Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 4...)

Published by JB under on 2/27/2009 09:17:00 AM
Machinda Club: Fungsi dan aktivitinya... (Siri II)

Siri I yang lepas telah diceritakan pasal Machinda Club dan kawasan sekitarnya yang menjadi tempat lepak, bermain dan sebageinya. Siri II tok adalah cetusan daripada kenangan nembiak los berkenaan dengan pengalaman dan cerita-cerita yang dapat diingat pada waktu ya. Rasanya Banyak lagik pengalaman yang lucu, sedeh dan lain-lain lagi. Sama-samalah kita berkongsi..

maels said...

Apabila bukak ajak kelab nemiaklos gembira kerna ada nok main kenen bola ngan macam2 lagi hal...tetapi bilit bola tok di kontrol sidak senior...kamek tok nilit dari penjan ajak.

Kadang2 kamek nangar sidak senior main bola antu...masing2 sidak nok main tok tadik ngambik nombo kak ya di tapok daknya...udah game baruk di bukak dak nya.Setiap gam apek dapat diut tabong.
Duit tabong tok di masok ke dalam meja di sukut bilit bola kenen tok tadi...apabila apek kelab tok keluar sekejap dari bilit, mun nonyah gago atau sakit...abis lah diut tabong kenak kebas dak nemiaklos...nang sensara juak apek kelab tok...tapi nya banyak sabar.. January 1, 2009 2:50 PM

Dolt Udin said...

Mael, Bukan duit tabong ajak, duit lam talipon pun kenak bedal..Kelab ya dolok macam kasino...Dak bxxxx, Jxxxxx pelandok, entah sapa agik sik ingat aku, nang tiap ari main daun tan..pernah sekali sidak kenak ambush polis masa main judi sampey tengah malam. Sik ada lain, memang miak los marepot masa ya. January 1, 2009 9:13 PM

maels said...

Dolt, Sidak senior ajak boleh main nok macam ya kamek tok nangar dari jauh ajakkkkk sik boleh dekat kelak sik ada heng kata sidak pemain2 ya.aktiviti nok gia di kontrol sidak senior ajak...nama sik boleh di sebut sensitip takut saudara sidak singgah di lamanan tok. salah ari bulan kenak sue kita duak.udah juak kita duak tok nok pencen...jangan sampae pencen di rmh pasong hehehe... game nok dimain sidak ya nama nya main cutttt, daun nok itam pakae kita molah papela belon, kak ya mbak atas basikal medam jak daun ya bepusing... January 2, 2009 1:22 PM

JB said...

Ngenang daun tan jadi propela, teringat balik apabila di kelab ya ada wayang crita kung fu.. Pelakonnya yang popular ialah Ti Lung.. Kamek orang sik lepas peluang dudok depan sekali. Kalu udah penat melungak, gurin ajak. Sebab ya setiap kali ndiat wayang mesti negmbak tikar dari rumah. January 20, 2009 1:46 PM

maels said...

Pada ari cuti kelab bukak dari pagi sampae ke petang.pada ari kerja masa tenghari tutup dari pukol satu sampae pukol empat petang...masa tok nemiaklos memang boring nunggu apek mukak kelab. January 1, 2009 2:50 PM

RM said...

JB.. kelab ya banyak fungsinya .Sia lah kasino,sialah panggong, kantin, saloon, tempat nunggu Van ke klinik, tempat sidak bapak2 parti dan kalau dikira manhours urang yang paling banyak masanya di kelab selain apek kelab sekeluarga kmk kira jatuh pada ROBXXT.Nya dikelab dari kol 9 pg sapei kelab tutup. February 10, 2009 9:44 PM

dr_poli said...

Di mata mata kamek ...muka dak nembiak Los duduk sia ..........nunggu masa strike ngacho apek ngan nyonyah .Mun kmk dolk...mun nak ke kelab meli barang ...nunggu tanggak ya clear lok ...
February 9, 2009 5:19 PM

Redy A. said...

Yg paling terang d ingatan kamek, ialah bla time main bola ngn time ngr wyang free ramei org d Kelab tok.Sama juak ngn Dancy, ctok lah kamek nunggu van nak ngtr kamek gi klnik lutong.pempuan nembiak los sik da aktiviti glak d machinda tok.kerana byk glak penyakat d cya, sik berani masuk...... February 9, 2009 9:38 PM

Published by JB under on 2/25/2009 04:09:00 PM


Tahniah buat Muhd Ariff..

Daripada bapak, mak, kakak Innes dan adik Afip kerana Arip telah menjadi sebahagian warga SM Sains Miri. Jadikanlah peluang keemasan ini untuk mencari ilmu sebanyak mungkin. Sukses selalu.. Go for it...
Ingatlah wahai ANAKKU bahawa:

01
Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02
orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03
Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04
Hai anakku; seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06
Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benartakut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08
Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09
Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, pada hal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11
Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12
Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13
Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14
Makanlah makananmu bersama sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpurap-ura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17
Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah laku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20
Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21
Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22
Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23
Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24
Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25
Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang duniaini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

25 Pesanan Luqmanul Hakim kepada anaknya

Published by JB under on 2/20/2009 10:07:00 AM

Bimbingan KERJAYA Siri I (22 Feb 2009) & II (15 Mac 2009)

Cerita lanjut boleh dilayari dari ... http://persatuanmelayumiri-pmm.blogspot.com/2009/02/ke-mana-arah-kita.html

Anak-anak warga los masih sekolah (Tingkatan 4/SPM/STPM) lepasan sekolah (SPM/STPM/IPTA/IPTS), yang masih lagi tercari-cari peluang untuk melanjutkan pendidikan dan perkerjaan adalah dijemput hadir. Maklumat lanjut hubungi PUAN RAHIMAH: (tel: 085-431394)

Warga Nembiak Los,

Kalau ada anak di tingkatan 4, 5, 6 atau yang masih menunggu keputusan spm, stpm atau yang telah lepas spm, stpm atau yang masih sik bekerja tapi berminat untuk belajar adalah dijemput datang ke Pustaka Negeri Sarawak di Miri, pada 22 Februari 2009, ari ahad tok. Bayaran kemasukan hanya RM10 ajak.

Dalam sesi ya, pelajar tadik akan diberi taklimat apa yang perlu dipolahnya selepas menerimak keputusan SPM dan STPM. Speakernya ialah Encik Mukhali Uhi (Guru Kaunselor dari SMK Luak). selepas ya, kita juak diberi taklimat oleh Encik Rosli Lompoh (Rosli tok bekerja dengan Shell dan berkaitan rapat dengan temuduga dan sebagainya).

Kalau nembiak sik maok, mak bapaknya boleh datang. sik apa maklumat tok amat berguna untuk nembiak kita.

Siri II akan menyusul pada 15 Mac 2009 di Pustaka Miri. Siri ke II tok lebih kepada membantu pelajar cara-cara memilih kursus dan mengisi borang kemasukan ke IPTA/ITPS. PMM dan LAKMM akan membawa dak profesional dan menjemput pakar dalam bidang masing-masing bagi membantu nembiak Melayu terutamanya di Miri. Kemasukan adalah PERCUMA, PERCUMA.

PECOMA (kata dak Muss, Dancy)

Sila maklumkan juak dengan anak-anak jiran kira, suku-sakat kita, kawan-kawan anak kita termasuk mak bapak daknya.

RUGI kalau kita sik ambik peluang tok.. kerana urang lain udah jauh ke depan ngepong peluang, sedangkan kita masih lagik mauk beseruk dan bekad jemputan.

Jadilah Melayu "MINDA BERWAWASAN KESINAMBUNGAN BANGSA MELAYU" (tema perayaan Sambutan Ulang Tahun Ke-50, Persatuan Melayu Miri).

Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 4...)

Published by JB under on 2/16/2009 09:33:00 AM
Machinda Club: Fungsi dan aktivitinya...(Siri I)
(Part tok agak panjang ceritanya .. dalam proses baik pulih)
Apabila diingat balit, Machinda Club tok sik salah seperti sebuah pusat `one stop center’ istilah urang putih kinek tok, bahasa melayunya digelar `pusat sehenti’. Pada masa ya kita sik tauk istilah ya dan sik pernah nengar. Tempat bas selalu A’on berenti ada. Tempat dak bapak-bapak berenti selepas waktu opis atau ujung minggu. Tempat nembiak los berenti selepas main bol memang dah sah.. minum aik paip (sik juak ada kes nembiak los kenak taun) dan lain-lain lagik. Boleh dikatakan Machinda Club tok memberik servisnya kepada semua semua warga los pada waktu ya sik kira umur, jantina dan siapa ajak. Bercerita tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat di Machinda Club pada masa ya, boleh dikatakan semuanya berkaitan. Di sitok dilistkan sigek-sigek, jika terlupak harap maaf.
Parit depan Machinda Club: Nembiak los menjadikan parit tok macam “safe deposit box” – lepas ajak menjalankan misi combatnya terhadap aik lemenet apek, rokok dan lain-lain lagik di kelab, hasilnya tok ditapok dolok dalam parit. Apabila waktu petang baruk ngambik terutama sewaktu main bol. Selain daripada ya, ramie juak nembiak los lukak kaki di sebabkan nembiak los menjadikan parit tok sebagai tempat meletupkan botol-botol kosong (banyak jenis botol). Parit tok juaklah mencatat sejarahnya kerana ramie juak nembiak los pompuan, atau penunggang basikal gugok di dalamnya apabila kenak bol. Apek A..Cham dan apek sombeng pernah gugok dalam parit apabila tayarnya terkenak bol nembiak los.

Tanggak Machinda Club: Tanggak Machinda Club tok boleh dikatakan mini stadium bagi warga los. Nak pegi ke kelenek lutong duduk sitok dolok, nunggu bas A’on duduk sitok juak, ndiat urang main bol bersusunlah warga los semua peringat umur termasuk asuk apek rona coklet dan rona putih hitam (selalu jadi mangsa ditikam pakei selepar atau kasut). Nak lepak-lepak boleh duduk di sitok. Ada juak nembiak los yang sayang benar-benar dengan tanggak tok sehingga sanggup tidur (?@*%^) di tanggak kelab ngan dak asuk apek yang berona coklat dan putih hitam tadik.

Dibah rumah Machinda Club: Sungguhpun nampaknya sik berfungsi tetapi ada ceritanya tok. Apabila bol masuk dibah rumah maka tepaksalah nembiak los masuk makei skill jalan itit (kinek tok udah diiktiraf antarabangsa skill tok sebagai salah satu latihan ketahanan dalam sukan…). Selain parit, dibah rumah tok juak digunakan untuk napok barang hasil daripada misi combat tadik selain daripada parit. Jika meradang dengan member tikam ajak kasut atau selipar dibah rumah, pasti balik sebelah berselipar sebelah lagik sik ada atau yang lebih teruk berkaki manok. Dibah rumah club tok juak nembiak los menjalankan misi menangkap biawak. Biawak suka masuk dibah rumah club kerana ngintei manok apek. Apabila nembiak los tauk ada biawak ramei-ramei lah daknya bergegas masok dibah rumah. Biawak tok apabila dijual dengan apek harganya adalah antara RM5-RM15 sekok bergantung kepada saiznya. Nembiak los selalu dapat tapi bayarannya sik lebih dari RM1o. Sik apa asalkan mee dan rokok apek udah lepas.

Atap Machinda Club: Nembiak los memang pintar dalam molah strategi. Sakit ati dengan dak bapak nembiak los, tekejut kita nanggar kasut boot shell atas atap. Ada dak bapak tok tertinggal kunci motorsikal atau vespa, tempat napok kunci tok ialah tikam ajak di atas atap. Terpaksalah berjulok urang tua tadik. Selain daripada ya, boot ball nembiak los, selepar pun ada di atas atap tok. Apabila wo putus, nyangkut atau gugok atas atap kelab, nembiak los cam apa ajak nait atasnya. Ada makei tiang bendera, member yang spoting nait ajak atas badannya. Kalau udah kesontokan, basikal yang ada di siapun boleh dijadikan tanggak untuk nait ke atas. Udah turun kelak, terjun ajak macam cerita stunt. Kadang-kadang ada juak seluar jeans yang ditikam ke atas atap tok. Sapa ndakkah pun tok?????

Sementara atap sebelah court takrow tok selalunya nyangkut buah badminton. Apabila tiba musim main badminton (tok cerita dak nembiak los pompuan), rameilah dak nembiak los pompuan main badminton dan main ayun sebelah ya. Apabila nyangkut, toklah peluang dak nembiak los laki nunjuk skill julok buah badminton tadik (bersemangat jak nampak...) Sementara geng nembiak los junior, kita orang tok ikut ajak... sama ada kita ngan dak laki ataupun dak pompuan..

Taman Permainan Machinda Club: Taman permainan yang di maksudkan ialah tempat ayun dan tunggang-tunggit. Ayun tok palangnya bertingkat-tingkat. Duak Igek ayun ranteinya panjang dan duak igek lagik pendek. Pada fahaman kamek pada waktu ya, ayun panjang tok untuk urang yang udah mahir berayun dan yang pendek tadik untuk junior. Selain daripada tempat berayun, palangnya tok digunakan untuk bergimnastik. Nembiak los suka bergantung di palang tok macam kerak. Ayun tok boleh dipulas-pulas dan dilepas, maka berpusin-pusinlah ayun tok macam gasing. Yang bestnya nembik los yang duduk di siapun pening-pening lalat sambil di tetak oleh kawan-kawan. Tempat ayun tok juaklah tempat rehat nembiak los remaja, belagu, main gitar, bersiul, terkiak terkaong tengah malam dan lain-lain lagik.

Tunggang-tunggitnya tok ada duak, sigek panjang, sigek lagik pendek. Bagi nembiak los, tempat tok boleh main sarkas dengan tunggang-tunggit tok. Menganiaya kawan memang menjadi lumrah tunggang-tunggit tok, ne siknya suk-suk kawan duduk disebelah, kawan-kawan di sebelah lagik terus angkat, lalulah kawan tadik terduduk “Aduh sakit bxxxxx. Sebab yalah disitok kita sik dapat leka atau termenung. Lain jak rasanya, lompat ajak. Kalau sik memang jadi mangsa. Selain daripada ya, tunggang-tunggit tok boleh dicabut kerana skrewnya selalu dibukak dan dijadikan tempat duduk peminat bola sepak, lepas ya dipasang balit. Kadang-kadang dijadikan jambatan untuk masuk ke court takrow apabila ari ujan.

bersambung...

Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 3...)

Published by JB under on 2/09/2009 05:01:00 PM



Machinda Club???... dari Ingatan Nembiak Los

Ada di antara kita udah lupak bagaimanakah keadaannya Machinda Club. Dari ingatan aku masuk ajak pintu Machinda, sebelah kiri tempat permainan snooker (Tumbok bola) kata urang-urang tua. Sebelah kanannya, tempat apek jual segala keropok, gula batu, aik lemenet dan sebagainya. Sebelah tempat apek jual, ada bilit tempat salon wak Jonmani. Sebelah bilit salon tok ada bilit lagik selalu berkunci… lepas ya aku dah sik ingat …….

nembiak Los said...

Apabila kita masuk pintu kelab, kita terus tertanggar ke belakang. Kita nampak dua pintu, nok sebelah kanan tempat Apek bermasak (Nonyah sik pernah aku nangar nya masak! ingat ndak kitakorang?). Pas ya ada sigek gik pintu belakang nuju ke bilek tidor apek!

Sigek gik pintu kiri tempat apek molah Rojak / Tauhu. Apabila kita pusing ke kiri lagi sikit, kita nangar pintu ke toilet / shower tapi selalu berkunci (tempat apek nyimpan / nginang Labi-labi). Kak ya ada bilit, berkunci juak, dah ya baru kita meliat bilek tempat main bola. (Apabila Pak Bakar / Pak Bol matshah jaga kelab ya kamek selalu main kenen disia!). Masa Apek kelab jaga, urang tua tua ajak boleh main axxx sia.

Udah kita meliat sebelah kiri tek, kita pusing ke kanan meliat Bar kelab ya. Di dalam bar ya ada bilek kecik.(di bilek ya lah Apek terlantar sakit selepas tersungkur ditarik kakinya oleh Nan Tompel - cerita Keria lai tek).

Di belakang bilek ya lah tempat seorang Jawa yang terkenal di Los masa dolok. Orang tua ya lah yang pernah memulae-mulae semua palak orang lelaki Los, baik tua atau nembiak. Ya lah lagenda Wak Jemani tukang guntin namanya.Sigek lagi bilek disebelah salon Wak iaitu bilek yang banyak nyimpan rahsia orang laki bini masa ya.

Bilek ya tempat sidak main chut. Pernah aku ter jumpa dua bini sidaknya ngamok datang ke sia. Bini ne sik manas kalau lakinya tiap tiap hari 6 & hari minggu, main chut dari pagi bertemu ke pagi!!!!

Last sekali bilik belakang adalah public toilet.

Berbalik kita ke Bar tek. Belah kirinya ada talipon coin box. Coin box ya lah sumber duit sen pakae meli rokok batang ngan apek gik!. Caranya, geng lain bergendang mukul meja supaya sik kedengaran bunyi duit gugok semasa sorang geng molah operasi!.

Di belakang tempat talipon ada ice box. Kak ya ada show case di dinding. Sebelah kiri show case tempat apek nyimpan liquor dan sebelah kanan tempat nyimpan rokok. Rokok yang paling tepi penjan yalah paling sik selamat!!Selalu ndak kitak orang terdengar apabila orang order minuman beer ngan nyonyah? Nyonyah selalu tanya balit. "Lu mau itu KisiBug (Carlsberg!) atau Anker?". Dolok selalu juak Nembiak Los ngacho nyonyah. Bila boring boring, berludah ke lantai. Yalah bila nyonyah tau lalu dikepung nya ngan penyapu! "Itu olang memang Kuat Sakit"......itu memang anak.....punya keleja............. Posted by nembiak Los at 11:07 PM

Bila kita sampae di kelab, basikal selalunya di sandar kat tanggak atau di dindin kelab atau di sandar ke tiang bendera! Tengah tengah depan main door sik dapat parking sebab ada motosikal Axxx, motosikal Bxxxx, Rxxxx dan geng sidak nya dah parking sia sejak pukul 4:30 PM (lepas pulang kerja! - tok hari biasa tok. Kalau hari 6 & hari minggu memang keliling kelab!). Tau tau lah kitak orang apa kerja sidak ya lam kelab ya. Kita Nembiak Los biasalah, lepak kat tanggak ajak. Kalau Su'ut dah terimak gaji baru dudok rah meja.

bersambung...

Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 2...)

Published by JB under on 2/08/2009 08:30:00 AM

Apakah Maksudnya "MACHINDA"



Intro: Kelab Machinda aka Machinda Club aka Miri Annex Club (aku baruk tauk nama tok) menyimpan berbagai cerita, rahsia dan kenangan bagi setiap warga los sama ada veteran, golongan nembiak muda dan nembiak kecik. Bagi golongan veteran udah pastilah hitam-putih kehidupan bersama-sama rakan seperjuangan menjadi kenangan seumur hidup yang sik dapat di lupak..

Bagi golongan nembiak mudak, erti persahabatan dipergunakan sebaiknya. kenakalan, semangat sukan dan venture dan lain-lain kisah yang tersurat dan tersirat, udah pastilah menjadi kenangan yang sik dapat dilupak dan akan disebut-sebut apabila nembiak los berjumpa atau berkumpul di majlis-majlis tertentu bersama.

Golongan nembiak kecik, akan teringat, mak sidaknya membawa dan terpaksa menunggu van shell setiap pagi di depan pintu Machinda Club yang masih tertutup (apek masih tidur) apabila ngembak anak-anak sidaknya demam, pegi injection dan jait kaki (luka disebabkan ngepong wo, terkenak kaca dalam parit) ke klenek di Lutong. Yang bestnya treatment dari doktor impot yo…, doktor urang puteh.

Pengalaman pahit-manis telah berlalu dan lenyap camya ajak, seperti lenyapnya Kelab Machinda pada masa tok tanpa meninggalkan bekas. Yang tinggal hanya sejarah dan kenangan di dalam ingatan nembiak los. Untuk menyegarkan kembali kenangan … sumbangan daripada warga nembiak los pelbagai peringkat usia amat dialu-alukan, begitu juga foto dan sebagainya…
jaybbie250@gmail.com

Toklah ceritanya….

nembiak Los said...

Eh sigek lagi aku lupa. Barangkali sik semua orang termasuk Nembiak Los tau dari sine datangnya perkataan Machinda tok? OK sik payah kitak orang berpikir panjang. MA (Malay), CH (Chinese), IN (geng dak Tambi Kari, bangkali ada juak dah join Hindraf!), DA (Dayaks lah siapa lagi!!). Paham dah????? November 30, 2008 3:18 PM

bersambung…

Machinda Club aka Miri Annex Club (Bhg 1...)

Published by JB under on 2/04/2009 11:52:00 PM
Shhhhhh......peringatan untuk semua sekali lagi. Kalau ada cerita nok sensitive, tolong sebutkan secara general ajak. Kalau mau cerita sik bersensored, lamak ne lah login email dan ceritalah panjang panjang sia!. Ada juak terdapat karakter disebut lam kisah Machinda tok atau kisah sebelumnya atau kisah diCerita akan datang dah meninggal. Jadi Nembiak Los mintak Ma’af dan Ampun kiranya ada sedara mara terasa tersinggung hati sanubari sidak apabila yang tersayang sidak yang dah pergi tetapi ada disebutkan dalam blog tok. Mintak ma’af sekali lagi dari ujung rambut(rambut pun dah nipis tok!) hingga ke hujung jari kaki. Ada pun laman tok pake ngenang kisah lama dolok ajak dan bukan untuk Mengumpat dan nyakit ati urang.

Nembiak Los Semua,

Setelah sekian lama membuat penyusunan bahan, fakta dan cerita berdasarkan sumber-sumber utama (Nembiak Los, penunggu Rumah Pak Onong, dll) maka dapatlah dihasilkan satu kompilasi berkenaan corat-coret kehidupan nembiak los dengan masyarakat sekeliling yang pada masa itu adalah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Diimbas kembali pengalaman-pengalaman nembiak los yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia (veteran, senior, junior dan kanak-kanak) pasti menerbitkan senyuman di bibir sesiapa sahaja yang membacanya, lebih-lebih lagi nembiak los yang secara `live' berhadapan dengan situasi ini.


Inilah kisah nembiak los;

  • dengan Machinda Club aka Miri Annex Club yang pada masa itu boleh dikatakan sebagai sebuah pusat sehenti (One Stop Centre) bagi nembiak los veteran, senior, junior dan mereka yang pernah ... (dot, dot, dot)
  • pengalaman bersama Wak yang banyak berjasa kepada nembiak los di mana kemahirannya mengalahkan kehebatan Wellas dan Vidal Sassoon. Kalau sik kerana wak ramei nembiak los kenak berdiri atas kerusi kerana rambut panjang.
  • Pasangan sejoli Apek dan Nyonyah Kelab yang sering menjadi sasaran nembiak los di samping mempunyai kemahiran yang special memasak sup pelbagai rasa, jenis dan nama yang dikenali ramai oleh warga los sebelum kita mengenali Chef Wan.

dan... akhir sekali

  • Nembiak los yang sudah terpisah disebabkan perubahan masa, usia dan arus pembangunan dapat berkumpul kembali merapatkan ikatan silaturrahim melalui kecanggihan teknologi maklumat di zaman milinium katakan.

harapan...

  • Jika nembiak los / individu mempunyai foto atau pengalaman yang hendak dikongsi, anda adalah dijemput dengan senang hati...


Machinda Club,

Wak,

Apek kelab

Dan

Nembiak Los

(KOMPILASI)

Pelakon Utama: Apek, Nyonyah Kelab & Wak
Pelakon Pembantu: Axxx, Bxxxx, Jxxxxx, Temon & Geng
Skrip: Dolt, Wahab, Kamal, Maels, Dancy, JB, RM, Rediahamran

Music: DYM (baruk nak dikompos)

Latar Lokasi: Machinda Club
Tahun: 1970an & 80an

Banjir & Tanah Runtuh Di Sana-Sini...

Published by JB under on 2/02/2009 12:28:00 AM

END OF THE ROAD AFTER LANDSLIDE (http://www.miricommunity.net/viewtopic.php?f=1&t=17896&sid=f383a0817d2b758a7f2c74fd0f7d6c96#p219764)


The heavy rain for the past weeks have managed to create another havoc in Miri. This is the THIRD landslide to have happen in the Miri Division as in many weeks. This time the coastal road from Miri to Bintulu and vice versa is cut off since this morning (03.02.2009). Part of the coastal road near Kejapil has collapsed and 2 cars went down with it. The fate and status of the vehicle occupants affected are not known So, if you intend to go to Bintulu or Miri, please take the old road

Niah



My mom received a call from my grandmother on 31st Jan, and she went to my room and told me about the flood at 7am in the morning. Orang nak tido, suddenly she wakes me up (http://sheep319.com/blog/2009/02/01/heavy-flood-strikes-my-kampung/).

Banjir Di Pujut Tanjong Batu

Published by JB under on 2/01/2009 05:33:00 PM

Bok Jaisah (kakak kepada Reddy) juga tak ketinggalan mengharungi air yang mula memenuhi jalan. Katanya `nak ke rumah Abu'.





More Photos:

http://www.miricommunity.net/viewtopic.php?f=2&t=17424&p=211670&hilit=miri+flood#p218464

 
Powered By Blogger