dalam parit depan los bujang rumah Pak Onong, ngail ikan puyu dalam parit rah padang Machinda. Turun dan balit jalan kaki ke sekolah Syed Othman limpas rumah dak Kamal, Noraini Rajiee. Beli ais kumpal kedei surong mak Moss, main bol di padang Machinda. Melastik asuk apek dan lain-lainnya masih segar dalam ingatan.

Senyum juak dibuatnya apabila teringat masa-masa di sekolah menengah. Banyak kisahnya... jadi atelit sekolah, jadi ketua pelajar dan banyak lagik. Antaranya di sitok juaklah aku berjumpa dengan .. yang akhirnya menjadi isteriku sekarang. Kisah dukanya apabila rakan sekelas yang merupakan rakan dari darjah 1 hingga tingkatan 3 meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di simpang jalan besar menuju ke SMKDP. Rakan-rakan sekelas dari Melaya balit ke Semenanjung mengikut orang tua bertugas di sana dan kita menamatkan tingkatan 5.

Kolej Tun Datu Taunku Haji Bujang Miri (1984-1985). Di sitok juak ada ceritanya tersendiri. Upper Six Art I (USAI)memang terkenal dengan nakalnya tapi ramai juak yang dapat masok 'U' termasoklah aku sendiri. Sama juak dari sukan, kelab drama, talentime sehinggalah rakan meneteskan air mata selepas STPM, bermakna kita telah dewasa dan akan menentukan sama ada kita dapat peluang melanjutkan pelajaran atau melangkah ke alam pekerjaan.

Aku adalah salah seorangnya yang akhirnya mendapat tawaran masok ke UKM. Gembiranya tidak terhingga. Al maklumlah nak masok U zaman ya bagaikan mimpi kerana terpaksa melepasi STPM. Di UKM mengambil masa 4 tahun (sesi 1986/87 - 1990/91). Akhirnya membawa pulang IJazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian).

Tahun 2000, merupakan catatan paling sedih dalam kehidupanku apabila ibu yang banyak memberi teguran, nasihat, semangat dan tak kurang juga menyediakan makanan yang digemari telah kembali ke Rahmatullah setelah sakit selama 1 minggu. AL- FATIHAH buatmu ibu, semoga rohmu dicucuri rahmat dan bersama para kekasih Allah. Sehingga kini meskipun telah hampir 10 tahun meninggalkanku, aku masih dapat dengan jelas membayangkan wajah ibu dan mendengar leterannya supaya aku menjadi seorang anak yang BERJAYA. Terasa sayu di benak hati ini apabila menziarahi pusaranya kerana apa yang ada pada hari ini hanyalah sebuah tanda "batu nisan dan kain putih".

Hari ini, semuanya sudah berubah. Berubah dari segala-galanya. Yang tinggal hanyalah kenangan yang dijadikan catatan sejarah peribadi yang diingat dan diceritakan semula kepada anak-anak. Sedaya upaya dicatatkan dalam blog mengikut kemajuan teknologi, kemudiannya dicatat untuk dijadikan buku buat tatapan generasi akan datang.


'2010'

Apa yang berlaku belum tau lagi... Kita cuma merancang dan perancangan sebenarnya ialah ketentuan ILLAHI, Maha Pencipta dan Maha Mengetahui...

Selamat Menyambut Aidil Adha

Published by JB under on 11/25/2009 08:58:00 PM

Selamat Berjumpa Cikgu.... Setelah 25 Tahun

Published by JB under on 11/16/2009 10:29:00 AM
Agak lamak juak aku op, sik nulis apa-apa catatan dalam blog tok..
Tiba-tiba ajak semangat tok kembali... salah satu faktor penyebabnya ialah... (ceritanya ada di dibah tok)..

25 tahun yang lepas, zaman persekolahan maksudku...

eh, bagus aku tukar jak awal ceritanya... emo gilak bunyinya.

Syukur rasanya kerana kita pada masa tok kerana kita dapat menikmati kemajuan teknologi internet. Aku baruk jak cuba berjinak-jinak dengan FACEBOOK.. mula-mulanya sik berminat gilak tapi ndiat dak anak-anak tok bercerita tentang facebook maka akupun turut juak nak tauk apakah facebook ya? Setelah mencobanya Alhamdulillah setakat tok sebahagian besar yang udah di Add As Friend adalah terdiri daripada bekas anak pelajar SMK Luak (sewaktu aku menjadi guru dolok), rakan di Kamsis F, Rahim Kajai UKM (senior, sama tahun dan junior), anak-anak buah (Muiz, Muim, Anor, Amirul)..
Yang paling bermakna bagi aku ialah bekas cikgu aku dolok.. meskipun sik mengajar aku tapi pernah mengajar di Sekolah Menengah Kerajaan Dato Permaisuri Miri sekitar tahun 1984-86. Guru tok pernah menjadi guru kelas isteriku pada tahun 1985 (kelak aku perkenalkan siapakah orangnya) Ceritanya cam tok.. bagaimana aku boleh berhubung balit dengan cikgu tok?

Mula-mulanya... aku mencarik rakan-rakan seperjuangan yang pernah mendiami Kamsis F Rahim Kajai di UKM antara tahun 1986/87 - 1990/91, sehinggalah bertemu ngan dak junior aku sehinggalah kepada Daing Nazatul Shima Muncul kembali gambaran wajah seorang insan yang bernama NAZERI HARUN. Rasa-rasanya wajah dan nama tok aku masih ingat tapi di sene..?

Maka kuceritakan kepada isteriku berkenaan dengan guru-gurunya sewaktu di Tingkatan 5E di SMKDP dulu.
Salah seorang nama guru yang disebutnya ialah CIKGU NAZERI HARUN, guru kelas yang mengajar mata pelajaran Sejarah. Akupun menyuruhnya mengenalpasti insan ini melalui rakan Facebook dan isteriku memberi maklum balas "BETUL".

Maka ku ajukan soalan kepada insan ini untuk mendapatkan kepastian dan jawapannya...












Maka setelah 25 tahun, aku dan isteriku mengucapkan Selamat Berjumpa kembali Cikgu NAZERI HARUN walaupun hanya di FACEBOOK...

Foto: Sewaktu berpicnic di Taman Selera Miri, 1985
________________________

Nota: Sila rujuk Nazeri Harun, Mengimbas Kenangan Di SMKDP Miri (1984-1986), MENGGAPAI AWAN MERANTAI ANGIN (http://nazerihn.blogspot.com/2009/11/mengimbau-kenangan-di-smkdp-miri-1984.html).
 
Powered By Blogger