Jalan-Jalan Di Labuan
Published by JB under on 5/09/2010 06:26:00 PM
9 Mei 2010, LABUAN: Mula-mula rasanya Labuan tok besar. Rupa-rupanya Labuan sik banyak berubah. Kenapa?
- Selok-belok jalan di bandarnya masih seperti dolok cuma ada tambahan
- Perubahan nyata hanya berlaku di kawasan UJANA KEWANGAN yang menempatkan bangunan elit. Tapi sayang, kedai-kedai yang terdapat di dalamnya kurang menarik, boleh dikatakan setting kedainya ala kadar saja.. Harga pakaian.. MAHAL.
- Di kawasan bandar kita boleh berjalan kaki banyak kedai 2-3 tingkat sahaja. Barangan yang dijual pelbagai dan di sini ramai orang India. Sesekali terasa macam "The Little India" di Jalan Masjid India KL.. apatah lagi apabila mereka memainkan lagu Tamil / Hindustan..
- Tempat makan banyak, tapi dari segi rasanya tidak ada yang menarik dan harganya agak berapi sedikit dengan menu yang sama di tempat kita.
Sik banyak tempat yang dilawat kerana tujuan ke Labuan ialah untuk mendaftar anak ke Matrikulasi. Sempat juak ke Muzium Labuan..bersebelahan dengan Labuan Tourism Information Centre. Meskipun kecik tapi bahan sejarahnya lengkap dengan koleksi bahan cetakan dan beberapa artifak lama seperti pedang Jepun, kelongsong anti kapal selam dan peluru... Rugi kalau ke Labuan sik melawat muzium kerana maklumat dan bahan yang ada cukup memberi gambaran kepada kita tentang sejarah Labuan.
Bagaimanapun kali ini sik sempet ke World War II memorial Park.. Mungkin lain kalilah..